noxardent_
ANOMALI (PROJECT VOSS #01)Satu malam.Satu rumah.Dan satu keluarga yang tidak akan pernah sama lagi.Phuvit (Hia Phu), adiknya Torsak (Tor), dan sepupu mereka Witchaya (Wi) pulang dengan satu impian sederhana-untuk menyambut hari lahir bapa mereka. Namun, kepulangan itu disambut dengan lautan darah dan jeritan yang merobek jiwa. Dalam sekelip mata, Empayar Wongphaisan runtuh, dan keadilan di kota Bangkok ternyata terlalu mahal untuk anak yatim seperti mereka.Sejak malam itu, mereka berhenti menjadi mangsa.Di bawah bimbingan Khun Kraisak-seorang bekas perisik yang mempunyai sejarah hitam yang pekat-tiga nyawa ini ditempa semula menjadi senjata maut. Mereka bukan lagi kanak-kanak yang lemah. Mereka berubah menjadi sesuatu yang dunia tidak sepatutnya cipta.Membesar dalam kegelapan dunia mafia, mereka membina nama yang akhirnya menggetarkan musuh: Draven dan Voss.Namun, apabila bayang-bayang masa lalu mula mengejar, Phuvit sedar bahawa pengkhianat sebenar mungkin bukan orang asing. Dia adalah orang yang paling dekat. Orang yang mereka panggil keluarga.Keadilan mungkin bisu, tetapi dendam mempunyai suara yang sangat nyaring.Darah dibayar darah. Nyawa dibayar nyawa.
UPDATE BAB BARU SETIAP HARI SELASA DAN SABTU