Najjaa02's Reading List
51 stories
Hayya & Larlaith by Hudanajwa__
Hudanajwa__
  • WpView
    Reads 8,566
  • WpVote
    Votes 548
  • WpPart
    Parts 15
Hayya tidak pernah menyangka pertemuannya dengan Larlaith di Stanford University akan mengubah seluruh dunianya. Mereka bermula sebagai dua insan asing yang berbeza latar belakang dan berbeza kepercayaan namun menemukan keserasian yang tidak pernah mereka cari selama ini. Semakin mereka mengenali satu sama lain, semakin sukar untuk menafikan perasaan yang tumbuh antara mereka. Namun cinta tidak selalu bermaksud memiliki kerana di antara Hayya dan Larlaith, ada satu garisan yang tidak boleh dilanggar dan akhirnya mereka harus memilih antara mengkhianati satu sama lain atau mengkhianati agama mereka.
FAJAR BAIHAQI | NOVEL [C] by rsya_rose
rsya_rose
  • WpView
    Reads 68,371
  • WpVote
    Votes 3,517
  • WpPart
    Parts 49
"Saya memang keras kepala dan menjengkelkan Apa kata Encik utarakan pada pihak atasan supaya gantikan saya dengan pegawai lain." - NAJLA KHAIRIYYAH "Nope. Saya menjengkelkan dan awak keras kepala. That sounds like a fun pair. Saya akan stick dengan awak sebagai peguam paling menjengkelkan yang pernah awak jumpa." - FAJAR BAIHAQI Bermula dengan pertemuan pertama mereka lagi Najla sudah sematkan dalam-dalam satu perasaan kepada Fajar Baihaqi. Benci! Najla cukup benci dengan peguam yang menjadi ketuanya secara paksa itu. Ada pula dia memperlakukan pegawai pembantu peguam seperti Najla seolah-olah Najla adalah pembantu peribadi lelaki muda itu? Kisah mereka penuh dengan percakaran di tempat kerja. Apabila seorang memilih A seorang lagi akan bangkang memilih Z. Bukan B! Angkara kesalahan salah seorang, mereka tiba-tiba kena kahwin?! Pening! Macam mana anjing dengan kucing nak duduk sebumbung. "Saya kata tak payah. Tak payah lah Najla. Awak ni memang suka derhaka cakap suami ke?" - FAJAR BAIHAQI "Jangan mengaku awak suami saya Fajar. Saya tak suka!" - NAJLA KHAIRIYYAH EXCLUSIVE SIRIES ON WATTPAD by rsya_rose
- sunrise© by haniswrite
haniswrite
  • WpView
    Reads 22,207
  • WpVote
    Votes 1,563
  • WpPart
    Parts 51
( romantik komedi oleh haniswrite, karya ke 8 di wattpad ) Imaan Daiyani Iman Adrith Iman kuasa dua. Apa yang akan terjadi apabila dua insan asing disatukan dan hidup di bawah bumbung yang sama di bumi matahari terbit? "Daiyani, kenapa baju saya terbakar ni?" - Iman Adrith "Iman, awak nak tunggu ulat masuk lubang hidung awak ke baru nak buang sampah ni?" - Imaan Daiyani. dan, perang yang tidak berkesudahan. Sehinggalah akhirnya mereka bergantung harap kepada masing-masing. Tetapi, roda takdir tidak berputar dan terhenti di situ. Ada ujian yang Tuhan berikan sebagai perisa kehidupan. ( full sinopsis di dalam ) hak cipta terpelihara© JULAI 2024
Beri Aku Waktu by Americarlla
Americarlla
  • WpView
    Reads 90,347
  • WpVote
    Votes 6,571
  • WpPart
    Parts 61
Selepas setahun menghilang tanpa penjelasan, Ayesha kembali membawa pulang seorang bayi perempuan bernama Ameena, sekali gus mencetuskan seribu tanda tanya tentang siapa bapa kandungnya. Bagi menutup aib itu, Ayesha terpaksa menerima Idris, sepupu yang dibencinya, sebagai suami. Namun, perkahwinan paksa itu membibitkan konflik yang jauh lebih sulit dan rumit. Berikutan satu tragedi hitam pada masa lalu, Idris rela menjadi 'Pak Sanggup' kerana dia teramat yakin bahawa Ameena ialah anaknya. Bahkan, dia menganggap Ayesha sengaja menafikan haknya sebagai bapa