wxyzzs's Reading List
19 stories
𝐖𝐡𝐞𝐧 𝐅𝐥𝐨𝐰𝐞𝐫𝐬 𝐁𝐥𝐨𝐨𝐦 | C by missdiraa
missdiraa
  • WpView
    Reads 144,920
  • WpVote
    Votes 10,042
  • WpPart
    Parts 53
Empat puteri. Empat kisah hidup yang berbeza. Di celah rutin yang berulang, sesuatu mula mekar. Bukan kerana dirancang, tetapi kerana kehadiran yang akhirnya terasa perlu. Mereka berbagi darah yang sama, tapi bukan impian yang sama. Dibesarkan penuh kasih oleh si ayah seperti bunga yang tumbuh mekar di taman. When Flowers Bloom mengisahkan tentang empat adik beradik yang memiliki kehidupan masing-masing. Dalam perjalanan hidup mereka yang semakin meningkat dewasa, saat itu mereka menemukan apa itu erti kebahagiaan dan cinta.
LEFTENAN JIBRAN HIS SAVIOUR | HIATUS by onlyh4qh_
onlyh4qh_
  • WpView
    Reads 232,007
  • WpVote
    Votes 281
  • WpPart
    Parts 1
Raja Jibran Qayyim x Athalia Zivara Cukup kalian tahu bahwa kisah ini adalah "kisah cinta yang semua pasangan dambakan. Dicintai hebat oleh seorang lelaki bergelar suami. Athalia Zivara seorang wanita yang menjadi yatim piatu sejak kecil lagi, hanya mempunyai seorang abang kandung yang sangat menyayangi dirinya. Dialah abang, ayah dan sekaligus ibu kepada dirinya. Dikurniakan pula suami yang tidak kurang hebat seperti abangnya, Athalia wanita dulunya rapuh, kini menjadi seorang wanita terbahagia kerana dicintai oleh lelaki hebat seperti suaminya Raja Jibran Qayyim, tugas sebagai seorang tentera bukanlah penghalang untuk dirinya membahagiakan orang tersayang. Terutamanya isteri, apapun yang terjadi keutamaannya adalah isterinya meski harus mengorbankan 'nyawa?' Dia sanggup demi seorang wanita yang bergelar isteri. Kisah mereka walaupun cliche, tapi itulah impian semua wanita. Diratukan oleh lelaki bergelar suami... Start - May 2023 End -
LEFTENAN RAYYAN ANAQI | C | by Aeyqah
Aeyqah
  • WpView
    Reads 286,856
  • WpVote
    Votes 8,127
  • WpPart
    Parts 44
"Saya suka awak" -L.Rayyan Anaqi "Awak cakap apa tadi?" -Mayra Adelia "Kenapa? Nak record?" -L.Rayyan Anaqi "Saya tak memilih. Hati saya yang tentukan. Kalau betul itu orangnya, ia akan beri saya petunjuk. Kalau bukan, ia akan menarik saya untuk berjauhan dengan orang tu. Macam sekarang, ia temukan saya dengan orang yang betul" -L.Rayyan Anaqi "Kepuasan! Aku tak suka tengok kau hidup! Lepas kau mati, isteri kau pula kita orang akan bunuh. Berjalanlah di taman syurga bersama-sama" "Abang! Bangunlah! Janganlah takutkan Mayra!" -Mayra Adelia
Arjuna Hatiku | C by MiracleQie_
MiracleQie_
  • WpView
    Reads 701,047
  • WpVote
    Votes 20,625
  • WpPart
    Parts 75
[COMPLETE ✔] 🔱Second Winner White Diamond Award - Romance Genre Orang kata, kalau kita terlampau sayang dekat seseorang, nanti lama-lama tukar jadi benci... "Opss, maafkan saya encik." - Intan Zulaikha "Hey, tak nampak jalan ke?" - Hafiz Rafael Mereka pernah saling cinta, namun cinta yang terbina diikat tanpa restu. Belum sempat mengecap bahagia musibah pula datang menimpa. Mampukah sisa cinta semalam bertahan hingga ke akhirnya ? Antara kenangan dan masa depan yang mana satu pilihan hati Intan Zulaikha? Kehadiran Iqbal Shafique dalam hari-hari mendatang dalam hidup Intan Zulaikha lain pula ceritanya, mamat sewel yang tak padan langsung dengan tittle Leftenan Jeneral Airforce TUDM namun selalu menyakitkan hatinya. Sungguh dia pening dalam pilihan, yang kanan macam CatDog, yang kiri macam magnet! "Tajam tak?" - Iqbal Shafique "You ni penakut jarum ke? Jet pejuang yang besar tu boleh pulak bawak, jarum yang kecik ni pun you takut!" - Intan Zulaikha ..tapi aku lupa yang orang kata lagi, kalau kita terlampau benci dekat seseorang, nanti lama-lama tukar jadi sayang.. "Jangan nak berdrama kat sini, kan saya dah cakap yang sekali saya sayang, sampai bila-bila pun sayang! " -Intan Zulaikha Siapakah arjuna yang bertakhta di dalam hati Intan Zulaikha? Start : 5 October 2018 End : 28 Jun 2019
