Never click suspicious links
Reminder: Wattpad will never ask for passwords, payment information, or other sensitive account security details.
Hazelquinzell's Reading List
5 stories
Bukan Jodoh Pilihan Netizen - [ONGOING] by Rarahiljes
Rarahiljes
  • WpView
    Reads 65
  • WpVote
    Votes 23
  • WpPart
    Parts 4
Nuha Medina selesa hidup dalam dunianya sendiri. Sebagai seorang pereka dalaman yang sedang membina nama, dia lebih memilih ketenangan berbanding perhatian. Baginya, hidup tidak memerlukan drama, apatah lagi yang melibatkan dunia hiburan. Namun, satu insiden tidak disengajakan menemukan dia dengan Aryan Iskandar, pelakon terkenal yang sentiasa menjadi buruan lensa kamera dan perhatian ramai. Pertemuan yang sepatutnya berakhir begitu sahaja bertukar menjadi sesuatu yang lebih rumit apabila Aryan melantik syarikat Nuha untuk mengendalikan projek pengubahsuaian penthouse miliknya. Semakin kerap mereka bertemu, semakin sukar untuk Nuha menafikan kehadiran lelaki itu dalam hidupnya. Di sebalik populariti dan kehidupan mewah yang dipaparkan kepada umum, Aryan menyimpan sisi dirinya yang tidak pernah diketahui sesiapa. Namun, cinta yang hadir antara mereka bukanlah tanpa ujian. Apabila hubungan mereka mula dihidu netizen, Nuha menjadi sasaran pelbagai tanggapan dan kecaman. Ramai yang merasakan Aryan lebih layak bersama wanita lain yang lebih cantik, lebih terkenal dan lebih setaraf dengan statusnya. Sedangkan bagi Aryan, hatinya tidak pernah memilih berdasarkan pandangan manusia. Dalam dunia yang terlalu gemar menghukum tanpa mengenal, mampukah mereka mempertahankan apa yang sedang dibina? Atau akhirnya mereka akan tewas kepada suara-suara yang merasakan diri mereka lebih berhak menentukan jodoh orang lain? Kerana tidak semua jodoh yang baik akan mendapat persetujuan manusia. Dan tidak semua pilihan netizen adalah pilihan Tuhan.
CEO DAN ANAK MAGANG by viaviovioletta
viaviovioletta
  • WpView
    Reads 903
  • WpVote
    Votes 303
  • WpPart
    Parts 15
Jangan lupa Follow, Vote dan Comment karya terbaru saya, Sinopsis: Setelah 4 tahun lost kontak, Rika tetap setia menunggu Dio pulang, hingga sahabatnya jengkel. Rika percaya kalau suatu hari nanti Rika akan dipertemukan dengan Dio. Doa Rika terkabul, Rika di pertemukan kembali dengan Dio disalah satu mall di surabaya. Namun, Dio tidak sendiri, ia bersama dengan kekasih barunya. Rika terpaku sebelum akhirnya ia menangis dalam pelukan Alex, perjuangannya selama 4 tahun ini sia-sia. Rika dengan tekad penuh memutuskan untuk melupakan Dio. Rika menyibukkan diri untuk mengerjakan skripsi sekaligus memasukkan surat magang ke beberapa perusahaan. Suatu ketika Rika diterima di salah satu perusahaan, RIka tidak mengetahui jika CEO perusahaan itu adalah Dio. Takdir mempertemukan mereka kembali, Dio berusaha segala cara untuk mendapatkan hati Rika, secara bersamaan Bagas mulai menunjukkan rasa cintanya kepada Rika, Bagaimana kisah cinta Dio dan Rika? Apakah Rika akan berpaling dari Dio? Ikuti kisah cinta CEO dan Anak Magang
𝒔𝒕𝒂𝒚 𝒎𝒊𝒏𝒆 (𝒔𝒍𝒐𝒘 𝒖𝒑𝒅𝒂𝒕𝒆) by theenin
theenin
  • WpView
    Reads 273
  • WpVote
    Votes 195
  • WpPart
    Parts 5
"I penat" "kenapa semua ni jadi dekat I?" -Ezzara Adelia- "Biar dunia tentang kau asalkan aku ada untuk terus memperjuangkan kau" "jangan jadi lemah hanya kerana takdir tidak mengikut kehendak kau" - Dhafir Euzayr- Mampukah ada kebahagiaan untuk mereka pada akhirnya?Atau ia terus menyakiti hingga hilang deria sakit? "Sabarlah duhai hati semuanya akan indah pada waktunya nanti"
