FzNur_novel's Reading List
2 stories
Saat Takdir Memilih [C] [EDITING] by misswanzz
misswanzz
  • WpView
    Reads 24,379
  • WpVote
    Votes 920
  • WpPart
    Parts 75
Cinta Dayyan Azmeer pada mulanya hanya terpaksa, bukan kerana cinta dan kasih. Siapa sangka dia akhirnya terjerat dalam perasaan yang selama ini dia tutup rapat cinta ikhlas yang pernah dia beri dahulu telah dikhianati. Kehadiran Aryana Qisha merubah segalanya... "Aryana Qisha... I want to be the one who holds your hand through the good and the bad. I want to be your strength when you feel weak. And if you let me, I promise I'll never let go."- Dayyan Azmeer Dayyan Azmeer melihat isterinya kaku tanpa reaksi, membuatkan amarahnya memuncak. "Aryana Qisha, I talk with you now. I'm your husband!" ujarnya tegas. "Tak perlu nak bersayang-sayang dengan aku... kalau perkataan 'sayang' itu akhirnya kau yang hancurkan sendiri," balas Aryana Qisha. Kemunculan Qhairina Imani pula menjadi penghubung di antara mereka berdua. Qhairina yang kelihatan baik, rupa-rupanya tersepit dalam dilema yang tidak pernah dia pinta... Mampukah mahligai Dayyan Azmeer dan Aryana Qisha bertahan selamanya atau adakah takdir akan terus berpihak kepada mereka?
A FATE WE COULDN'T ESCAPE || OG by Fflodaisy
Fflodaisy
  • WpView
    Reads 1,828
  • WpVote
    Votes 302
  • WpPart
    Parts 20
UNTUK PEMBACA MATANG 🔞 #romcom #slowburn #clingy #angst #lightconflict #cdramavibes Lysandra, gadis yang digelar 'patung cendana'. Dingin, tidak beremosi, dan bermulut celupar. Dia membina tembok yang cukup tinggi di sekeliling hatinya dengan satu alasan: dia tidak mahu lagi merasai peritnya sebuah kehilangan. Baginya, mementingkan diri sendiri adalah satu-satunya cara untuk terus bertahan. Sebaliknya, Immanuel adalah definisi sebenar seorang 'golden retriever'. Ceria, periang, dan ramah. Sekembalinya ke Malaysia selepas 14 tahun menetap di Los Angeles, dia hanya merancang untuk tinggal selama tiga bulan. Namun, takdir berubah arah apabila dia dilamar secara mengejut oleh seorang CEO terkemuka untuk menyertai syarikatnya. Pertemuan di tempat kerja yang bermula sebagai rakan sekerja biasa, mula bertukar rentak. Kehadiran Immanuel perlahan-lahan meretakkan tembok keakuan Lysandra, terutama selepas sebuah pemberian hadiah istimewa yang menjentik tangkai hatinya. Rasa aneh yang lama mati, kini kembali mekar. Namun, saat cinta mereka sedang hangat membara, muncul seorang lelaki tua secara tiba-tiba. Rahsia besar apakah yang dipendam kemas oleh Lysandra selama ini? Apakah tuntutan lelaki tua itu sehingga mampu menggoyahkan dunia Lysandra? Adakah takdir cinta Lysandra dan Immanuel bakal menemui jalan mati, atau masih ada sisa retak yang mampu dicantum semula? ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ © FFLODAISY. ALL RIGHTS RESERVED.