meimiehappyaja's Reading List
3 stories
HIS BEAUTIFUL WIFE [OG] by nayydralie
nayydralie
  • WpView
    Reads 12,582
  • WpVote
    Votes 247
  • WpPart
    Parts 8
Hayder Khair X Elnaura Ellysa Elnaura Ellysa bukan sekadar cantik dia mempunyai mata central heterochromia yang unik. Dibesarkan dalam keluarga yang penuh kasih sayang, hidupnya sentiasa bahagia dan teratur. Namun segalanya berubah apabila dia bertemu Hayder Khair, lelaki dingin dan tegas yang tidak pernah tunduk kepada sesiapa. Hayder pula sudah lama tidak percaya pada cinta selepas dikhianati oleh cinta pertamanya ketika belajar di luar negara. Baginya, hidup hanyalah tentang logik, strategi dan kuasa. Namun kehadiran Elnaura mengubah segalanya. Pertemuan pertama mereka tidak berjalan lancar. Mulut yang tajam dan ego yang tinggi membuatkan mereka sering bertelagah. "Kalau kau dah tahu diri kau tu pendek, minta bantuan orang lain. Mulut tu jangan berat sangat, bodoh sombong. Nasib tak berkecai kepala kau tadi." - Hayder Khair "Kalau tak ikhlas nak tolong orang, lebih baik tak payah. Dengan topi dan hoodie tu, ingat K-pop idol?" - Elnaura Ellysa Elnaura berharap dia tidak akan bertemu lagi dengan lelaki yang digelarnya "lelaki susu pekat", namun takdir berkata sebaliknya. Tanpa sedar, mereka berkahwin bukan kerana cinta, tetapi kerana keadaan yang memaksa. Walaupun begitu, ada perasaan yang perlahan-lahan tumbuh di antara mereka. Hayder mula melihat sisi Elnaura yang sentiasa ceria, lembut dan ikhlas. Sikapnya yang sederhana sedikit demi sedikit mencairkan hati lelaki itu. Elnaura pula mula menyedari bahawa di sebalik sifat dingin Hayder, tersembunyi seorang lelaki yang sangat setia dan sanggup melakukan apa sahaja demi orang yang dicintainya. Namun kebahagiaan mereka tidak disenangi semua orang. Dendam lama, rasa cemburu dan rahsia yang tidak pernah benar-benar terkubur mula muncul semula. Cinta mereka diuji antara ego dan kemaafan, antara takut kehilangan dan keberanian untuk terus menggenggam. Akhirnya, mereka harus memilih sama ada untuk saling menjatuhkan atau saling menyembuhkan.
Fateh Arsyal's Unwanted Bride | OG by RissaRalyn
RissaRalyn
  • WpView
    Reads 7,962
  • WpVote
    Votes 561
  • WpPart
    Parts 34
***FATEH ARSYAL ZAYEED X NUR ARALYN ARISYA*** Unwanted Heart, Unbreakable Vow "Aku nak kau batalkan pernikahan kita."-Fateh Arsyal Zayeed Sehari sebelum akad, itulah ayat pertama yang Fateh Arsyal Zayeed berikan kepada Nur Aralyn Arisya, perempuan yang bakal sah menjadi isterinya. Bagi Aralyn, perkahwinan itu ialah amanah yang perlu dijaga walau hati sendiri terluka. Namun bagi Fateh, pernikahan itu hanyalah beban yang tidak pernah dia pinta. Hatinya langsung tidak rela untuk bernikah dengan gadis kampung itu. "Kau cakap dekat atuk kau yang kau tak nak nikah dengan aku. Faham?"-Fateh Arsyal Zayeed Tetapi apabila akad tetap berlangsung, Aralyn terpaksa menerima kenyataan bahawa dia kini hidup sebagai isteri kepada lelaki yang tidak pernah memilihnya. "Takkan tak ada langsung sekelumit rasa belas kasihan dalam diri tuan pada saya? Saya sedar saya orang kampung. Tapi layak ke saya sebagai isteri tuan dihina sampai macam ni?"-Nur Aralyn Arisya "Bagi aku, kau lebih hina dari anjing kurap!"-Fateh Arsyal Zayeed Di sebalik status halal yang mengikat mereka, tersembunyi luka, kebencian, ego, dan rahsia kisah silam yang perlahan-lahan mula meruntuhkan segalanya. Mampukah Aralyn bertahan? Adakah Fateh akan menerima 'Unwanted Bride'nya atau hidup Aralyn terus dirundung awan gelap yang tak pernah membawa bahagia. Akankah pelangi datang mewarnai hidup Aralyn? Semua itu akan terjawab dalam... "Fateh Arsyal's Unwanted Bride" ************* Start : 7/4/26 End: