fathiaaunii's Senarai Bacaan
6 stories
Mafia Itu Suamiku by RaraMierah
RaraMierah
  • WpView
    Reads 54,622
  • WpVote
    Votes 1,373
  • WpPart
    Parts 30
Aira Adriana tidak pernah menyangka hidupnya akan berubah dalam sekelip mata. Sebagai wanita moden yang berdikari, dia punya impian dan masa depan yang ingin dibina dengan usaha sendiri. Namun, semuanya musnah apabila dia dipaksa berkahwin dengan lelaki yang paling ditakutinya-Adrian Hayden, seorang mafia yang kejam dan penuh misteri. "Aku tak cintakan kau." "Kau akan jatuh cinta, cepat atau lambat." Perkahwinan ini bukan pilihan Aira, tetapi Adrian tidak pernah memberi ruang untuk dia melarikan diri. Dia mengawal segalanya-hidupnya, keputusannya, malah perasaannya sendiri. Namun, Aira bukan wanita yang mudah tunduk. Dia melawan, menolak, dan cuba mencari jalan keluar dari perangkap lelaki itu. Tapi Adrian bukan lelaki biasa. Setiap langkahnya dikira, setiap keputusannya penuh dengan rahsia. Dan semakin lama Aira mengenalinya, semakin dia sedar bahawa Adrian bukan sekadar seorang mafia... ada luka, dendam, dan sejarah kelam yang disembunyikan di sebalik mata tajamnya. Antara benci dan cinta, kuasa dan kebebasan, dendam dan kasih sayang, mampukah Aira bertahan dalam dunia gelap yang kini menjadi penjaranya? Atau... adakah dia akan jatuh dalam perangkap Adrian, bukan sebagai tawanan, tetapi sebagai wanita yang mencintainya?
MR. ASH SEBELAH RUMAH by Blackcurrant01
Blackcurrant01
  • WpView
    Reads 125,312
  • WpVote
    Votes 4,176
  • WpPart
    Parts 54
Anak bongsu Pakcik Yusuf sebelah rumah sudah lama berada di luar negara dan baru ini dia akhirnya pulang ke Malaysia. Sekarang ini dia tinggal bersama ibu bapa dia, jiran sebelah kami sekeluarga. Tak kuasa lah pula aku nak korek cerita disebalik kepulangannya ke pangkuan keluarga atau sebab dia tinggal di luar negara selama hampir sepuluh tahun. Aku ini bukannya jenis yang suka jaga tepi kain orang. Kami pun baru sahaja lima tahun menghuni di kawasan perumahan ini. Tetapi satu yang aku pasti, mulut dia perlu disumbat dengan tisu! Tidak sudah-sudah mahu menyakat orang. Elok saja dia nampak aku berada di luar rumah, pasti ada saja yang nak dikatakan. "Hah, nak pergi mana pulak tu? Dah nak maghrib ni," - ASH "Suka hati oranglah nak pergi mana pun. Sibuk je." - IJA "Kenalah sibuk, awak tu bakal isteri saya tahu tak?" - ASH Ish, merepek sajalah anak Pakcik Yusuf seorang ini! Aku bukanlah tidak mahu berbaik dengan jiran aku yang seorang ini, tetapi sudah terkena masa dia baru saja pindah ke sini. Belum sempat pun lagi mahu berkenalan dengan si dia, sudah disakat. "Assalamualaikum, tengah buat apa tu?"- IJA "Waalaikumussalam. Tengah basuh pinggan, sayang. Meh lah, tolong saya."- ASH Tanpa aku sedar, sudah lama dia merancang. Sedang kami di alam bahagia, datang pula api-api yang cuba membakar mahligai yang kami bina. Mampukah aku pertahankan hubungan kami daripada hasad dengki manusia?
SUAMI KU LECTURER by csya29
csya29
  • WpView
    Reads 53,518
  • WpVote
    Votes 1,323
  • WpPart
    Parts 41
💕 SINOPSIS NOVEL: SUAMI KU LECTURER 💕 Nur Umairah Batrisya, seorang mahasiswi tahun akhir yang ceria, kuat semangat dan berdikari, tidak pernah menyangka akan dijodohkan dengan seorang pensyarah muda yang tegas dan penuh prinsip, Tengku Ukasyah Arief. Perkahwinan mereka bukan atas dasar cinta, tetapi demi menjaga maruah dan keluarga. Di sebalik wajah garang dan dingin Tengku Ukasyah, tersimpan seribu rahsia dan luka lama yang belum sembuh. Umairah pula berusaha keras untuk menyesuaikan diri sebagai isteri muda dan pelajar, di samping menyimpan impian untuk mengubah dinginnya hati sang suami. Namun, mampukah sebuah perkahwinan tanpa cinta bertahan? Atau mungkinkah benih cinta akan mula bercambah apabila dua hati yang berbeza dunia ini mula belajar mengenali makna sayang, pengorbanan dan kesetiaan?