Cinta Itu Racun Bagiku (OG) by Pi_kahAf
Pi_kahAf
  • WpView
    Reads 4,114
  • WpVote
    Votes 876
  • WpPart
    Parts 50
⚠️40% BASED ON A TRUE STORY ⚠️ ~STORY KETIGA~ Aurora Ariesyah, seorang gadis biasa dan keras kepala. Dia menjalani kehidupan seperti manusia biasa. Tetapi malangnya, hatinya selalu berbolak balik apabila ada sesuatu kejadian yang tidak terduga terjadi Zafran Mikhael iaitu lelaki yang terkenal di seluruh kampus. Senang kata, lelaki ini dikategorikan sebagai lelaki yang paling kacak dan digemari oleh semua perempuan yang berada di kampus. Hatinya terpaut pada seorang wanita yang keras kepala tetapi kejadian silamnya sentiasa menghantui dirinya dan mula takut untuk mempercayai dirinya sendiri Irfan Shah iaitu lelaki yang berada di kampus yang berlainan, tertarik dengan seorang gadis tanpa dia mengenali latar belakang dan perwatakan gadis itu "Awak, saya betul-betul sukakan awak" - Irfan Shah "Sorry Irfan, aku tak tahu jawapan aku. Just lupakan pasal tu, kau masih muda. Masa depan kau still cerah" - Aurora Ariesyah "Saya tak boleh nak tipu diri saya lagi. Saya cintakan awak sejak pertama kali kita bertemu" - Irfan Shah Sedih apabila hati Aurora tidak terpaut pada Irfan. Sisi gadis itu yang terlalu keras kepala berjaya menarik perhatian seorang lelaki yang kagumi dia dari jauh "Aurora... Let's be friends" - Zafran Mikhael "Kawan? Bukan ke kita memang dah kawan?" - Aurora Ariesyah "Ye eh? Kalau macam tu saya nak kita lebih daripada kawan" - Zafran Mikhael "Are you crazy?" - Aurora Ariesyah "Yes.. when it's come to you" - Zafran Mikhael Ada dua hati yang terpaut pada seorang gadis biasa. Namun, hanya salah seorang sahaja yang berjaya meragut hati miliknya yang sudah terkunci rapat. Siapa yang bakal mendapat kunci hati gadis berkeras kepala itu? Berjayakah Irfan dan Zafran membuka pintu hati gadis itu?
The Hidden Assassin || Og by mellxsa
mellxsa
  • WpView
    Reads 637
  • WpVote
    Votes 269
  • WpPart
    Parts 11
Kes pembunuhan seorang CEO terkenal telah menggemparkan seluruh negara. Cap jari yang ditemui pada senjata pembunuhan membawa kepada seorang gadis biasa yang bekerja di sebuah kafe, Madihah Nur Yasmeen. Bagi pihak Unit Tindakan Khas, kes ini bukan kes biasa. Hazim Arsyan, anggota polis dari unit itu, ditugaskan untuk menyiasat kebenaran di sebalik pembunuhan ini. Namun, kali ini dia perlu menyamar. Menjadi pelayan, bekerja di tempat yang sama dengan Yasmeen, dan perlahan-lahan mendekati gadis itu. Namun yang peliknya, Hazim bukan satu-satunya yang menyiasat kes ini. Ada seorang polis misteri yang turut terlibat, tiada siapa tahu dari unit mana dia datang, atau mengapa dia begitu berminat dengan kes ini. Dan Yasmeen juga, semakin banyak yang dia cuba sembunyikan. Siapa dia sebenarnya? Siapa gadis yang kelihatan biasa tetapi menyimpan begitu banyak rahsia itu? "Aku dah lama tahu rancangan kau, Harriz... atau patut aku panggil kau... Hazim Arsyan?" -Yasmeen- Dalam diam, Hazim mula terperangkap dalam satu lubang yang penuh dengan pengkhianatan. Apa yang bermula dengan satu pembunuhan, mula membawa Hazim ke arah sesuatu yang jauh lebih gelap. "Ini baru permulaan... permainan baru saja bermula, Hazim..." -unknown- Dalam permainan ini, setiap orang yang dipercayai mampu berlakon, tapi siapa pengarahnya?