Lini26's Reading List
2 stories
KIRANA, MY DEAREST (complete ✅) by officialnnmr
officialnnmr
  • WpView
    Reads 50,789
  • WpVote
    Votes 1,759
  • WpPart
    Parts 84
⚠️Strictly NO PLAGIATE!! ❗Idea penulis 100% ❗Sebarang kesamaan adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan ❗Novel ini adalah sambungan daripada novel 'My Beloved Babysitter'. Bagi mengelakkan sebarang kekeliruan, pembaca dinasihatkan untuk membaca novel pertama sehingga tamat terlebih dahulu sebelum membaca novel ini ya ☺️☺️ Selepas lima tahun, kehidupan rumah tangga Kirana dan Ashraff Nadim sangat bahagia. Kasih sayang mereka semakin bercambah dengan kehadiran Afieq Khalish, permata hati mereka. Namun, rumah tangga mana yang tidak dilanda badai? Kehadiran Julayka, sepupu arwah Sofea, muncul untuk menghancurkan kasih sayang Kirana dan Ashraff Nadim. Sikap Ashraff Nadim mula berubah. Dari seorang yang penyabar dan penyayang, berubah menjadi pembengis. Setiap hari Kirana dipukul dan dihina. Bukan sahaja Kirana yang menjadi mangsa, malah Afieq Khalish juga turut menjadi mangsa baran Ashraff Nadim. Sehinggalah satu hari, Kirana diceraikan tanpa sebarang alasan. Ashraff Nadim menghalau Kirana dan Afieq Khalish dari rumah agamnya. Nadine Aulia yang pulang bercuti, terkejut dengan berita yang didengarinya. Dia mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena pada papanya. Dengan pertolongan kawan baik papanya, Nadine Aulia cuba menyelamatkan hubungan Ashraff Nadim dan Kirana. Setelah semuanya terbongkar, Ashraff Nadim mula menyesal dan cuba memujuk Kirana semula. Namun, Kirana sudah tawar hati. Mampukah Nadine Aulia menyatukan semula Ashraff Nadim dan Kirana? Adakah Kirana dapat menerima Ashraff Nadim semula selepas dia dilayan kejam oleh bekas suaminya itu? Bolehkah cinta pertama bertahan sampai hujung nyawanya? Berjayakah Ashraff Nadim memujuk Kirana atau dia bakal kehilangan perempuan kesayangannya selama-lamanya?
MY BELOVED BABYSITTER (complete ✅) by officialnnmr
officialnnmr
  • WpView
    Reads 430,537
  • WpVote
    Votes 8,529
  • WpPart
    Parts 74
⚠️Strictly NO PLAGIATE!! ❗Idea penulis 100% ❗Sebarang kesamaan adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan Bukan mudah untuk jatuh cinta. Tetapi apabila cinta hadir, siapa kita nak menolak? Begitu juga dengan Kirana, seorang gadis yatim piatu yang bekerja sebagai pengasuh. Hatinya tidak mudah jatuh cinta sehinggalah dia diterima bekerja sebagai pengasuh dan pembantu di rumah agam milik Ashraff Nadim. Ashraff Nadim, seorang duda anak dua hidup bersama anak-anaknya, Nadine Aulia dan Aniq Haikal setelah bercerai dengan bekas isterinya setahun yang lalu. Dia trauma dengan perkahwinan terdahulu menyebabkan dia terus menutup pintu hatinya untuk berkahwin lagi. Namun takdir Allah tiada siapa yang dapat menebak. Perkahwinan tanpa cinta termeterai di antara Ashraff dan Kirana. Nadine memberontak. Pelbagai cara dia lakukan untuk memisahkan papanya dan Kirana, termasuklah berkomplot dengan ibu kandungnya. Sikap Kirana yang tidak jemu mencurahkan kasih sayang pada Nadine dan Haikal, membuatkan hati Ashraff mula terbuka untuk menerima Kirana sebagai isterinya seikhlas hati. Tetapi adakah bahagia milik Kirana selamanya? Dapatkah Nadine menerima Kirana sebagai ibu tiri? Apa bayaran yang harus Kirana bayar untuk dapatkan kepercayaan dan kasih sayang dari orang yang disayangi?