FAVOURITE
41 stories
𝐀𝐫𝐚𝐡 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐒𝐚𝐦𝐚 | C  by missdiraa
missdiraa
  • WpView
    Reads 276,467
  • WpVote
    Votes 14,490
  • WpPart
    Parts 53
𝐈𝐝𝐫𝐢𝐬 𝐄𝐬𝐡𝐚𝐚𝐥 | 𝐓𝐚𝐬𝐧𝐢𝐦 𝐀𝐝𝐞𝐥𝐚 "Bunga akan mekar bila dijaga dan dihargai betul-betul. Tapi kalaulah seorang pun tak boleh jaga dan hargai, lambat-laun bunga tu akan layu." Hidup adakalanya seperti bunga. Ada masanya ianya mekar, ada masa ianya layu. Tasnim Adela tidak pernah menyangka sebuah khabar mampu menghancurkan sesuatu yang telah susah payah dibinanya semula. Namun, melihat masa lalu memilih untuk bahagia bersama orang lain membuatkan segala yang dipendam kembali berdarah. Hinggalah dia bertemu dengan Idris Eshaal. Lelaki yang berdiri di persimpangan luka yang sama. Lelaki yang memahami perasaan itu tanpa perlu Tasnim menjelaskannya dengan kata-kata. "E-Eshaal?" - 𝐓𝐀𝐒𝐍𝐈𝐌 𝐀𝐃𝐄𝐋𝐀 Pertemuan itu tidak pernah diduga Tasnim. Dan siapa menyangka, pertemuan pertama itu juga boleh mengubah segala-galanya dalam hidup mereka. "Tanya kenapa lagi, kau tak nampak ke yang aku tengah lamar kau ni." - 𝐈𝐃𝐑𝐈𝐒 𝐄𝐒𝐇𝐀𝐀𝐋 "Nak melamar perempuan bukan macam ni caranya. Cara awak tu nampak macam memaksa, bukannya romantik." - 𝐓𝐀𝐒𝐍𝐈𝐌 𝐀𝐃𝐄𝐋𝐀 Maka dari situ, termeterailah satu ikatan yang tidak pernah dirancang oleh hati. Tanpa cinta. Tanpa harapan. Dan tanpa janji untuk saling memiliki. Tetapi, ada perkara yang sukar dikawal apabila dua jiwa yang pernah patah dipaksa berjalan seiring. Sedangkan semakin mereka cuba meletakkan batas, semakin takdir menemukan alasan untuk meruntuhkannya satu demi satu. Kerana kadangkala, orang yang hadir untuk membantu kita melupakan seseorang... akhirnya menjadi orang yang paling sukar untuk dilepaskan. Persoalannya, adakah hubungan ini sekadar jalan keluar daripada masa lalu? Atau sebenarnya permulaan kepada sesuatu yang tidak pernah mereka rancang?
𝐓𝐞𝐦𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚 | C by missdiraa
missdiraa
  • WpView
    Reads 218,095
  • WpVote
    Votes 14,588
  • WpPart
    Parts 67
𝐍𝐢𝐤 𝐉𝐚𝐮𝐳𝐚 𝐀𝐫𝐡𝐚𝐧𝐢𝐟 | 𝐈𝐧𝐧𝐢𝐬𝐚 𝐌𝐮𝐧𝐞𝐞𝐫𝐚 Kehidupan Innisa Muneera sebagai satu-satunya anak bongsu dalam keluarga membuatkan dia hidup penuh dengan batasan. Nak kata strict family? Ya, mungkin saja kerana Innisa tak pernah mendekati mana-mana lelaki. Hinggalah suatu hari kehidupan Innisa berubah. Buat pertama kalinya, Innisa ingin melangkah keluar daripada kehidupan yang selama ini dijaga rapi. "Jangan dekat dengan lelaki." - 𝐈𝐑𝐘𝐀𝐍 "Dah tu, Nisa tak boleh bercinta? Abang nak Nisa jadi andartu ke?" - 𝐈𝐍𝐍𝐈𝐒𝐀 𝐌𝐔𝐍𝐄𝐄𝐑𝐀 Walau usia sudah berganjak dewasa, Innisa tak pernah sekalipun merasakan dirinya seperti seorang wanita dewasa. Dan saat itu, muncul seseorang yang pernah menjadi sebahagiaan daripada kekagumannya suatu ketika dahulu. Nik Jauza Arhanif. Seorang pensyarah falsafah pendidikan yang tenang, matang dan sukar dibaca. Lelaki yang tanpa dia sedari menjadi sebab kenangan lama kembali berputar dalam fikirannya. Tetapi memulakan hidup sendiri bukan semudah yang disangka. Apabila rasa kagum yang lama tersimpan mula berubah menjadi sesuatu yang lebih dalam, Innisa mula tertanya-tanya... Adakah dia mampu mengejar cinta yang selama ini hanya berani dia impikan? Atau adakah perasaan itu hanya akan menjadi satu lagi batas yang perlu dia langgar? "Kenapa awak panggil saya encik? Kita kawan sekerja, kan?" - 𝐍𝐈𝐊 𝐉𝐀𝐔𝐙𝐀 𝐀𝐑𝐇𝐀𝐍𝐈𝐅 "S-Sebab Encik Jauza lagi tua daripada saya." - 𝐈𝐍𝐍𝐈𝐒𝐀 𝐌𝐔𝐍𝐄𝐄𝐑𝐀 "Then, kenapa tak panggil saya uncle je terus?" - 𝐍𝐈𝐊 𝐉𝐀𝐔𝐙𝐀 𝐀𝐑𝐇𝐀𝐍𝐈𝐅
