Epresident
Dia lelaki yang aneh.
Berhati tisu kadangkala, namun matang atau setidaknya dilatih untuk kelihatan matang.
Apa sahaja yang dimiliki orang lain, dia juga menginginkannya. Senang kata, dia gemar meniru kehidupan orang sekeliling. Jika orang lain membeli kereta baharu, EZANIEL EZAQYU turut merasai keinginan yang sama.
Begitu juga dalam hal yang lebih besar.
Apabila sepupu yang membesar bersamanya mula beristeri, rasa iri itu menyelinap masuk ke dalam hatinya. Maka, dia juga mahu seorang isteri. Bukan kerana cinta, tetapi kerana tidak mahu ketinggalan.
"Kahwin. Jom. Esok," - Ezaniel
Ayat itu terlepas begitu sahaja dari mulutnya, ditujukan kepada wanita itu.
Tidak hairanlah dia dianggap gila kerana siapa yang waras melontarkan kata sedemikian tanpa sebarang rasa atau pertimbangan?
Menganggap Ezaniel Ezaqyu sebagai lelaki istimewa adalah kesilapan terbesar. Hakikatnya, dia hanyalah seorang lelaki yang dimanjakan keluarga, dibentuk dan dilatih untuk kelihatan matang, tetapi tidak pernah benar-benar diajar memahami erti tanggungjawab.
⚠️‼️: Cerita ini mengandungi beberapa adegan dan penggunaan bahasa yang mungkin menimbulkan ketidakselesaan kepada sesetengah pembaca. Sila baca dengan pertimbangan sendiri. Kebijaksanaan pembaca amat dihargai.