still waitinggg ♡
4 stories
Mr pirate [SPECIAL CHAPTER] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 14,509
  • WpVote
    Votes 1,669
  • WpPart
    Parts 2
Rumah tangga Husna dan Andikha Rafael sentiasa disulami tawa dan bahagia. Mereka mungkin pasangan biasa, namun cinta mereka luar biasa. Namun, saat bulan Ramadan kian menjengah, angin di teratak mereka mula berubah arah. ​Sikap Lanun tiba-tiba menjadi aneh. Lelaki yang dulunya penyayang dan sentiasa ingin berkepit, kini mula menjauh. Emosinya tidak menentu, cepat terasa, kuat merajuk, dan adakalanya meminta perkara yang bukan-bukan! Husna buntu. Haruman kesayangannya yang dulu dipuji Lanun, kini dikata tengik hingga membuatkan suaminya mual. ​Hati isteri mana yang tidak resah? Di sebalik kebisuan dan wajah pucat Lanun, adakah kasih sayang lelaki itu benar-benar sudah pudar?
AZEL [BAD MAGICIAN] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 119,527
  • WpVote
    Votes 12,192
  • WpPart
    Parts 25
"Tak guna punya jantan!" KEPERCAYAAN Jina punah serta-merta apabila hubungannya bersama Tengku Hayyan diputuskan atas pemakaiannya pada malam itu. Rasa dirinya seolah-olah sengaja diperkotak-katikkan oleh lelaki berlagak kaya itu. Kalau dah tahu dirinya tak cantik, mengapa Tengku Hayyan bersungguh-sungguh menggodanya dahulu? sekarang bila dah jatuh cinta, nak ditinggalkan sesuka hati? Apa? lelaki itu fikir, maruahnya boleh dipermainkan dengan cinta palsu ke? Lebih bertambah api kemarahan Jina apabila dia dapat menangkap hubungan sulit Tengku Hayyan bersama seorang wanita yang tidak dikenali. Apa-apa pun, dia takkan biarkan Tengku Hayyan bahagia bersama wanita itu! "Aku akan pastikan hubungan kau dengan perempuan tu akan putus! kau fikir orang macam aku tak reti nak balas dendam huh?!"-JINA "Well... rancangan yang bagus." -MISTERI "PENCULIK!!" Spritttttt!!!! Lelaki pelik itu muncul secara tiba-tiba. Latar belakangnya langsung tak dikenali, tapi dialah paling bersungguh-sungguh meyakinkan Jina bahawa dia boleh menjayakan misi memporak-perandakan hidup Tengku Hayyan. Tetapi hanya untuk tiga permintaan sahaja. "Betul ke kau boleh buat apa-apa saja?"-JINA "Tiada yang mustahil dalam magic. Kalau nak aku lesapkan dia depan mata kau pun aku boleh buat." "Tapi peliklah. Kenapa kau nak tunaikan tiga hajat jahat pulak? Jin baik buang kau ke sampai kau tersakiti?"-JINA "Sebab tak semua dalam dunia ni, perlu dibalas dengan kebaikan. Dan lagi satu, aku bukan jin. Aku Kian Arzhel. Panggil Azel!" Siapakah Azel yang sebenarnya? Adakah misi mereka bakal berjaya dan apakah tiga permintaan jahat yang Jina bakal minta? "Aku rasa aku dah ada permintaan terakhir" Jina "Tak nak dengar."-Azel Semakin sukar Azel hendak menunaikan permintaan Jina apabila hatinya mula diganggu perasaan aneh. Akibat fikirannya sering terganggu dengan bayangan wajah wanita itu, sulap matanya juga jadi tak terkawal. "I miss you, Jina."-TENGKU HAYYAN "Kau masih percayakan, dia?"-AZEL
THE SPLIT : BRAHMS by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 599,107
  • WpVote
    Votes 47,033
  • WpPart
    Parts 33
"Awak! Ada satu kunci tak cukup untuk bilik ni. Awak letak dekat mana? Biar saya pergi cari."- NAYRA Bila THE RULES BRAYAN dah dihapuskan. Aku fikir aku dah boleh teroka semua bilik-bilik yang ada di dalam rumah ini tanpa takutkan lagi hukuman kerana melanggar peraturan. Bahkan, ada satu bilik berkunci ditingkat tiga yang tidak pernah terusik langsung. Buatkan aku diserang rasa curiga sekali lagi. Tetapi kata Bayan, ia cuma bilik kosong yang pernah menjadi milik seseorang suatu ketika dahulu. Siapa? "Betul ke kau tak nak teman aku pergi outstation? Macam mana kalau aku tiba-tiba rindukan isteri aku?."-BRAYAN "Betul. Awak janganlah risau. Saya pandai jaga diri. Lagipun, Elly kan ada untuk teman saya dekat sini."- NAYRA Selepas dia pergi meninggalkan aku dan Elly di rumah yang besar dan luas ini. Satu demi satu perkara pelik yang terjadi. Kadang-kala sampai buatkan Elly terjaga kerana bunyi seperti ada seseorang pecah masuk ke dalam rumah. Bila diperiksa, tiada apa-apa yang mencurigakan. CCTV pun tiba-tiba sahaja terpadam. Hendak pendekkan cerita, suatu malam. Semua persoalan kami sudah terbongkar. Muncul seorang figura bertopeng penuh misteri di dalam rumah milik Brayan. Yang peliknya tujuannya bukan untuk mencuri barang berharga di dalam rumah ini, tetapi... Aku. Akulah tujuannya. "I'm Brahms. B-R-A-H-M-S. Bram's. Akulah yang selamatkan kau masa kebakaran tempoh hari. Ops! Tak perlu ucapkan terima kasih. Aku buat semua tu, sebab aku gentleman." "Kenapa awak tak pernah bagitau saya awak ada personaliti lain?"-NAYRA "Sebab personaliti dia jauh beza dengan aku. Sejujurnya, aku malu bila jadi diri dia."-BRAYAN "Siapa pun nama yang keluar dari tubuh ni,aku tetap Brayan. Aku tak pernah sesekali anggap diri sebagai BRAHMS. Walaupun aku fikir aku orang lain, tapi perasaan disini tetap sama. Aku suami kau, yang cintakan kau sejak kali pertama kita berjumpa. Yang takkan sesekali biarkan kau terluka atau tinggalkan kau buat kali kedua."