HAK MILIK TENGKU [ TERBIT ] by moonjni
moonjni
  • WpView
    Reads 1,454,699
  • WpVote
    Votes 10,678
  • WpPart
    Parts 12
Dua takdir yang tidak pernah terjangkau akan berlaku. Dua hati yang tidak pernah bertemu lama lalu jatuh cinta. Dia, seorang tukang masak terkenal dan merupakan anak lelaki tunggal daripada Dato' T. Amirsyah dan Datin Aisyah. Perwatakan yang cukup menarik di mata mereka yang melihat. Tutur kata yang indah tetapi dingin. Sentiasa mengutamakan ibu bapanya. Tetapi takdir sentiasa menguji hambanya. Dunia yang diimpikan indah sentiasa berubah sekelip mata dengan satu kejadian gelap buat keluarga mereka. Tengku Farhan mula berubah menjadi sedingin dingin manusia. Dia cuba untuk melupakan segalanya tetapi semuanya tidak berjaya. Hatinya masih berbekas dengan peristiwa hitam itu. Dan hujungnya dia membuatkan sebuah hati terluka parah. "Macam mana aku nak cintakan kau, kalau kau sendiri tak jujur dengan aku?" - Tengku Farhan Hudzaifah. Start : 27 Ogos 2024 End : 3 December 2024 [ Story ke-17 ]
TITIK BAHAGIA SELAMANYA [ NOVEL ] by moonjni
moonjni
  • WpView
    Reads 377,655
  • WpVote
    Votes 5,438
  • WpPart
    Parts 11
Tatkala sesuatu yang disayangi hilang dari pandangan, tinggallah hati terbuai dalam rindu, meratap sunyi yang tiada bertepi. Dia anak yang baik dan mendengar kata. Ujian yang menimpa dirinya cuba diharungi dengan rasa sabar. Hati yang terguris akibat pengkhianatan membuatkan dia hilang rasa percaya. Dirinya hanya mahu bahagia bersama ayahnya sahaja. Satu-satunya lelaki yang sentiasa menjaga perasaannya dikala dirinya disakiti oleh lelaki lain. Kehadiran seorang insan mengubah seluruh hidupnya. "Kalau Tuan cakap macam tu, macam mana saya nak percaya yang Tuan ni jujur?" - Warda Sumayyah Antara tanggungjawab dan sayang, dia setia menunggu lelaki itu. Kerana hanya dia yang halal untuk disayangi. "Tunggu saya balik dan saya akan bahagiakan awak sebagai isteri saya." START : 23 MARCH 2025 END : 17 JUNE 2025 [ Story ke-19 ]
𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐁𝐢𝐚𝐬𝐚 [TERBIT] by missdiraa
missdiraa
  • WpView
    Reads 18,441
  • WpVote
    Votes 529
  • WpPart
    Parts 19
𝐀𝐦𝐦𝐚𝐫 𝐔𝐤𝐚𝐢𝐥 | 𝐑𝐨𝐬𝐞 𝐀𝐫𝐚𝐥𝐲𝐧 Terkubur oleh waktu. Dipisahkan oleh takdir. Kisah yang telah tamat, namun kenyataannya berdamai dengan masa lalu itu menyakitkan. Begitulah perjalanan hidup yang dilalui oleh Rose Aralyn. Dua tahun berlalu, mahligai yang dibina musnah akibat dengki dan jahilnya manusia. Dikhianati oleh sahabat baik dan dibuang oleh lelaki yang cintai. Sakitnya luar biasa. Namun siapa sangka, aturan Dia itu begitu indah hingga membawa kebangkitan Rose Aralyn ke laluan yang benar. "Saya tak perlukan duit. Saya cuma