zafrannurain's Reading List
6 stories
Beneath The White Uniform  by muqri117
muqri117
  • WpView
    Reads 165
  • WpVote
    Votes 42
  • WpPart
    Parts 8
⚠️ AMARAN KANDUNGAN Cerita ini mengandungi elemen keganasan, tekanan emosi, manipulasi psikologi, serta tema berkaitan dunia jenayah, kongsi gelap dan mafia. Beberapa adegan mungkin mengganggu atau tidak sesuai untuk pembaca tertentu. Diskresi pembaca adalah disarankan. Karya ini ditulis untuk pembaca yang lebih matang (18 tahun ke atas). Segala watak, organisasi, dan kejadian dalam cerita ini adalah fiksi sepenuhnya dan tidak berkaitan dengan mana-mana individu atau peristiwa sebenar. --- Sinopsis - Beneath The White Uniform Di sebuah sekolah swasta elit di Malaysia, segalanya kelihatan teratur. Peraturan dijaga rapi, disiplin ditegakkan, dan reputasinya berdiri sebagai antara institusi terbaik di negara ini. Pada pandangan luar, ia hanyalah sekolah biasa-tempat lahirnya pelajar cemerlang dan masa depan gemilang. Namun, di sebalik uniform putih yang kemas, para pelajarnya tidak pernah benar-benar biasa. Setiap seorang membawa latar belakang, pengaruh, dan rahsia yang tidak terlihat di permukaan. Mereka hidup dalam dunia yang sama-tetapi dengan permainan yang berbeza. Di dalam pagar sekolah yang kelihatan tenang ini, wujud hierarki yang tidak tertulis. Hubungan bukan sekadar persahabatan, dan kepercayaan bukan sesuatu yang mudah diberi. Segala-galanya nampak normal... sehinggalah ia tidak lagi. Dan dalam dunia di mana semua orang menyembunyikan sesuatu, satu kesilapan kecil sudah cukup untuk mencetuskan akibat yang besar.
Spent 50 Million on the World's Mysteries   by muqri117
muqri117
  • WpView
    Reads 15
  • WpVote
    Votes 2
  • WpPart
    Parts 1
Sinopsis: Spent 50 Million on the World's Mysteries Di dunia moden yang dipenuhi konten misteri internet, Quin hidup sebagai seorang lelaki biasa yang menjadikan obsesi terhadap perkara tidak masuk akal sebagai tujuan hidupnya. Dari video kabur di media sosial, forum gelap, hinggalah laporan lokasi mustahil, dia mengejar semua yang orang lain anggap palsu-semata-mata untuk mencari kebenaran. Namun di sebalik sikapnya, Quin sebenarnya seorang lelaki yang telah bercerai. Bukan kerana curang. Bukan kerana pergaduhan besar. Tetapi kerana sifat kedekutnya yang melampau. Quin terlalu sayang duit hingga bekas isterinya sendiri pernah berkata: > "Kalau dunia terbakar pun, kau masih fikir pasal baki akaun bank daripada saya!" Dan yang paling menyakitkan- Quin sendiri tidak mampu menafikannya. Prinsip hidup Quin sangat jelas: > "Aku akan bantu apa saja... asalkan kau tak minta duit aku." Walaupun sering dianggap kedekut, Quin sebenarnya menyimpan satu rahsia besar-50 juta yang dikumpul dan disimpannya sejak kecil bukan untuk kemewahan, tetapi demi satu impian: menjelajah setiap tempat misteri di seluruh dunia. Pada suatu hari, selepas memeriksa baki simpanan sebanyak 50 juta di dalam akaun banknya, Quin bertemu seorang gadis pengemis di hadapan pintu masuk. Tiada identiti. Tiada rekod. Tiada masa lalu yang boleh disahkan. Namanya Quayla. Tanpa banyak cerita, Quayla tiba-tiba meminta duit darinya. Quin menolak serta-merta. Namun tanpa putus asa, Quayla menukar permintaannya. > "Kalau begitu... bawak aku kemana saja kau pergi." Quin terdiam seketika sebelum menjawab dengan tenang: > "Baik. Asalkan kau tak minta duit aku." Perjanjian kecil di hadapan bank itu mungkin kelihatan biasa... tetapi tanpa Quin sedar, gadis misteri bernama Quayla itu adalah permulaan kepada semua misteri dunia yang selama ini dia cari.