Dalam Luka Ada Kamu by TyaAzzahra_
TyaAzzahra_
  • WpView
    Reads 95,931
  • WpVote
    Votes 4,374
  • WpPart
    Parts 71
Mungkin aku dan kau tidak menyatu tapi kisah kita menjadi saksi kita pernah bersatu. - Haura Malaiqa, seorang wanita yang bertugas sebagai pembantu peribadi buat Tengku Rayyan. Atas layanan yang berbeza terhadap Haura Malaiqa, pembantu yang lain jadi cemburu buta dan mengatakan Haura Malaiqa sanggup menjual tubuhnya pada Tengku Rayyan agar dirinya dijadikan ratu oleh Tengku Rayyan. "Oh... sekarang aku baru faham. Kau bukannya takut sebab mummy dan daddy aku tahu pasal hubungan kita ni, kan?" "Apa maksud Tengku?" "Kau takut Ryaz tahu pasal hubungan kita ni, kan?" Hubungan apa yang Tengku Rayyan dan Haura Malaiqa punyai? Rahsia apa yang Tengku Rayyan dan Haura Malaiqa cuba sembunyikan? Adakah ianya benar seperti yang dikatakan pembantu lain? "Aku akan buat kau rasakan hancurnya hati aku." "Aku akan pastikan kau lihat kebahagiaan aku dengan Kamelia." "Aku akan bahagia... dengan anak yang Kamelia akan kandungkan." Sakit? Setentunya sakit tapi Haura Malaiqa sedar akan kedudukannya. Siapalah dia berbanding Kamelia yang seribu lebih jauh berbeza darinya? Dirinya hanya sekadar pembantu yang layak duduk di dapur. Sejauh manakah Haura Malaiqa perlu bertahan rasa sakit itu? Benarkah Tengku Rayyan sudah bisa menggantikan dirinya ditempat hati lelaki itu?
Mr. Mafia CEO | C by _VelvetAurora
_VelvetAurora
  • WpView
    Reads 106,190
  • WpVote
    Votes 2,031
  • WpPart
    Parts 43
Tengku Aqeef Nikael. CEO muda Royal Crest Realty, tokoh besar dalam industri hartanah dan pembinaan di Malaysia serta Singapura. Di mata dunia, dia seorang pemimpin berwibawa, berkarisma dan penuh pengaruh. Namun, hakikat yang tidak diketahui oleh sesiapa, termasuk keluarganya sendiri, dia menyimpan rahsia gelap. Di sebalik wajah CEO ternama itu, Tengku Aqeef Nikael adalah seorang gengster, lebih tepat lagi seorang mafia. Rahsia itu hanya dikongsi bersama dua sahabat rapatnya yang turut hidup dalam dunia yang sama. Perwatakan Tengku Aqeef Nikael jauh menyimpang daripada imej seorang pewaris korporat. Sikapnya dingin, berhati beku, dengan wajah bengis yang lebih sesuai dipadankan dengan dunia gelap yang dikuasainya, bukan kerusi empuk CEO. Berbeza pula dengan Fayqa Izzhany. Gadis periang yang tidak pernah lekang dengan senyuman, hidupnya sederhana namun penuh warna. Dia mengusahakan sebuah kafe bernama Lavendar Café bersama dua sahabat merangkap sepupunya. Dunia Fayqa Izzhany jauh dari kelam, penuh dengan aroma kopi, tawa dan kehangatan persahabatan. Pertemuan Tengku Aqeef Nikael dan Fayqa Izzhany seringkali menjadi bahan bualan. Mereka berdua ibarat langit dan bumi, terlalu berbeza, seolah mustahil untuk sehaluan. Namun tanpa diduga, perancangan dua keluarga besar, Tengku Azman dan Dato' Farid, mahu menyatukan mereka dalam ikatan perkahwinan. Apakah yang bakal terjadi bila lelaki berdarah dingin itu dipertemukan dengan gadis penuh cahaya? Mampukah cinta berputik antara mereka apabila terpaksa duduk sebumbung, atau rahsia gelap dunia mafia akan meranapkan segalanya? 13/09/2025 ~ 31/10/2025
𝕀𝕊𝕋𝔼ℝ𝕀 𝕄ℝ. 𝔹𝔸𝔻 𝔹𝕆𝕐 by qtprinc3ss
qtprinc3ss
  • WpView
    Reads 1,744,941
  • WpVote
    Votes 48,315
  • WpPart
    Parts 44
ISTERI 18 TAHUN ➡️ ISTERI MR. BAD BOY ( IN EDITING )