JANJI YANG TERPUTUS [ C ] by atiqahzainalll
atiqahzainalll
  • WpView
    Reads 59,421
  • WpVote
    Votes 1,929
  • WpPart
    Parts 40
Muhammad Zayyan Firas, pegawai komando PASKAL. Hidupnya terbiasa dengan medan perang, kehilangan, dan kehilangan semula. Baginya, cinta bukan lagi sesuatu yang perlu dikejar... sehinggalah Allah hadirkan Nur' Atiqah dalam hidupnya. Gadis muda yang tidak sempurna, tapi cukup sederhana untuk menyentuh bahagian hati yang paling dalam. Dengan satu lafaz, mereka disatukan. Dalam ikatan yang bukan sekadar janji dunia, tapi ikrar di hadapan Tuhan. Namun takdir tak pernah menjanjikan jalan yang lurus. Satu misi mengubah segalanya. Satu tembakan memisahkan mereka. Satu kehilangan yang membuatkan rindu bertukar jadi doa. Dan doa menjadi satu-satunya bahasa antara dua jiwa yang terpisah oleh jarak, waktu... dan ujian yang tidak kelihatan. Zayyan masih berdiri di medan tugas. Atiqah masih di katil ujian. Tapi cinta mereka tidak pernah rebah. "Kalau saya tak sempat ada waktu awak buka mata, ingatlah... saya sentiasa tunggu. Dalam diam, dalam doa, dalam setiap detik saya masih hidup." Ini bukan kisah cinta biasa. Ini kisah dua jiwa yang dipertemukan atas nama Allah... dan diuji juga atas nama yang sama. Kerana janji yang disebut dalam sujud, tidak akan pernah hilang arah. Ia hanya menunggu untuk ditunaikan. Dengan sabar. Dengan setia. Dengan takdir.
HIS ADMIRE : Cinta Hati Leftenan Kolonel | SU | by _theeyne
_theeyne
  • WpView
    Reads 65,574
  • WpVote
    Votes 2,964
  • WpPart
    Parts 18
Rayna Zafrena - Mejar juruterbang taktikal EC725 TUDM. Pernah dipandang rendah kerana wajah dan perwatakannya yang berbeza, namun hari ini dia berdiri sebagai salah seorang juruterbang taktikal terbaik negara. Biarpun dibesarkan dalam keluarga yang jarang menyokong impiannya, ada satu-satunya abang di perbatasan yang menjadi sumber kekuatannya. Namun, di sebalik langit luas dan keberanian yang dipuji, Rayna menyimpan luka lama... luka bernama Raqeef Zayden. Dahulu pembuli di sekolah, kini Leftenan Kolonel PASKAU TUDM yang disegani kerana ketegasan dan kejayaannya dalam misi sulit. Takdir mempertemukan mereka kembali selepas 14 tahun-dalam sebuah operasi kritikal yang sepatutnya bukan Rayna yang mengetuai. Tetapi keadaan memaksa, dan dia terpaksa melangkah. Pertemuan pertama mereka tidak manis. Raqeef yang tidak mengenali Rayna dewasa, cepat menilai wanita itu sebagai keras dan tidak seperti wanita lain. Dia tidak tahu... Rayna adalah gadis yang pernah dia sakiti dahulu. Dari satu misi ke misi lain, perlahan-lahan Raqeef mula melihat sisi Rayna yang tak pernah dia sangka-tegas, cekal, berprinsip. Dan hatinya mula terusik. Tetapi bagi Rayna, lelaki cuma tertarik pada yang indah di mata... sehingga bosan, lalu pergi. Dia tidak mahu mengulang sejarah pahitnya. Ketika hatinya mula diuji, keluarganya pula mahu menjodohkannya dengan anak kenalan korporat. Dia menolak. Dalam masa yang sama, Raqeef meluahkan rasa. "Dua tahun... tunggu aku balik, kita kahwin." -Mejar Rayna Zafrena Rayna menerima tugasan di luar negara, menggenggam janji itu erat. Tetapi selepas dua tahun berlalu, dia pulang dengan satu keinginan-bertemu Raqeef semula. "Balik ni aku terus nak jumpa Raqeef." -Mejar Rayna Zafrena Namun berita yang menyambutnya menghentak jiwa. "Raqeef... hari ini dia nikah." -Kapten Alieya Natasya Dunia Rayna sekali lagi runtuh. Masihkah ada ruang untuk cinta yang tertangguh ini... atau segalanya sudah terlambat? PERINGATAN! - cerita ini mengandungi kata kasar!