THORNS OF ELGARD by muqri117
muqri117
  • WpView
    Reads 46
  • WpVote
    Votes 4
  • WpPart
    Parts 3
Sinopsis: Thorns of Elgard Di dunia di mana Sieln menjadi nadi kekuatan dan tamadun, hanya mereka yang mampu mengawalnya - digelar Essent - yang akan mendapat tempat dalam sejarah. Alam Elgardia dibina atas sistem ini... tetapi kini, asas itu mulai retak. Di tengah dunia yang bergolak, wujud seorang pemuda bernama Riku Asanami - kapten kepada Red~Tails. Seorang Essent yang luar biasa berbakat, namun jauh daripada imej seorang pemimpin: Malas, acuh tak acuh, dan hanya menginginkan satu perkara - ketenangan. Walaupun memegang jawatan kapten, Riku sering mengelak daripada tugasan - penugasan rasmi yang diberikan oleh pemimpin Elgardia kepada pasukan elit. Dia lebih suka tidur, main game, bersiar-siar, atau langsung tidak hadir dalam mesyuarat penting. Namun, pasukannya - yang mengetahui siapa Riku sebenarnya - enggan membiarkannya bersembunyi. Mereka menolak, menarik, malah menendangnya keluar dari zon selesa. Dan Riku, walau terpaksa, tetap melangkah... demi mereka. Apa yang mereka tidak tahu - atau enggan percaya - ialah setiap langkah Riku yang kelihatan malas itu sebenarnya sedang membentuk dunia itu sendiri. > Mampukah Riku mengekalkan ketenangannya... atau dia akan menjadi duri terakhir yang menumbangkan keseimbangan dunia?
PELUANG: MotoGP Uzair Abedeen by nurailirmela
nurailirmela
  • WpView
    Reads 3,889
  • WpVote
    Votes 350
  • WpPart
    Parts 10
MotoGP Malay Fiction Dunia perlumbaan moto sudah lama menjadi impian Uzair Abedeen. Berkat pekerjaan bapanya sebagai tim mekanik dalam perlumbaan DTS memberi peluang pada Uzair untuk selami dunia perlumbaan moto terkenal, MotoGP. Seawal usia 15 tahun, Uzair didaftarkan ke akademi perlumbaan, mengasah bakat yang sudah lama terpenda sehingga berjaya membuahkan hasil. Di usia 21 tahun, Uzair berjaya meraih gelaran juara dunia dalam Moto3. Hanya tinggal beberapa anak tangga sebelum Uzair dapat beraksi di perlumbaan MotoGP. Namun, sebaik terima kemenangan pertama, Uzair berubah menjadi seorang yang angkuh. Uzair sesat dalam keseronokan dunia yang membawa dirinya lupa pada keluarga dan agama. Pada Uzair, dia berhak peroleh kebebasan walaupun perkara itu haram di sisi agama. Tiada nasihat yang dapat kembalikan Uzair Abedeen ke pangkal jalan. Tidak sehingga bapanya bertindak untuk batalkan kontrak Uzair dan hantar anak lelakinya itu kembali ke Malaysia demi kebaikan Uzair sendiri. Awalnya, Uzair enggan tetapi apa yang dia boleh lakukan selain akur? Kepulangan Uzair di Malaysia membuatkan Uzair tidak bersemangat dalam lakukan apa-apa. Dia sambung belajar tetapi tidak pernah suka lakukan semua itu. Uzair rindukan latihan perlumbaan di Jerman serta sokongan daripada peminatnya. "Aku perlukan pembantu rumah tapi aku tak nak pembantu aku tu ada 24 jam dalam rumah aku" - Uzair Abedeen "Ambil aku! Aku boleh jadi pembantu rumah merangkap pembantu peribadi kau!" - Afra Seroja Pengenalan ringkas Uzair bersama Seroja memudahlan hidup Uzair. Semua kerja yang diberi oleh pensyarah, Uzair hulur pada Seroja untuk diselesaikan. Urusan rumah juga Uzair beri kepercayaan pada Seroja. Tidak sia-sia Uzair terima rakan kelas menjadi pembantu. Hubungan yang sebatas pembantu perlahan-lahan berubah menjadi akrab. Uzair selesa luahkan segalanya pada Seroja sementara Seroja sering menadah bahu, tidak mengomel saat dengar Uzair bercerita dan perlahan-lahan... melibatkan perasaan.