kepada Ameena. Sebaliknya, Ayesha terpaksa menelan segala tohmahan sendirian kerana hakikat sebenar jauh lebih mengerikan-dia sendiri tidak tahu siapa bapa kandung Ameena. Malah, dia juga sedang menjejaki lelaki itu demi menuntut bela atas penderitaan seseorang. Dalam rumah tangga yang sarat dengan teka-teki, dua jiwa ini saling memburu jawapan. Idris, meskipun masih keliru, tetap memilih untuk memberikan Ayesha waktu. Ayesha pula berharap pada waktu untuk merungkai kebenaran. Tanpa disedari, waktu jugalah yang memaut hati mereka untuk saling merawat luka, melindungi, dan membenarkan cinta itu mekar. Ada sebab mengapa Ayesha memilih untuk menghilang setahun yang lalu. Ada amanah yang perlu dipertahankan di sebalik kewujudan Ameena. Apabila waktu akhirnya membongkar identiti sebenar bapa kandung Ameena, maka terbuktilah-siapa yang harus dicurigai selama ini. "Aku hidup tanpa ada yang menghargai. Jadi, apalah sangat memberikan kau waktu... biarpun syaratnya aku terpaksa menanti dalam kebingungan yang entah bila ada noktahnya." - Idris "Kebenaran tidak pernah menakutkan, melainkan telinga yang diam-diam mendengar. Pemangsa tidak pernah berwajah raksasa... dia berwajah manis." - Ayesha. Start: Dec 2025 End: -
TERLUKIS INDAH : THREE YEARS OF SORROW. by celestialunee
celestialunee
  • WpView
    Reads 9,876
  • WpVote
    Votes 1,161
  • WpPart
    Parts 16
Tiga tahun tanpa Lea.
[C] CINTA TANPA FLASHLIGHT by Ainaaa_S
Ainaaa_S
  • WpView
    Reads 216
  • WpVote
    Votes 1
  • WpPart
    Parts 31
"Lampu kilat dunia kau terlalu terang, Mika. Dia tak indahkan hidup aku... dia cuma membakar seluruh ketenangan dunia bayang-bayang aku." Bagi Nur Imanina, menjadi invisible atau tidak wujud di mata dunia adalah sebuah zon selamat. Trauma ditolak oleh keluarga dan kegagalan masa lalu membuatkan dia membina tembok pertahanan yang sangat tinggi. Dia hanya mahu menghabiskan sisa semesternya di kampus sebagai sebutir debu yang dilupakan. Namun, tembok pertahanan yang dibinanya runtuh dalam masa dua jam apabila Zayyan Mikael-superstar negara yang dikenali sebagai 'Mika' daripada kumpulan LUMINOUS-memilih untuk melarikan diri daripada lautan peminat dan duduk di sebelahnya di barisan paling belakang dewan kuliah. Zayyan yang rimas dengan kepalsuan dirinya dalam industri hiburan dan berada dalam kilauan lampu flashlight palsu, menemui sebuah perlindungan yang paling tulen pada kebisuan Iman. Di mata dunia, Zayyan adalah bintang yang bersinar. Tapi di mata Zayyan, Iman adalah satu-satunya cahaya yang benar-benar wujud. Apabila dua dunia yang bertentangan ini dipaksa bersilang, rahsia yang disimpan mula retak. Kilauan lampu dunia Zayyan mula memburu dan membakar hidup Iman sehingga mencetuskan skandal terbesar yang terbongkar di seluruh negara. Sanggupkah Zayyan memadamkan seluruh kilauan bintangnya dan melepaskan gelaran 'Mika' demi hidup tenang di dalam gelap bersama gadis bayang-bayang itu? Dan mampukah Iman mengumpul keberanian untuk berhenti melarikan diri, keluar ke arah cahaya, dan berdiri tanpa sembunyi demi sebuah cinta sejati? Sebuah kisah tentang pengorbanan, penyembuhan luka lama, dan fasa rumahtangga yang manis dan bahagia-sebuah cinta yang utuh tanpa memerlukan sebarang flashlight dunia luar. "Aku tak perlukan kau jadi sempurna untuk dunia aku, Iman. Aku cuma nak kau jadi diri kau. Sebab dalam dunia aku yang penuh kepura-puraan ni, kau seorang saja yang memandang aku sebagai manusia biasa." - Zayyan Mikael.
