avys-304's Reading List
10 stories
[C] Captain Qalif, His Protector by Nuratikahtarmizi
Nuratikahtarmizi
  • WpView
    Reads 59,758
  • WpVote
    Votes 2,739
  • WpPart
    Parts 31
Qalif Haiqal, seorang doktor bedah tentera yang tegas, berdedikasi, dan sentiasa berdepan risiko di medan perang. Ariana Airis pula seorang gadis cerdas, bercita-cita tinggi untuk menjadi pensyarah muda di universiti. Pertemuan mereka bukanlah sesuatu yang dirancang, bermula daripada salah faham, berlanjut kepada persahabatan, dan akhirnya cinta. Namun, perjalanan mereka tidak mudah kerana dipenuhi pengorbanan, dugaan keluarga, kerjaya yang menuntut, dan konflik orang ketiga.
TAKDIR CINTA LUFYA by Daniaaryanna
Daniaaryanna
  • WpView
    Reads 44,106
  • WpVote
    Votes 4,416
  • WpPart
    Parts 32
STATUS: ONGOING Lufya Elaina x Irzan Qashfi Lufya Elaina dan Irzan Qashfi adalah dua jiwa yang pernah terluka disebabkan cinta. Namun definisi cinta bagi mereka berdua adalah berbeza. Bagi Lufya Elaina cinta itu membodohkan, kerana luka tercipta dari sesorang yang dianggap istimewa. Bagi Irzan Qashfi pula cinta itu membahagiakan, kerana cinta memberikan rasa yang sukar untuk diungkapkan dengan kata kata. Perwatakan Lufya yang garang dan anti lelaki buatkan Irzan tertarik untuk mengenali gadis comel itu lebih dekat. Walaupun ditolak mentah mentah, namun Irzan tak berputus asa. Katanya dia sukakan cabaran. "Luf, you tak rasa ke jodoh kita kuat? Kat mana I pergi mesti terserempak dengan you?" -IRZAN QASHFI "Stop calling me Luf, I tak suka!" -LUFYA ELAINA "Okay shorty grumpy cheeky boom boom." -IRZAN QASHFI "Benci betul lah dia ni. You ni memang annoying kan!" -LUFYA ELAINA Awalnya Lufya rimas dan annoying dengan sikap tak tahu malu Irzan, namun tanpa sedar ianya mula menimbulkan rasa aneh yang sudah lama terkubur. "You kena lupakan apa yang dah lepas. Stop revisiting your past. You berhak bahagia Lufya Elaina." "Till now it hurts Qash. Dia boleh hidup bahagia tanpa rasa bersalah, sedangkan I masih berjuang dengan rasa trauma dan sakit yang tak berpenghujung." -LUFYA ELAINA "Then let me heal every broken pieces of you Luf. Let me love you the right way. I promise, I will show you what real love looks like." -IRZAN QASHFI Berjayakan Irzan Qashfi mendapatkan cinta Lufya Elaina, kerana cinfa Lufya sudah habis di orang lama. Mungkinkah TAKDIR CINTA LUFYA bakal menyatukan mereka atau sebaliknya? Started date - 17/6/25
Bertahan demi cinta by Una-wr
Una-wr
  • WpView
    Reads 1,673
  • WpVote
    Votes 95
  • WpPart
    Parts 22
Tengku Rayyan Hakimie, seorang anggota PASKAL. Merupakan seorang lelaki yang dingin dan tidak pernah tertarik kepada mana-mana perempuan,kerana dia masih sakit mengenang ketulusannya yang disia-siakan dulu. Namun begitu,hatinya sudah lama dicuri oleh seorang gadis yang dia khawini sewaktu masih sekolah. Nur Arianna Humaira,seorang gadis yang ayu dan lembut. Namun siapa sangka,disebalik wajah cantiknya itu,tersimpan seribu masalah yang dipendam. Pertemuan yang tidak dijangka,membuatkan cinta mula tumbuh. Setelah lama berkawan, Rayyan membuat keputusan untuk melamar gadis itu dan mereka pun bertunang. Namun,setiap jalan itu,tidak semesti lurus. Banyak rintangan yang mereka lalui sehingga lah berkahwin. Perkahwinan yang indah itu tidak selamanya bertahan,atas dasar cita-cita, Rayyan membuat keputusan untuk pergi jauh dari Ariannna demi impiannya untuk menjadi seorang anggota PASKAL. Setelah betahun-tahun lamanya berpisah,mereka kembali bertemu asbab takdir. Namun, pertemuan itu bukan selalunya indah. Banyak cabaran yang dilalui oleh Rayyan untuk mendapatkan kembali Arianna. Termasuklah kembalinya seorang jejaka yang amat dikenali oleh Arianna telah menghantui hidupnya. Jejaka itu juga merupakan salah satu musuh ketat PASKAL buat ketika itu. "Jangan Rayyan..luka yang awak beri,masih berdarah dan susah untuk dihapuskan" "Dan hidup saya tak seindah awak fikir..banyak cabaran yang saya kena tempuh"- Arianna "No Arianna..saya bersedia untuk merawat kembali luka awak,sehinggalah awak akan kembali ke pelukan saya dan saya bersedia untuk menghadapi semua cabaran,asalkan awak yang saya pertahankan...Honey"- Rayyan Mampukah mereka bertahan demi cinta? start:10.December.2025 Jangan copy! Dosa!