PESAN YANG TERAKHIR : (Slow Update) by CIK_HZAHNA
CIK_HZAHNA
  • WpView
    Reads 10,169
  • WpVote
    Votes 569
  • WpPart
    Parts 44
Aralyn Madiha, gadis yang dibesarkan dalam dingin pandangan sendiri. Setiap senyum keluarganya bukan untuknya. Setiap bahagia, dia hanya jadi penonton. Namun dalam sepi yang panjang, dia belajar berdiri sendiri. Tanpa Aralyn sedar sahabat yang menjadi tempat untuk dia bersandar kini telah menjadi luka yang begitu dalam di lubuk hatinya. Sahabat yang sudah dia anggap darah daging kini telah berkahwin dengan tunangnya. Dipermainkan, dikhianati dan dipersalahkan. Sakit. Sehingga satu hari, hadir seseorang jejaka yang menginginkan Aralyn menjadi pemilik hatinya. Dan dari situ, Aralyn mula mengenal erti kasih sayang yang tidak menyakitkan. Tapi hidup bukan dongeng. Bila cinta bertembung dengan luka lama, mampukah bahagia menjadi nyata? Masih adakah bahagia untuk seorang Aralyn Madiha? Start: 13 November 2024 End:
𝐈𝐧𝐬𝐩𝐞𝐤𝐭𝐨𝐫 𝐀𝐝𝐳𝐫𝐢𝐞𝐥 | TERBIT by syirahnees_
syirahnees_
  • WpView
    Reads 700,228
  • WpVote
    Votes 10,056
  • WpPart
    Parts 17
PDRM SERIES 1 Antara khianat dan pertalian darah... "Kau kenapa peluk aku ni? Kau siapa?" Uish! Macam mana dia boleh tersalah peluk orang? Disangka abang, rupa-rupanya kawan abang sendiri! Habis berona merah mukanya seperti tomato. Rasa nak sumbat muka sendiri dalam lubang jamban! "Kambing kau panggil aku?!" - ADZRIEL RAFIQ SYAHPUTRA "Ya lah! Sebab kau tu inspektor. Insbekkkkktor!" - NAAILA MALAIQA "Hei, tikus mondok! Sedarlah diri tu. Dah lah pendek! Kecik macam tikus!" - ADZRIEL RAFIQ SYAHPUTRA Ha, yelah! Memang macam tu lah setiap kali mereka bersua muka. Ada saja benda yang tak puas hati. Ada saja benda yang nak digaduhkan. Ada saja benda yang ingin bertikam lidah. Si Adzriel ni tak habis-habis nak sakat Naaila! Rasa nak celup dia dalam minyak panas biar dia jadi Adzriel goreng tepung! Dari hubungan seperti anjing dengan kucing, entah bagaimana Adzriel boleh menyimpan perasaan terhadap Naaila. Gelagat gadis itu yang comel sering menghiburkannya. Hanya bahagia di permulaan. Tugas sebagai seorang inspektor bukanlah mudah. Ada tujuan abang dan kawannya itu pulang ke kampung mereka di Terengganu. Ada sesuatu yang harus diselesaikan. Beribu nyawa telah diragut dan pada akhirnya Naaila menjadi ancaman! "Ni Adzriel, cinta. Suami awak." - ADZRIEL RAFIQ SYAHPUTRA ⚠️ karya ini mengandungi unsur-unsur sensitif seperti psiko dan pembunuhan. pembaca digalakkan untuk membaca ikut kehendak masing-masing. #1 - comedy-romance #1 - inspector #1 - police #2 - aksi
C │PUJAAN HATI TUAN INSPEKTOR by lazysya
lazysya
  • WpView
    Reads 41,763
  • WpVote
    Votes 1,588
  • WpPart
    Parts 20