perlukan ilmu dan usaha. Duit hanya buat orang tamak dan saya tak nak jadi orang yang tamak." - ROSE ARALYN Benarlah kata orang, kesabaran mampu mematangkan diri. Dua tahun menjadi pengajaran di dalam hidup sehinggalah... "Melampau? Betul, saya memang dah melampau. Tapi saya nak betulkan semula apa yang silap dulu. To let you go is my biggest regret. Even if you insist to go, I should have stayed with you." - AMMAR UKAIL Satu pertemuan membawa jiwa Rose dan Ammar ke masa lalu. Tidak cukup itu, datang seseorang yang pernah menghancurkan mereka kembali membuat onar. "Tak payah acah-acah nak datang sini, jalang!" - NUREEN RAUDHAH Kendala membawa mereka patah dan kecewa kembali. Akankah ada sirna menanti, jika penghujungnya terselit nyeri? Mampukah jiwa bertahan di dalam dunia yang terlihat kejam ini? "Im not sure I can be happy without you. Kalau kau nak pergi, silakan. Tapi jangan pernah minta aku untuk lupakan kau." - AMMAR UKAIL Kehendak kita adalah harapan yang biasa. Kehendak-Nya adalah kepastian yang luar biasa. "Kerana perpisahan itu, mengajar siapa saya yang sebenarnya..."
𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐟𝐟𝐚𝐳 𝐃𝐚𝐢𝐲𝐚𝐧 [TERBIT] by missdiraa
missdiraa
  • WpView
    Reads 1,418,091
  • WpVote
    Votes 224
  • WpPart
    Parts 7
𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟐 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐟𝐟𝐚𝐳 𝐃𝐚𝐢𝐲𝐚𝐧 | 𝐃𝐚𝐫𝐢𝐬𝐚 𝐇𝐚𝐮𝐫𝐚 "Jangan harapkan cinta daripada aku." Hanya disebabkan satu kejadian, mereka akhirnya disatukan. Maruah keluarga terus menjadi pertaruhan apabila kekasih yang dicintainya selama enam tahun terus menghilang. Pedih? Tidak terkata pedihnya saat dia cuba menjaga hubungan itu selama bertahun-tahun. Semuanya sia-sia ketika hadirnya seseorang telah merosakkan semuanya. Tengku Haffaz Daiyan, dia memiliki segala-galanya. Namun, jatuh cinta pada seorang gadis selama bertahun-tahun menjadi titik permasalahan yang membawa amarah besar kepada lelaki itu. "Kau cuma pengganti." - TENGKU HAFFAZ DAIYAN Pengganti. Itulah yang menjadi gelaran buat Darisa Haura. Seorang gadis yang hadir disaat genting hingga menjadi pengantin dalam satu hari. Harga diri menjadi satu keutamaan membuatkan dirinya terjebak dalam kebohongan sendiri. "Sejak awal, aku tak patut pun letak diri sebagai 'pengganti' Nara. Aku tetap kalah dengan Nara. Aku dah penat duduk dalam bayangan Nara." - DARISA HAURA Perkahwinan yang disangka dalam kebahagiaan hanyalah bayangan semata-mata. Kehilangan. Penderitaan. Satu persatu mulai menyempitkan perasaan hingga dia berundur. Namun, takdir membawa mereka bersama kembali. "I always keep my promise. No matter what happen in our future. Insya Allah, aku janji aku tetap jadikan kau bidadari dunia akhirat aku. Cuma kau yang layak untuk digelar bidadari Tengku Haffaz Daiyan." - TENGKU HAFFAZ DAIYAN Saat cinta melebihi apapun, Saat masjid dilanda badai yang kuat, Akankah cinta yang dijanjikan akan kekal abadi seperti yang diungkapkan selama ini? Akankah masjid yang dibina tanpa cinta ini akan kukuh seperti masjid yang lainnya? "Dari-Mu aku datang. Dan kepada-Mu, aku kembali."