The Love Sets by theaciels
theaciels
  • WpView
    Reads 994,531
  • WpVote
    Votes 42,668
  • WpPart
    Parts 64
STAND-ALONE ⋆͛︎ Reis Drazen. Tenangnya dia bagaikan ombak. Setiap ujian hidup dihadapi dengan tenang. Dia merupakan seorang pemain bola tampar yang sedang mengukir nama di kalangan pemain. Mengejar impian sehabis boleh sudah pasti. Della Lenoir. Kebahagiaannya pernah dirampas saat menyaksikan teman lelakinya mendirikan rumah tangga bersama sepupu sendiri. Dia rasa dikhianati sehingga tekad untuk mengunci rapat pintu hatinya. "Kenapa aku?" "Sebab saya dah jual nama encik." Kerana ingin membuktikan dia tak terkesan dengan berita itu, Della meminta pertolongan Reis untuk menghadiri majlis perkahwinan itu bersamanya. Kekasih palsu. Hubungan dan lakonan yang dibuat-buat akibat keterlanjuran mulut Della. Dan setelah semua itu berakhir, Reis seakan-akan menjauhkan diri daripada Della sehingga mereka bertemu semula. "Aku tak nak berlakon lagi." Reis serius mahu menjalinkan hubungan sebenar. Sejauh mana Della menolak, Reis pasti mendekat. Selagi cinta Della mampu diraih, Reis tak mengalah. Segalanya dia lakukan untuk menakluki hati Della.
Aydeen's Untold Heart (Completed) by Missailynn
Missailynn
  • WpView
    Reads 378,772
  • WpVote
    Votes 28,285
  • WpPart
    Parts 51
NEXT GENERATION (HEART SERIES 1) Tengku Aydeen Iskandar x Raja Khayra START: 20/11/2025 END: 8/7/2026
EZRA MEDINA by elhabashy
elhabashy
  • WpView
    Reads 2,982
  • WpVote
    Votes 322
  • WpPart
    Parts 27
Ezra Qhadi | Madina Qamra sekual HadirMu 💌
𝐅𝐋𝐈𝐆𝐇𝐓 𝐓𝐎 𝐋𝐎𝐕𝐄 [𝐂] by thxnlya
thxnlya
  • WpView
    Reads 873,523
  • WpVote
    Votes 30,978
  • WpPart
    Parts 77
𝐅𝐈𝐑𝐒𝐓 𝐁𝐎𝐎𝐊♥ ₊˚⊹♡ ᴀɴ ᴏʀɪɢɪɴ ᴏꜰ ʟᴏᴠᴇ ♡⊹˚₊ "When I love, I love badly not rudely." 𝐙𝐢𝐥𝐥 𝐑𝐚𝐲𝐳𝐚𝐞𝐥 merupakan seorang lelaki yang tenang dan bermulut celopar. Dia akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan sesuatu yang diinginkannya. 𝐀𝐢𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐙𝐡𝐚𝐟𝐢𝐫𝐚 seorang gadis yang berkelulusan dari Universiti Oxford. Dia berasal dari keluarga bangsawan. Namun, dia tidak akan semena-mena menggunakan harta ibu bapanya. Dia akan berusaha sendiri tanpa bantuan sesiapa. Pertemuan mereka disebabkan aturan keluarga. Mereka di aturkan untuk berkahwin. Zill tenang sahaja dan menerima serta cuba mendapatkan hati Aireen kerana dia yakin bahawa Aireen itu jodohnya. Namun, Aireen berasa sebaliknya. Mahu tidak mahu, Aireen perlu juga menerima kerana itu kehendak keluarganya. Namun, perkahwinan bukanlah perkara yang mudah. Ada sahaja dugaan yang melanda. Saat bahagia mula bertunas, hadir pula orang ketiga yang cuba meruntuhkan mahligai yang baru dibina. "Reen tak nak susahkan abang." -Aireen Zhafira "Sayang tak pernah susahkan abang. Please sayang, stay with me and i will prove to you that im not wrong." -Zill Rayzael Mampukah Zill mempertahankan rumah tangga mereka? Atau perkahwinan ini berakhir begitu saja? "I don't have anyone else. I only have you. I need you to stay. Please dont leave me, Sayang." -Zill Rayzael --- START: 30 JULY 2025 END: 18 OCTOBER 2025 ⚠️JALAN CERITA AGAK CRINGE‼️ ⚠️CERITA INI HANYALAH REKAAN SEMATA MATA‼️ 🚫PLAGIAT IS NOT ALLOWED‼️
