fav crush as husband 🫀❤️‍🩹
34 stories
CINTA BUKAN UNTUK CRUSH [COMPLETED] ✔︎ by ainqalbi
ainqalbi
  • WpView
    Reads 291,854
  • WpVote
    Votes 15,605
  • WpPart
    Parts 37
Aku dapat kahwin dengan crush sendiri. Terkejut? Ya. Gembira? Tak. Sekejap aje title crush itu melekat dekat dia. Malam perkahwinan kami, semuanya berubah. Rasa cinta bertukar benci. Daripada rasa nak puji kepada rasa nak maki. Tak percaya? "Nak harapkan kau masak... huh! Sampai kena food poisoning aku." -ZAYDAN "For your information Mr. Zayd𝖺n 𝖨𝗆𝖺𝗇, food poisoning awak tu takde kena mengena dengan saya eh. Sebab apa? Kalau saya masak pun, awak mana pernah makan!" -ZAYYIN "Arghhh...! Aku benci kau, Zayyin!" -ZAYDAN "There same goes like me. We're in the same boat. Remember?" -ZAYYIN Kuasa Allah Yang Maha Membolak-balikkan hati. Sekuat mana pun aku cuba untuk membenci dia, rasa cinta tetap hadir. Rupa-rupanya, ada rahsia yang tersembunyi dalam hidup Zaydan. Kesetiaan aku sebagai seorang isteri turut diuji. Akhirnya sampai satu masa, aku memilih untuk bahagia dengan cara aku sendiri. "Zayyin, kenapa kau sibuk nak bahagiakan aku? Kebahagiaan kau macam mana pula?" "Kebahagiaan saya bila tengok awak, Zaydan Iman, suami saya bahagia." ©AinQalbi2019 cover by @mrsmeow_ HIGHEST RANK: #1 in CRUSH First published: 28/11/2019 End published:12/12/2019 😎💪 ⚠️STRICTLY, THIS IS FULLY MY IDEA ⚠️ LET ME KNOW IF YOU HAD READ THIS STORY AT ANOTHER'S ACC
Cinta Tanpa Ruang  by Naeltha
Naeltha
  • WpView
    Reads 101,327
  • WpVote
    Votes 4,346
  • WpPart
    Parts 58
Karya Pertama, Cinta Tanpa Ruang Karya ini hanyalah karya santai dan suka-suki saya sahaja. 📜 Nota: Karya ini adalah daripada saya sepenuhnya. Hak cipta terpelihara. Plagiat merupakan kesalahan serius dan dilarang sama sekali‼️📢 ___________________________________________ Mengisahkan tentang pasangan bahagia, Idris Maleeq dan Iffa Auferia, yang sedang menyulam niat untuk mendirikan rumah tangga yang harmoni dan bahagia. Namun, angan mereka musnah serta merta apabila kemalangan menimpa Iffa. Di hujung hayat Iffa, hanya satu permintaan yang dipinta buat Idris dan adiknya, Iman Aurelia, meneruskan perkahwinan idamannya. Permintaan yang diterima amatlah berat buat kedua-dua belah pihak. Sama ada calon, mahupun keluarga. Akhirnya, kata sepakat menjadi jawapan semua pihak. Tiada yang dipaksa dan tiada yang terpaksa. Maka terjalinlah sebuah ikatan tanpa cinta, hanya janji untuk mencuba membahagiakan antara satu sama lain. "Kita cuba, kita ikhtiar. Aku yakin, Allah pandang usaha kita. Yang selebihnya tawakal." -Idris Maleeq- Perkahwinan bukan permainan. Mereka cuba dan mencuba sehingga salah seorang daripada mereka berasa sesuatu yang lain sedang menghuni jiwanya. Namun, kata hanyalah kata. Iman tersedar satu perkara, selama hubungan ini berlayar, segala cubaan bukan mendorong ke arah cinta, namun hanya keselesaan. "Layanan awak pada saya hanya seperti seorang abang yang melindungi adiknya. Awak tak pernah beri ruang pada diri awak untuk cintakan saya." -Iman Aurelia- Hakikat itu menghentam dasar hati Iman, jiwanya sudah terikat cinta. Hatinya sudah mula memberikan reaksi apabila nama Idris disebut. Namun, mengapa ruang diantara mereka semakin menipis? Tujuan mereka semakin kabur. Adakah karam ditelan lautan, atau terus berlayar menuju pelabuhan? Ya Allah, sesungguhnya aku berserah sepenuhnya kepada engkau...