Simple and short story by @lazysya "I'm not someone you should date." - Zea Xavera "Yes, I know. You're someone I should marry." - Daniyal Farique DANIYAL FARIQUE Bukan mudah bagi seorang Inspektor polis seperti dia untuk mencari pasangan hidup. Hasilnya, dia telah membujang selama 30 tahun. Uminya pula tak henti-henti mendesak agar dia segera berkahwin. Tapi nak cekau siapa? Awek pun tak ada! Sampailah satu hari, dia bertemu dengan cinta pertamanya. Masalahnya? Awek tu beku tahap ais Antartika. Setiap usaha yang ditunjukkannya dipandang sepi. Dia ditolak mentah-mentah. ZEA XAVERA Seorang gadis hebat yang berjaya menjadi doktor pada usia muda. Kini berumur 25 tahun, hidupnya masih solo. Bukan tiada yang ingin, tapi dia yang tak mahu. Luka silam membuatkan dia serik untuk bercinta lagi. Fokusnya hanya pada kerjaya dan keluarga. Semuanya berubah apabila seorang Inspektor sado tiba-tiba muncul dalam hidupnya dan terus "menyemak". Hatinya mula goyah, hidupnya mula tak tenang. Daniyal mengejar. Zea menjauh. Semakin Zea jauh, semakin Daniyal kejar. "Semakin ku kejar, semakin kau jauh..." Eh, tiber! Bukan senang nak cairkan hati doktor beku ni. Tambah pula dengan jadual kerja Daniyal yang padat, makin susah nak mendekatinya. Mampukah Zea menahan hatinya daripada jatuh cinta lagi? Dan mampukah Daniyal bertahan demi memiliki hati beku sang doktor muda ini? "Loving you is like breathing. How can I stop?" - Daniyal Farique [2025]
AKU MEMILIH DIA (C) by Zueikha23
Zueikha23
  • WpView
    Reads 1,265,062
  • WpVote
    Votes 40,328
  • WpPart
    Parts 50
Qaf Yusuff & Ayfa Zuelaikha Qaf Yusuff seorang pemuda yang berasal daripada kampung kecil telah terpikat dengan seorang gadis yang bernama Aisha Nafisa, namun lamaran dia di tolak oleh bapa gadis itu kerana pekerjaannya sebagai seorang 'pemburu' kurang di senangi, pada pendapat bapa Aisha Nafisa seorang pemburu tidak akan mampu memberi anak mereka kesenangan. Qaf Yusuff redha, dia membawa diri ke sebuah bandar besar. Pertemuan Qaf Yusuff dengan seorang jutawan Tan Sri Abdul Fattah telah mengubah segalanya apabila lelaki itu melamar dia untuk anak gadisnya. Qaf Yusuff menolak kerana dia berasa tidak layak menjadi menantu seorang jutawan.Bagi Tan Sri Abdul Fattah, dia tidak kisah tentang pekerjaan Qaf Yusuff kerana dia lebih melihat pada keperibadian berbanding harta benda. Pertemuan kali pertama dengan anak tunggal Tan Sri Abdul Fattah telah mengubah keputusan Qaf Yusuff. Sekeras mana pun Ayfa Zuelaikha menolak untuk di satukan dengan pemburu sesat itu, jika sudah tertulis itu jodohnya pasti akan bersatu jua. Saat tahu nama sebenar Qaf, Ayfa Zuelaikha jatuh cinta kerana baginya nama itu telah mencuri hatinya. Namun, saat bahagia mula menjelma kebahagiaan mereka di uji dengan dasyat. Satu peristiwa buruk telah menimpa Ayfa Zuelaikha sehingga menyebabkan dia mengalami tekanan perasaan. Adakah Qaf Yusuff akan setia saat mengetahui isterinya kini seorang pesakit mental? Adakah perkahwinan mereka akan terus bertahan sehingga akhirnya? ⚠️ Maaf jika ada kesalahan tatabahasa dan typo