Miracle Dari Langit (C) by naura_modric
naura_modric
  • WpView
    Reads 9,739
  • WpVote
    Votes 678
  • WpPart
    Parts 52
Kai Hakeemi dan Safa Ufairah sudah berkawan hampir separuh hidup mereka. Daripada padang sekolah, kedai buku, mamak tengah malam, hinggalah ke hari-hari biasa yang tak pernah terasa biasa bila dilalui bersama. Semua orang menyangka mereka akan bercinta. Mereka pula sibuk menafikan. Sampailah satu hari, mereka sedar bahawa rumah yang selama ini mereka cari sebenarnya sentiasa berada di sisi masing-masing. Namun, kehidupan tak pernah bergerak mengikut rancangan. Di sebalik gelak tawa, gurauan dan kasih sayang yang semakin mendalam, ada ujian yang datang tanpa amaran. Ujian yang membuatkan mereka belajar bahawa cinta bukan sekadar tentang memiliki, tetapi tentang memilih seseorang setiap hari, walaupun ketika hati sedang rapuh. Ini bukan kisah cinta yang sempurna. Ini kisah dua sahabat yang jatuh cinta. Dan satu keajaiban yang datang dari langit ketika mereka hampir berhenti berharap.
Bidadara Dalam Hati© by haniswrite
haniswrite
  • WpView
    Reads 172,649
  • WpVote
    Votes 11,407
  • WpPart
    Parts 86
﷽ 𝐹𝑖𝑟𝑠𝑡 𝐴𝑐𝑡𝑖𝑜𝑛 𝑅𝑜𝑚𝑎𝑛𝑐𝑒 ♡ @haniswrite 🌙 also known as, Bidadara Dalam Hati. Nurul Haira Jannah- Dirinya mungkin disangka naif dan polos jika dinilai dari mata kasar. Namun, dia percaya akan dirinya yang berani dan gagah. Apabila sekali diuji dengan kisah cinta palsu, dirinya kembali tersungkur, tidak berdaya menjadi segagah dirinya yang dahulu. Haira turut mempunyai latar belakang yang tidak seindah yang dibayangkan. Haira akur dengan ketentuan Ilahi. Dia manusia dan hamba yang biasa dan tak mampu mengubah apa-apa. "Lepaskan aku, Ariq! Kau dah melampau!" - Haira Jannah. "Kau takkan mampu bangun. Sekali kau jatuh dalam jerat aku, kau takkan boleh bebas." - Ariq Zayyan. Haira percaya akan dirinya yang mampu bertahan dengan ujian itu. Tatkala semua orang tidak mempercayai dirinya, Haira jatuh terduduk dengan tangan yang tak bersambut. "Aku jijik dengan kau, kau bukan adik aku lagi. Dasar pelacur!" - Hairi Raziq Haira hina dimata semua manusia. Namun, kewujudan seorang lelaki mengubah segala persepsi manusia terhadap dirinya. Haira terhutang budi dan nyawa. Lelaki itu menghulurkan tangan. Bagi Haira, hulurannya penuh dengan duri. Andai disambut, berdarah-darah jarinya. Haira goyah. Dia tidak sempurna. Dia ternoda. "Semua manusia tak sempurna, Haira. Silap besar jika lelaki itu menilai wanita dari kisah silam yang penuh dosa andai Allah sentiasa memberi peluang." - Umi Hidayah. Disaat bahagia yang hampir dikecapi. Luka lama kembali membelenggu diri Haira. Adakah dia sekali lagi tersilap langkah saat pintu syurga seakan terbuka? "Demi Allah bersaksikan langit yang penuh dengan bintang, Hud cintakan Haira sepenuh hati." - Hud Jibril. Ini kisah mereka berdua. Penuh lara. Juga bahagia. "If you are reading this story on any other platform other than Wattpad you are very likely to be at risk of a malware attack. If you wish to read this story in it's original, safe, form, please go to www.wattpad/u
Beautiful Suffering by laraauroraa
laraauroraa
  • WpView
    Reads 504,211
  • WpVote
    Votes 12,811
  • WpPart
    Parts 96