Rafeeq's Obsession [SU] by syhhdaisy
syhhdaisy
  • WpView
    Reads 9,426
  • WpVote
    Votes 548
  • WpPart
    Parts 32
[Karya Pertama] Bagi seorang Nadine Malea, jurang darjat adalah sempadan yang tidak akan mampu dia seberangi. Dia sedar diri. Di Akademi Sri Wijaya, dia hanyalah seorang pelajar B40 yang menumpang atas tiket biasiswa, manakala Tengku Rafeeq Aydeen berada di puncak hierarki teratas T20 selaku pewaris rangkaian hotel gergasi. Mempunyai perasaan terhadap abang senior yang digilai ramai itu adalah satu kesilapan besar. Namun, Nadine tidak pernah menyangka rahsia hatinya akan dibalas dengan sebuah penghinaan yang menghancurkan seluruh maruahnya di hadapan khalayak ramai sebaik sahaja kejohanan sukan sekolah tamat. Hanya kerana dia dilahirkan tidak setaraf, dia dipijak maruahnya oleh ego seorang Tengku Rafeeq Aydeen. Membawa sisa luka dan tekad untuk mengubah nasib keluarga, Nadine melarikan diri ke UK demi mengejar cita-citanya menjadi seorang chef. Dia mahu membalas jasa ibunya yang hanya menyara hidup mereka dengan berniaga sarapan pagi. Sepuluh tahun berlalu. Nadine Malea pulang ke tanah air bersama sekeping hati yang sudah beku. Atas rasa teruja mendapat peluang keemasan, dia terus menerima tawaran kontrak sebagai chef pengganti di sebuah hotel paling terkemuka di Kuala Lumpur tanpa melakukan sebarang usul periksa. Nadine menyangka itu adalah titik mula untuk dia membahagiakan ibunya. Namun, langkahnya mati saat takdir mempertemukannya semula dengan Tengku Rafeeq Aydeen, lelaki masa lalunya yang kini bergelar CEO di hotel tersebut. Dulu dipisahkan oleh darjat dan kata penghinaan. Sekarang, mereka dipaksa bertentang mata semula di bawah bumbung yang sama. Saat sekeping hati sudah tawar dan hanya mahu bersikap profesional, ego sang CEO pula yang mula runtuh melihat kehadiran semula sepasang mata coklat yang pernah ditolaknya dulu. Start : 22 June 2026 End : - ⚠️ Read with your own risk 🔞 Mature 📉 Storyline berterabur 💡 100% author's idea
𝐒𝐔𝐑𝐀𝐓 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 by qisyarea
qisyarea
  • WpView
    Reads 6,778
  • WpVote
    Votes 446
  • WpPart
    Parts 29
