noxardent_
- Reads 677
- Votes 17
- Parts 32
TARIKAN BENANG MERAH
-sutera dan peluru-
"Takdir yang diikat tidak akan pernah terputus."
Di dunia yang pernah dipenuhi darah, rahsia dan kematian... tiga lelaki yang pernah digelar anomali akhirnya memilih untuk meninggalkan masa lalu mereka.
Drax - Kinn
Syn - Thyme
Voss - Thit
Namun takdir tidak pernah benar-benar melepaskan mereka.
Kinn hidup dengan suara misteri yang sentiasa menariknya kembali dari kegelapan.
Su pula bertahun-tahun hidup dengan rasa kosong yang tidak pernah mampu dijelaskan-seolah-olah hatinya sentiasa mencari seseorang yang belum pernah ditemuinya.
Di sebalik senyumannya yang lembut, dia menyimpan luka yang membuatkan dirinya sukar mempercayai cinta. Namun apabila bertemu Kinn, lelaki yang tidak pernah berhenti menunggunya, Su perlahan-lahan belajar bahawa tidak semua tangan yang menghulur akan menyakitinya.
Di saat rahsia lama mula terbongkar, Kinn dan Su menemukan bahawa hubungan mereka bukan sekadar cinta... tetapi janji yang diwariskan sejak generasi sebelumnya.
Dan benang merah itu bukan hanya menyatukan mereka.
Ia turut membawa Thyme kepada Tee-mamat pendek OCD yang penuh ego dan obses dengan kesempurnaan, tetapi diam-diam menyimpan hati yang paling mudah terluka.
Seseorang yang perlahan-lahan mengajar lelaki itu bagaimana rasanya dicintai tanpa syarat.
Ia juga membawa Thit kepada Kern-seorang pemuda berdarah Thai-Jepun, pemilik florist yang lembut di luaran, tetapi menyimpan sisi yang tidak ramai tahu. Di sebalik senyumannya, Kern memiliki keahlian dalam Muay Thai, Taekwondo dan Karate-dan tidak akan teragak-agak menggunakannya apabila insan yang disayanginya diganggu.
Dialah satu-satunya insan yang mampu melihat sisi manusia di sebalik monster bernama Voss.
Di tengah luka lama, kehilangan, dunia bawah tanah dan rahsia yang terkubur bertahun-tahun... enam jiwa ini akhirnya belajar bahawa takdir bukan tentang siapa yang paling kuat untuk bertahan.
Tetapi siapa yang akhirnya menjadi alasan untuk pulang.