We've updated our Content Guidelines.
Review the latest guidelines to keep sharing stories safely.
PinkBlooming17's Senarai Bacaan
3 stories
Sedetik Lebih [COMPLETE] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 1,476,187
  • WpVote
    Votes 79,897
  • WpPart
    Parts 102
Maryam Elara tidak pernah menyangka, takdir akan menemukan dia semula dengan lelaki yang pernah menjadi suaminya, Raif Kaysan. Di sebuah majlis penuh gemerlapan, dia hanya seorang cleaner, sementara lelaki itu kini seorang CEO yang gah berdiri di puncak kuasa. Namun, tatapan Raif padanya bukan lagi penuh kasih, tetapi sarat dengan benci dan dendam yang bertahun-tahun terpendam. "Dahulu kau tinggalkan aku macam sampah. Sekarang kau datang sebagai apa? Cuma cleaner aje?" Raif melayan Maryam tak ubah seperti sampah, menghina dan merendah-rendahkannya tanpa belas. Dia mahu wanita itu merasa sakit, sama seperti luka yang Maryam tinggalkan dalam hidupnya dahulu. Tambah pula Maryam beralih kerja disyarikatnya, seakan membuka ruang untuk dia menjalankan misi dendam. "Jangan sebut nama aku, Jangan mengadu apa-apa pada aku, dan pastikan jarak kau berdiri 5 meter dari aku, faham?"-Raif Kaysan "Baik, brader."-Maryam Elara "Apa kau cakap?"-Raif "Tadi cakap tak boleh panggil nama, saya panggilah brader."-Maryam Setiap hari, Maryam hanya diam dan menerima segala perlakuan dingin Raif tanpa membantah. Dia tidak melawan, tidak juga merungut, meskipun lelaki itu menggunakan pangkatnya sebagai bos untuk membuli dan merendahkannya sesuka hati. Namun, tanpa sedar, sesuatu dalam diri Raif mula berubah. Dendam yang sekian lama membara perlahan-lahan pudar, digantikan dengan perasaan yang sepatutnya tidak wujud lagi, rasa yang pernah dia buang jauh-jauh dahulu. Kenapa? Kenapa hatinya mula goyah? Kenapa, setelah semua yang berlaku, dia masih mahu mencintai wanita itu? "Kalau masa berbaki sedetik lebih sekalipun, aku takkan patah balik pada kau."-Raif "Saya faham, jadi tak perlu bazirkan sedetik lebih itu untuk saya lagi."-Maryam Namun... adakah pertemuan Maryam membawa sebuah rahsia yang tersimpan sekian lama? Dan jika masa itu memiliki sedetik lebih lagi... apakah ia akan dipenuhi dengan cinta, atau terus dihimpit oleh dendam?
Takdir Kita Milik Negara | SU by HyzerNords
HyzerNords
  • WpView
    Reads 1,221
  • WpVote
    Votes 101
  • WpPart
    Parts 12
My First Story 1st TENGKU Series ASP TENGKU RAZWA ARYANI x KAPTEN IRSYAD ALTHAF Irsyad Althaf, seorang lelaki yang hatinya pernah hancur akibat kehilangan insan yang disayangi. Tengku Razwa Aryani, seorang gadis yang serba lengkap hidupnya dan berada di dalam keluarga yang serba lengkap. Takdir mempertemukan mereka di alam persekolahan, memutikkan perasaan asing dalam diri. Tetapi tidak mahu mengakui antara satu sama lain. Namun, satu peristiwa telah berlaku yang menyebabkan mereka membawa haluan masing-masing. "Aku memang bodoh sebab percayakan kau" - Tengku Razwa Aryani. "Maafkan aku" - Irsyad Althaf. Andai masa membawa mereka kembali, mampukah mereka kecapi bahagia bersama? "Walau hati ini membenci, namun senapang dan medan pertempuran tetap menyatukan kita berdua." Rujukan : 1. Pertempuran Di Hutan - SAC Dato Mohd Rani Abd Rashid - The Patriots 2. Nur Qistina Aafreen a.k.a QSTNAAFRN - Pegawai Sukarela Angkatan Tentera Malaysia Wataniah - Penulis Where Moon Meets Dawn Start - 6/2/2026 End - ?????? Update lambat sikit, jadi kalau tak boleh tunggu. Boleh skip ke story lain dulu. Jangan letakkan high expectation untuk cerita ni. Nanti korang yang kecewa. So, baca cerita ni dengan santai. 1. No plagiat 2. Maaf jika terdapat kesalahan bahasa 3. Jika kurang memuaskan, boleh pindah ke story lain. 4. Mohon komen ya kalau ada yang nak diperbetulkan. 5. Kalau nampak hate words tu diblurkan, faham faham aje la ya. 6. Banyak kacip sebab cerita pertama Semoga korang enjoy bila baca story ni, selamat membaca!
Healer's Heart : Captain Yazzed Qayyum | C by fiqalynaaa
fiqalynaaa
  • WpView
    Reads 998,370
  • WpVote
    Votes 41,849
  • WpPart
    Parts 83
Bagi Darina Farissa, kerjaya dan keluarga adalah segala-galanya bagi dirinya, perasaannya pula ditepikan. Sudah beberapa kali dia didesak oleh orang sekeliling, kata mereka dengan umur Darin semakin meningkat dewasa, tidak elok jika bersendirian lama-lama. Takut tidak laku sahaja nanti. Sehingga lah teman baiknya, Mawar si pakar 'matchmaker' terhandal mengatur temu janji untuknya. Darin melayankan saja walaupun dia memang tiada niat mencari cinta. Dia bertemu dengan Yazzed Qayyum. Kebetulan, Yazeed juga sedang didesak oleh maminya supaya cepat-cepat mencari jodoh. Temu janji pertama mereka, gagal. Darin melarikan diri walhal mereka masih tidak habis berbual. Yazzed hanya redha, mungkin bukan jodoh mereka. Kali kedua, mereka bertemu di kenduri kahwin kawan mereka. Namun Darin tidak mengecam Yazzed. Kenduri kahwin tersebut berakhir dengan insiden memalukan bagi Darin. Darin mula menyimpan dendam dengan Yazzed sejak daripada itu. Mereka bertemu untuk ke sekian kali di hospital tentera, Darin bertugas selama 3 bulan di hospital tentera di kem Yazzed. Bermula lah sesi kejar mengejar. Awalnya Darin jual mahal, lama-lama luluh juga hati apabila setiap kali dia dilanda masalah, Yazzed yang akan menjadi hero untuknya. Namun hati Darin ragu-ragu, dia masih terperangkap dengan masa lalu. Walaupun kehidupan Yazzed penuh dengan disiplin dan keberanian sebagai anggota pasukan khas, menghadapi hati Darin yang tertutup akibat kehilangan, bukanlah misi mudah. Dia tahu, untuk menawan hati Darin, dia perlu sabar dan memahami luka yang dibawa gadis itu. "Saya... tak pasti kalau saya boleh mencintai lagi, Yazzed." - Darin Farissa "I'll be your healer's heart then, Nur Darina Farissa." - Yazzed Qayyum "Ruang dalam hati kau ada tempat lagi tak? Aku nak ada dalam ruang tu, boleh?" - Yazzed Qayyum Start : 29 januari 2025 End : 18 februari 2026