Beautiful Suffering ! MANY CHAPTERS BUT PENDEK (DONT SKIP, NANTI TAK FAHAM) Sejak pemergian ibu tersayang, hidup Ellysha berubah 360 darjah apabila ayahnya, Qamal berkahwin dengn Rashida. Perempuan yang berpura-pura baik didepan Qamal tetapi dibelakangnya Ellysha dan adiknya, Errysha, dipukul, didera, dicaci dan dihina. Suatu kejadian telah berlaku . "Jangan panggil aku ayah! Korang berambus dari rumah aku. Aku haramkan korang jejak kaki!" - Qamal Mereka hampir diperkosa pada malam itu, tiba-tiba muncul seseorang menyelamatkan mereka. "Ikut pakcik balik ya" - Tan Sri Amar Kehadiran Ellysha dan Errysha dapat diterima oleh isterinya tetapi tidak pada anak sulong mereka. "Aku tengok muka kau pun aku dah benci" - Aryan "Kau siapa bodoh nak hina aku macam kau kenal sangat siapa aku?" - Ellysha Demi keinginan mama tersayang. "Jom kahwin, sayang" - Aryan "Malang betul siapa yg jadi isteri kau nanti sebab dapat bekas betina lain" - Ellysha "Kau la yang malang.." - Aryan Tetapi ada seorang yang menyukai Ellysha separuh mati "Tiada sesiapa pun yang boleh dapatkan kau, sweetheart. Kau milik aku selamanya !" - Harris Nak taknak disebabkan tindakan Aryan terburu-buru. Ellysha terpaksa menerima lelaki itu sebagai suami dengan hati yang terluka. "Aku nk kau ceraikan aku suatu hari nanti!" - Ellysha Apabila kebahagiaan mula hadir . "Sanggup kau tipu aku, Ellysha Qaisara!" - Aryan "Abang.. Ell boleh explain..." - Ellysha "Aku benci penipu . Aku menyesal dan jijik memperisterikan kaki penipu macam kau!" - Aryan Kerana ego yang menguasai diri. Ellysha diabai. "Ini ke balasan kau terhadap aku? Bila Harris culik aku dan apa-apakan aku. Aku seru nama kau, aku perlukan kau. Aku call kau tapi kau sengaja tak angkat" - Ellysha. "Maafkan abang, sayang" - Aryan "Kata-kata kau selama ni dah jadi kenyataan. Tak mustahil anak dalam kandungan ni, anak Harris!" - Ellysha . Dapatkah kebahagiaan itu kembali semula? BEAUTIFUL SUFFERING !
Jarak Umur Antara Kita | C by farahnotfara
farahnotfara
  • WpView
    Reads 787,198
  • WpVote
    Votes 8,610
  • WpPart
    Parts 12
Baihaqi, seorang jejaka yang berumur 34 tahun dan telah berkahwin dengan seorang gadis yang berumur 23 tahun yang bernama Aleesya Qaisara. Konflik bermula pada awal pernikahan mereka lagi dimana Baihaqi tidak dapat menerima Aleesya Qaisara sebagai isterinya. Umur Aleesya Qaisara yang terlalu muda untuk Baihaqi itu telah menyebabkan dia tidak dapat layanan yang selayaknya dia terima sebagai seorang isteri. Baihaqi kerap kali menganggap dia sebagai budak-budak. Tidak matang. "Minum duduklah abang." -Aleesya Qaisara "Kau tak payah nak mengajar aku lah. Kau tu cuma budak muda yang tak matang!" -Baihaqi Baihaqi juga kerap memperlekehkan apa-apa yang Aleesya Qaisara lakukan. Baihaqi selalu anggap budak muda seperti Aleesya Qaisara hanya akan menimbulkan masalah dan tidak akan pernah menyenangkan dirinya. Namun, lama-kelamaan perlakuan seorang isteri yang ditunjukkan oleh Aleesya Qaisara semakin lama mula menjentik hati Baihaqi. Aleesya yang selalu mengemas tempat tidur mereka, Aleesya yang selalu membasuh baju mereka, Aleesya yang selalu menyediakan makanan buat dia. Tetapi, satu konflik sebenar mula timbul apabila Aleesya sendiri mendengar pengakuan suaminya terhadap rakan-rakannya. Selain itu, satu pengakuan baru yang disebut oleh Baihaqi benar-benar menjatuhkan hati Aleesya Qaisara ke lubuk yang paling dalam. "Eya, you matang. Nampak berkerjaya. Kenapalah I tak kahwin dengan you dari mula lagi?" -Baihaqi