ALPHA 122 by NurIzzahHani
NurIzzahHani
  • WpView
    Reads 248,089
  • WpVote
    Votes 22,590
  • WpPart
    Parts 53
ALPHA 122 merupakan satu daripada tiga pasukan bomba di Balai Bomba Siber Raya. Sedia berkhidmat tanpa mengira susah dan penat. Kejar biawak, tangkap ular, selamatkan kucing dalam longkang, buka pintu terkunci, terjun dalam api, meredah banjir, tumpahan minyak dan banyak lagi cuba cerita sikit kerja apa sahaja yang bomba tak buat? Di mana ada panggilan, di situ bomba berkhidmat. Macam superhero datang menyelamat. Nama aku, Akmal Harith anggota STORM yang ditempatkan dalam pasukan Alpha 122. Hidup aku dekat Balai Bomba Siber Raya aman damai dan sentosa sehinggalah muncul seorang manusia yang cuba mencuri nama aku; Akmal Aira namanya. Dia seorang anggota EMRS yang baru bertukar balai. Ini kisah kami di Balai Bomba Siber Raya. Kisah superhero yang tidak didendang dunia. Anggota bomba kejiranan anda :)
Falling in Love with Bad Boy || Hyunjae TBZ by _bloombloom_
_bloombloom_
  • WpView
    Reads 71,552
  • WpVote
    Votes 5,809
  • WpPart
    Parts 44
START: 16/12/2018 END: 01/03/2019
LANGIT YANG KURINDU [ C ] - 5 [TERBIT] by moonjni
moonjni
  • WpView
    Reads 402,904
  • WpVote
    Votes 5,128
  • WpPart
    Parts 12
SEQUEL DARIPADA SAAT BAHAGIA KITA (TRIPLETS) "Kalau ya pun nak speed, berilah aku peluang untuk rekod elok-elok," bebel Hayder dan membelek rakaman video di telefonnya. "Pandai la kau rekod sendiri. Kau ingat aku boleh bawa slow tiba-tiba semata-mata untuk kau? Mati aku nanti kena marah," balas Haffaz dan mengelap peluh di dahi. "Asyik gaduh je. Video je kut." Naqyla mula membidas. "Suka hatilah," balas Haffaz dan Hayder serentak. Naqyla hanya membuat muka menyampah. Ya. Mereka adalah kembar tiga daripada Leftenan Yusuf Numair dan Dr. Umay Alisa. Kisah mereka akan berjalan seiring di dalam story Langit Yang Kurindu. Stay tuned! Start : 19 December 2023 End : 8 Mac 2024
Dignified (Terbit) by missdiyyah
missdiyyah
  • WpView
    Reads 10,588
  • WpVote
    Votes 826
  • WpPart
    Parts 11
Page 2-rule number one: A member of the Elhasiq family must befriend and marry someone of equal status. Afra Ghaziyah, kehidupannya sebagai seorang jururawat yang selalu tenang dan damai... tiba-tiba saja berubah sepenuhnya. Hanya kerana hutang budi, satu permintaan dan sekeping surat. "Boleh Afra membalas jasa Puan Hande bagi pihak opah?"- Opah Yasemin. Sangka Afra, Puan Hande itu cuma majikan opah yang biasa-biasa. Namun, dia silap. Pertemuan dengan Ghadi Elhasiq, pewaris dan juga pengerusi eksekutif Empayar Elhasiq merungkaikan persoalan Afra tentang siapa yang dia perlu balas budi itu. Lagi parah, lelaki itu rupanya pemilik hospital Afra bekerja dan cucu kepada Puan Hande! "Hutang budi itu... macam mana tuan nak saya bayar balik?"-Afra Ghaziyah 'By marrying me.'- Ghadi Elhasiq Ghadi Elhasiq, lelaki berpengaruh di mata dunia. Namun, di sebalik kehebatannya menerajui sebuah empayar... dia seorang yang bisu. Ada sebab mengapa Ghadi perlukan Afra yang berstatus orang biasa untuk menjadi isterinya. "Kenapa tuan pilih saya yang tak ada pangkat dan harta ni?"- Afra Ghaziyah 'Sebab saya nak hapuskan sesuatu dalam Empayar Elhasiq. Sesuatu yang sudah lama menjadi punca kemusnahan keluarga Elhasiq. Thus, you will be needed as my wife.'- Ghadi Elhasiq "Tuan nak hapuskan apa?"- Afra Ghaziyah 'Buku peraturan Elhasiq.'- Ghadi Elhasiq Bagi Afra, hatinya berat untuk menjadi isteri kepada lelaki yang tidak sampai tiga kali dia bertemu. Namun, sekeping surat yang dibaca mengubah segalanya. Lantas, lamaran daripada Ghadi diterima. Hanya kerana satu ayat daripada seorang nenek yang terlalu kasihkan cucu. ​