TWO KEYS ONE REVENGE by queenarrnzasa
queenarrnzasa
  • WpView
    Reads 149
  • WpVote
    Votes 17
  • WpPart
    Parts 13
{ PLIS TOLONG FOLLOW ,VOTE ,DAN KOMEN TIAP CHAPTER YA TEMAN² YANG BAIK HATI. LOVE YOUU💘} --- Cinta yang Yara jaga sejak SMA berakhir dengan darah dan pengkhianatan. Ares, kekasihnya-dan Echa, sahabatnya-mengkhianatinya lebih dari satu cara. Sampai akhirnya, sebuah peluru mengakhiri segalanya. Yara tewas. Tapi kisahnya belum selesai. Dia terbangun dua tahun di masa lalu-di saat semua belum terjadi. Bersamaan dengan itu, Reyhan, sepupu Ares yang selalu menyendiri, juga terlempar ke waktu yang sama. Diam-diam, Reyhan mencintai Yara sejak dulu, dan dendamnya terhadap Ares membara setelah kematian Yara. Dua kunci rahasia-benda yang mereka kira hanya bonus dari novel fantasi langka-ternyata adalah pintu menuju perubahan takdir. Di tengah bayang-bayang kebohongan dan waktu yang terus menghantui, Yara dan Reyhan berjuang untuk mengungkap siapa yang pantas dipercaya... dan siapa yang harus disingkirkan. Karena dalam permainan waktu dan pengkhianatan, hanya ada dua pilihan: memaafkan, atau membalas dendam. ---
Naskah Yang Tidak Pernah Usai by Oliveoctavia94
Oliveoctavia94
  • WpView
    Reads 457
  • WpVote
    Votes 8
  • WpPart
    Parts 72
Ada luka yang tak pernah sembuh, dan ada kisah yang tak pernah benar-benar berakhir. Aku menemukan sebuah naskah tua yang penuh noda tinta dan halaman yang terlipat kusut. Tidak ada nama penulis, tidak ada penutup cerita, hanya keheningan yang terasa berat setiap kali aku menyentuhnya. Semakin aku membacanya, semakin aku merasa naskah itu seperti berbicara kepadaku, seolah setiap kata ditulis dari serpihan hidupku yang tak pernah ingin kuingat kembali. Namun, semakin dalam aku terjerat dalam ceritanya, semakin kabur batas antara kisah yang kubaca dan kenyataan yang kujalani. Ada bayangan yang terus mengikuti, suara yang berbisik di balik sunyi, dan rahasia kelam yang ingin terkubur selamanya. Naskah itu bukan hanya cerita, tapi sebuah peringatan, atau mungkin sebuah kutukan. Untuk menyelesaikannya, aku harus menghadapi masa lalu yang selama ini berusaha kulupakan, termasuk bagian dari diriku yang paling gelap. Tapi aku mulai sadar, tidak semua kisah diciptakan untuk ditamatkan. Beberapa cerita harus tetap tak terselesaikan, agar kita ingat bahwa akhir bukanlah selalu tentang kemenangan, melainkan tentang bertahan. Naskah yang Tidak Pernah Terselesaikan adalah perjalanan ke dalam kegelapan hati dan pikiran, tentang bagaimana kata-kata bisa menjadi penyembuh sekaligus racun. Dan aku... adalah tokoh yang harus memutuskan, apakah aku akan menulis akhir cerita ini atau ikut terkubur bersamanya.