Di bawah langit malam yang dipenuhi rembulan, Mawardah Az-Zahra seringkali menyendiri dengan pena yang setia di jemarinya. Dia menulis dalam diam. Bukan untuk manusia yang fana tetapi kepada Tuhan... dan kepada bulan yang setia menjadi saksi setiap resah yang tidak terucap. Hidupnya terkurung dalam rumah yang sempit meski dindingnya luas terbentang. Nafasnya bagai terhalang oleh dunia yang tidak pernah sudi mengerti. "Dunia ini tidak pernah berlaku adil, doktor..." - Mawardah Az-Zahra Namun takdir menemukan dia dengan Arfan Zuhayr, seorang lelaki yang hadirnya membawa teduh yang tidak pernah Wardah rasakan sebelumnya. Seorang doktor yang bukan sekadar merawat luka zahir tetapi perlahan-lahan menyentuh luka batin yang lama terpendam. "Mungkin saya cuma seorang doktor biasa. Tapi demi awak, saya sanggup bertukar jadi doktor kaunseling untuk dengar luahan awak." - Arfan Zuhayr Sejak detik itu, Mawardah tidak lagi berdiri di persimpangan sunyi seorang diri. Namun perjalanan hati bukanlah sesuatu yang mudah. Di antara luka yang belum sembuh, jiwa yang masih bergelut dengan bayang-bayang silam serta ujian yang datang silih berganti, Mawardah terpaksa belajar bahawa untuk menerima cahaya. Mampukah dua jiwa yang sama-sama rapuh ini bertahan, dan akhirnya menemukan teduh yang mereka cari di penghujung segala ujian yang tidak pernah berhenti? Ini bukan sekadar kisah cinta. Ini kisah tentang jiwa-jiwa yang saling memaut untuk memulihkan di bawah naungan bulan, menuju Ilahi.
Cinderella Milik Tuan Ceo | OG by syam1m1e
syam1m1e
  • WpView
    Reads 40,469
  • WpVote
    Votes 2,454
  • WpPart
    Parts 17
Karya ketiga by syamimie⏳️ Blurb: Sempurna? Jauh sekali. Dia membesar dengan serba kekurangan. Kekurangan yang pada awalnya hanyalah sekadar perkara biasa pada seorang Mirea Sofea. Namun, kekurangan yang ada pada dirinya mula menjadi bahan hinaan orang sekeliling. Sehinggakan dia berfikir bahawa dia adalah orang yang paling malang di dunia ini. Hari-harinya berjalan seperti biasa, memekakkan telinga tatkala dirinya menjadi umpatan orang. Padanya, dia mampu harungi semua ujian ini, sehinggalah satu malam yang mengubah segalanya. Zayn Evryn. Sempurna? Ya, cukup sempurna. Satu kejadian yang membawa pertemuan mereka berdua itu membuatkan dua jiwa meronta dalam tak rela. "Eh kau tak payah nak berlakon lah depan aku! Kau yang rancang semua benda ni kan?! Kau goda aku semalam sebab kau nak bolot semua harta aku kan?!" -Zayn Evryn "Encik merepek apa ni?! Saya tak kenal pun siapa Encik!! Kenapa Encik fitnah saya macam ni!!" -Mirea Sofea Setelah malam itu, masing-masing memilih untuk meneruskan hidup seperti biasa. Namun, munculnya kembali Zayn disisi Mirea membuatkan Mirea semakin gila. Bukan gila kerana lelaki itu berbuat jahat padanya, namun gila kerana perubahan mendadak lelaki itu. "Love me, Mirea Sofea..." -Zayn Evryn Bagaikan terhenti dunianya. Kelu lidah Mirea dengan pengakuan berani mati lelaki itu. Cinta? Mirea tidak kenal apa itu cinta. Dirinya yang serba kekurangan itu, layakkah dia untuk dicintai? Dan Zayn Evryn? Mengapa dia tiba-tiba sahaja meluahkan rasa cinta? Adakah ada sesuatu di sebalik perkenalan mereka itu sehinggakan Zayn sanggup mengejar cinta Mirea sebegitu rupa? Dan apakah rahsia yang tersembunyi di sebalik semua ini sebenarnya? Start: 1/1/2026 End: