malay books ❤️
17 stories
Seindah Bulan Cinta (Bonus bab Awal) by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 271
  • WpVote
    Votes 10
  • WpPart
    Parts 10
Pertemuan pertama dengan Yuhanis, gadis ceria yang terlebih jujur sudah cukup buat Benjamin rasa tercuit. "Benjamin Yusuf. Emmm... saya suka nama tu. Nama nabi yang paling tampan. Awak pun... lelaki paling tampan yang saya pernah jumpa. Tapi sayang... saya ni bukannya Zulaikha." - YUHANIS "Kalau bukan Zulaikha, siapa nama awak?" - BENJAMIN Tapi tak lama kemudian, Benjamin terlihat Yuhanis mencium pipi Tuan Khalid. Terus hilang senyum angaunya. Yuhanis rupa-rupanya ada hubungan sulit dengan lelaki tua? Dengan bos dia pula! Sejak hari itu, setiap kali jumpa pasti ada saja yang tak kena. Benjamin sengaja cari pasal, Yuhanis pula bukan jenis nak diam. "Saya menyesallah berbaik dengan awak. Kalau saya tahu perangai awak macam ni, sampai tua pun saya akan jadi musuh awak!" - YUHANIS Bila kebenaran terbongkar bahawa Yuhanis sebenarnya anak Tuan Khalid, barulah Benjamin sedar dia dah jauh tersalah faham. Tapi ketika itu, hubungan mereka sudah terlanjur tegang. Asal bercakap saja, mesti bertekak. Namun sedikit demi sedikit, Benjamin mula nampak sisi Yuhanis yang lain. Cara gadis itu melayan Che Aa yang serba kekurangan, tanpa rasa jijik atau malu, buat hatinya berubah. Entah sejak bila, gadis yang selalu buat dia sakit hati itu juga yang mula buat dia jatuh hati. Tak sempat hendak layan perasaannya lebih jauh, Yuhanis acukan pisau dan paksa dia kahwin! Ah, cuak dia dibuatnya. "Awak jangan nak mengelak kali ni, awak kena kahwin dengan saya! Awak kena jadi suami saya. Kita kena kahwin!" Tak pernah dibuat orang ajak orang kahwin tapi ugut guna pisau dapur. Kalaulah Yuhanis tahu, hatinya sanggup ditikam panahan cinta Yuhanis. Tapi masalahnya, asal bercakap saja, bergaduh. Mereka ditakdirkan sebagai apa sebenarnya? Musuh? Kawan? Atau memang dari awal lagi... jodoh?
Ya Maktub (Bonus Bab Awal) by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 525
  • WpVote
    Votes 24
  • WpPart
    Parts 11
TENGKU ADAM GHAZALI Lelaki berkarisma yang sentiasa menjadi cahaya di mana sahaja dia berada. Seorang anak yang taat, adik yang pelindung dan insan yang meletakkan keluarga melebihi segalanya. Dibentuk untuk menjadi sehebat idolanya, abahnya sendiri, Adam membesar dengan senyuman, namun tanpa sedar, jiwanya kosong. Dalam kesempurnaan yang orang lihat, dia hanyalah cebisan jigsaw yang belum lengkap. Sehinggalah dia bertemu NUR HAWA ORKID. Gadis aneh yang ceria, selamba dan penuh kejutan. Comot tapi comel, pendiam dengan orang asing namun manja bila sudah selesa. Lajunya seperti pelesit, beraninya mengejar sehingga ke hujung dunia. Hawa bukan sekadar hadir dalam hidup Adam, dia mengusik, mencabar dan perlahan-lahan menyembuhkan sunyi yang Adam simpan sejak sekian lama. Pertemuan mereka di Tanah Haramain menjadikan segalanya lebih bermakna. Penuh dialog nakal, tawa spontan dan perasaan yang tidak terduga. Namun, ini bukan sekadar kisah cinta komedi. Ini kisah tentang cinta yang lebih luas daripada dua hati. Tentang maktub, doa, takdir dan Cinta paling agung, Cinta-Nya. Sebuah hikayat yang menghangatkan jiwa dan mengingatkan bahawa setiap pertemuan, telah lama tertulis.
Leftenan Sirena (Bonus Bab Awal) by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 317
  • WpVote
    Votes 11
  • WpPart
    Parts 11
Leftenan Reen Areeth Mansor, call sign Sirena, adalah antara tulang belakang unit elit Marlin-FED, pasukan yang bergerak sebagai pelapis penyelam wanita dalam tentera laut. Misi mereka adalah untuk menyelamat dan memastikan setiap ancaman di laut disenyapkan sebelum sempat timbul ke permukaan. "Pedelaan miring (lelaki gila)..." "Sorry? Did you just curse at me?" Pertemuan pertama yang tidak begitu baik. Leftenan Reen harus bekerjasama dengan Komander Ateeq Neer, pegawai kapal selam yang agak dingin dan berprinsip teguh. Entah bagaimana, perlahan-lahan kedinginan itu mula bertukar hangat. Cukup hangat untuk Komander Neer berikan lawak tidak kelakarnya khas hanya untuk Leftenan Reen.
Cinta Untuk MrGarang by jnnh_yhya
jnnh_yhya
  • WpView
    Reads 7,385,818
  • WpVote
    Votes 349,306
  • WpPart
    Parts 78
Suami Romantik dan Penyayang? Tak pernah diduga Elleana akan mendapat suami garang dan tegas. Hidupnya yang selama ini tak pernah diatur oleh arwah baba kini diatur oleh Suaminya yang baru berusia 17 TAHUN. "Jangan nak menggatal sangat. Kau isteri aku"- Syafiq Hilman "Cuba senyum? Asyik nak marah je. Kan handsome kalau senyum." Nur Elleana Kenapa makngah sangat membenci Elleana? Perkahwinan diduga lagi dengan cinta mati Abang Afi terhadap Elleana yang sudah lama dipendam.
[COMPLETED] In A Revenge Of Love 사랑아 복수에서. by SuamikuKacakGila27
SuamikuKacakGila27
  • WpView
    Reads 832,920
  • WpVote
    Votes 44,683
  • WpPart
    Parts 65
"Aku Tak Akan Lepaskan Kau. Kau Pergilah Lari Ke Mana Yang Kau Nak..." -Kai- "Aku Bukan Anak Patung, Yang Boleh Memuaskan Nafsu Serakah Kau Setiap Masa!!!" -Jin Young- Dendam. Disebabkan Dendam, Semua Benda Boleh Berubah, Termasuklah Hati. Dendam Apa Yang Dipasang? Muslihat. Ya, Muslihat Yang Tidak Mungkin Pernah Bocor Tanpa Dipecahkan. Kemampuan seorang gadis menghadapi satu deruan yang kencang. Berkali-kali ditepis perasaan itu, akhirnya tertewas juga. Percintaan yang belum tiba di satu sudut akhirnya terlerai juga kerana salah erti. . Yang datang tidak berjemput terusan menanti. Yang terluka kerana salah erti terus mendiamkan diri. Yang bersalah disebabkan kesilapan terus mengorak bakti supaya cinta itu kembali. Bukan mudah. Bukan mudah untuk terus mencinta jika dahulu membenci. Dendam? Sumpah! Tiada lagi. Atas nama cinta, akan diatur langkah supaya perjalanan ini menuju ke Syurga. Nantikan... Was #3 in fanfiction
THE ITALIAN MAFIA'S AMORE (UNPUBLISHED) by mecx-zack
mecx-zack
  • WpView
    Reads 3,895,971
  • WpVote
    Votes 213,201
  • WpPart
    Parts 99
BOOK 3 -•-•-•- [ C O M P L E T E D ] "You're mine. For you, I would do anything either soft or wicked way." bisiknya dengan suara serak basah. "Let me go!" ujar gadis itu tegas dengan suara yang sedikit berbisik. Carła Liliana Pia, She's shy. Innocent.Kind-hearted but don't you know that she's also can break your legs? Yes, she is. Semuanya berubah apabila dia menjejak kaki di Itali untuk menyambung pelajarannya tetapi sebaliknya yang berlaku apabila dia berjumpa dengan si 'DIA' Sikap pemalunya, telatah keanak-anakannya tetapi disebalik tingkah mencuit hati itu, dia dibekalkan dengan seni mempertahankan diri yang diajar sedari kecil lagi. Dan, itu membuatkan 'DIA' tertarik dengan gadis pemalu itu. "I get what I wants, amore. Don't ever try to escape. There's nothing I can't do." senyuman sinis terlakar dibibir. 'DIA' DIA dikenali diseluruh pelusuk. Ditakuti. Digeruni dan dihormati oleh mereka. Tiada sesiapa yang cuba untuk mendekatinya. Ruthless. Killer. Monster. Itu gelaran untuknya. Dia menghilang buat sekian lamanya, dan kini dia kembali. Kemunculannya membuatkan kumpulan Mafia yang lain sedikit tergugat kedudukan mereka, dia muncul untuk membalas dendam terhadap 'mereka' yang meragut 'kebahagiannya'. Mereka berdua bertemu tanpa dirancang. Antara dua personaliti dan agama yang berbeza. Tanpa disedari, gadis yang kini berada di dalam genggamannya adalah 'mereka' yang dicarinya selama ini. Muncul pula Carla Luna Mia, kakak kepada Carla Liliana Pia yang cuba untuk menyelamatkan adiknya tetapi risiko yang ditanggung teramat tinggi. Mungkin dia berjaya tetapi - dengan menggadaikan nyawanya. ◐◐◐ Sometimes, the devil doesn't come to you with horn and red face. When they knocks, you can't help but let them in. ________________________________ CRIME | ACTION | MYSTERY | ROMANCE START; 7/12/2017 END ; 12/5/2020 UNPUBLISHED : 3/2/2021
Love Me! (D.I.R.I.D I.ii) by Izakikun
Izakikun
  • WpView
    Reads 49,455
  • WpVote
    Votes 2,819
  • WpPart
    Parts 57
"Dia ada cakap juga lepas dia bercerai, dia nak get back together dengan abang balik." "Pundek." Iman mencarut selamba. Panas hati mendengar penjelasan Auji. "Pergi mampus sama dia." "Sebab itulah saya panggil abang ke sini. Ada sebab lain." Auji memandang Iman dengan takut-takut. "Sebenarnya saya ada satu proposition untuk abang." "I'm listening." "Um, saya tahu abang bengang dengan dia dan saya ada satu cara untuk balas dendam." Iman dikerling sekilas sebelum matanya tertancap semula pada kasut. Hatinya berdebar semacam. "Kita kahwin." Dengan keberanian yang datang entah dari mana, Auji ajak Iman kahwin. Atas sebab mahu membalas dendam, Iman setuju. Bagi Auji, perkahwinan antara dia dan Iman hanyalah jalan penyelesaian dari dikahwinkan dengan orang yang dia tak tahu. 'Baik kahwin dengan Abang Iman daripada kahwin dengan orang yang aku tak kenal.' Itu apa yang difikirkan Auji.
Healer's Heart : Captain Yazzed Qayyum | C by fiqalynaaa
fiqalynaaa
  • WpView
    Reads 951,656
  • WpVote
    Votes 40,342
  • WpPart
    Parts 83
Bagi Darina Farissa, kerjaya dan keluarga adalah segala-galanya bagi dirinya, perasaannya pula ditepikan. Sudah beberapa kali dia didesak oleh orang sekeliling, kata mereka dengan umur Darin semakin meningkat dewasa, tidak elok jika bersendirian lama-lama. Takut tidak laku sahaja nanti. Sehingga lah teman baiknya, Mawar si pakar 'matchmaker' terhandal mengatur temu janji untuknya. Darin melayankan saja walaupun dia memang tiada niat mencari cinta. Dia bertemu dengan Yazzed Qayyum. Kebetulan, Yazeed juga sedang didesak oleh maminya supaya cepat-cepat mencari jodoh. Temu janji pertama mereka, gagal. Darin melarikan diri walhal mereka masih tidak habis berbual. Yazzed hanya redha, mungkin bukan jodoh mereka. Kali kedua, mereka bertemu di kenduri kahwin kawan mereka. Namun Darin tidak mengecam Yazzed. Kenduri kahwin tersebut berakhir dengan insiden memalukan bagi Darin. Darin mula menyimpan dendam dengan Yazzed sejak daripada itu. Mereka bertemu untuk ke sekian kali di hospital tentera, Darin bertugas selama 3 bulan di hospital tentera di kem Yazzed. Bermula lah sesi kejar mengejar. Awalnya Darin jual mahal, lama-lama luluh juga hati apabila setiap kali dia dilanda masalah, Yazzed yang akan menjadi hero untuknya. Namun hati Darin ragu-ragu, dia masih terperangkap dengan masa lalu. Walaupun kehidupan Yazzed penuh dengan disiplin dan keberanian sebagai anggota pasukan khas, menghadapi hati Darin yang tertutup akibat kehilangan, bukanlah misi mudah. Dia tahu, untuk menawan hati Darin, dia perlu sabar dan memahami luka yang dibawa gadis itu. "Saya... tak pasti kalau saya boleh mencintai lagi, Yazzed." - Darin Farissa "I'll be your healer's heart then, Nur Darina Farissa." - Yazzed Qayyum "Ruang dalam hati kau ada tempat lagi tak? Aku nak ada dalam ruang tu, boleh?" - Yazzed Qayyum Start : 29 januari 2025 End : 18 februari 2026
AKU UNTUK DIA|MUHAMMAD HUD (C) (BAKAL TERBIT) by Zueikha23
Zueikha23
  • WpView
    Reads 2,016,842
  • WpVote
    Votes 114
  • WpPart
    Parts 6
AKU UNTUK DIA|MUHAMMAD HUD Jika dia permaisuri, aku panglimanya♥️ Bagi Leftenan komander Muhammad Hud Mencintai Huda Dahlia ialah kewajipanya. ❗️Cerita ini tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun sudah meninggal dunia ❗️Cerita ini 100% hasil karya saya tiada peniruan dari nama main lead hingga ke jalan ceritanya kecuali scene memberkas lanun bab 2 dan a few bab saya refer beberapa filem, berdasarkan kisah benar. Maaf jika ada kesalahan tatabahasa saya akan cuba perbaiki😊
C| MANUSKRIP by Meriossah_
Meriossah_
  • WpView
    Reads 489,013
  • WpVote
    Votes 23,543
  • WpPart
    Parts 54
Unedited version (may contain typos, repetition, and messy structure 𝐓𝐮𝐧 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬: 𝐓𝐮𝐧 𝐍𝐢𝐲𝐚𝐳 𝐊𝐡𝐚𝐥𝐢𝐟 [PARANORMAL + SLIGHT ROMANCE] "Ketakutan akan membunuhmu. Pertahankan jiwa dan ragamu wahai manusia. Jangan bagi celah untuk aku ambil. Kelak kau akan menyesal." Mula: 01/01/2024 Tamat: 28/09/2024