BIARKAN HATI MENCINTAI by saiatieya
saiatieya
  • WpView
    Reads 343,458
  • WpVote
    Votes 11,381
  • WpPart
    Parts 55
Gara-gara satu peristiwa, MAIZATUL AQILA memutuskan ikatan pertunangan antara dia dan Irfan. Pada hari yang sama, Irfan disahkan meninggal dunia kerana kemalangan. Tetapi tanpa dia duga, bakal abang ipar tak jadi pula yang masuk meminang. Kerana satu rahsia, dia dipaksa untuk menerima pinangan itu. Hari sepatutnya dia berkahwin dengan Irfan telah menjadi hari perkahwinan dia dengan lelaki bernama HADHIF ISYRAF. "Aku takut harga diri kau makin jatuh. Aku cuba selamatkan sebelum terlambat." -Hadhif Isyraf. Setelah bergelar isteri Isyraf, Aqila harus sabar menerima segala hinaan yang dilontar oleh Isyraf. Dia hanya perempuan murah yang beruntung kerana dapat jadi isteri kepada lelaki mahal seperti Isyraf. Namun dalam sinis nada bicaranya, Isyraf juga ada rasa simpati pada Aqila. "Saya nak gugurkan kandungan ni."-Maizatul Aqila "Tak cukup dengan dosa berzina, sekarang kau nak tambah dosa dengan bunuh anak tu pula?" -Hadhif Isyraf. Mana sanggup Aqila mahu membesarkan anak hasil daripada hubungan haramnya. Setelah Isyraf memujuk, barulah Aqila mengalah. Tentang siapa bapa kepada anak dalam kandungan, hanya Aqila dan Isyraf saja yang tahu. Disebabkan kesilapan Aqila sendiri, rumahtangga yang mula mendapatkan cahaya kebahagiaan kini kembali bergelap. Tambahan pula, Suzana semakin berani mengganggu hidupnya. "Kau jangan ingat aku tak tahu siapa bapa anak dalam perut kau tu." -Suzana. Aqila bingung. Siapa sebenarnya Suzana? Banyak rahsia dia yang Suzana tahu. Termasuklah kisah silam yang pernah terjadi antara dia dengan bekas tunang. "Saya rasa lebih baik kita berpisah. Saya dah tak nampak ke mana hala tuju perkahwinan ni."-Maizatul Aqila Aqila nekad mahu berpisah. Tiada guna dia pertahankan perkahwinan ini jika hati Isyraf dah mati untuk dia. Apa pengakhiran perkahwinan mereka berdua? Adakah perkahwinan ini akan dipertahankan? Atau perpisahan menjadi pilihan terbaik buat mereka?
QAYDER : MR COLD by Blqs_Rose
Blqs_Rose
  • WpView
    Reads 12,210,795
  • WpVote
    Votes 403,500
  • WpPart
    Parts 58
# 1st Hello Mister! Series. • He's as cold as a polar bear, but he can be a hot tempter. | Polar Bear × Clematis | RAJA QAYDER hanyalah seorang lelaki biasa yang lebih suka stay low dan tak sukakan sebarang populariti atau publisiti murahan. Dia cuma mahu jadi dia dan impiannya cuma satu. Mahu menjadikan Airaa, gadis manis bertudung litup sebagai isteri. NAWRA ASYALAA pula seorang supermodel terkenal. Katanya dia punya bentuk tubuh yang lebih cantik dan curvy berbanding model biasa. Seksi. Kaya. Dilimpahi job modelling sentiasa. Orangnya diva yang amat. Satu peristiwa serangan ketika runaway untuk jenama butik paling mahal di Malaysia mempertemukan dia dengan seorang mamat kutub utara. Dingin dia negatif infiniti darjah celsius. Tapi malangnya, si hot Nawra Asyalaa terjatuh suka dengan si kutub utara, mamat ais tu. Asyalaa mula mencari dan terus mencari sehingga jumpa. Dan Nawra mula obses di akhirnya. "Boleh kita berkenalan?" -Asyalaa "Sorry. I hate orientation." -Qayder Wow. Jual mahal. I likey... Pelbagai cara Nawra cuba untuk pikat dan tundukkan polar bear dari kutub utara. Dari buat-buat dingin sama sehingga cubaan menggoda. Tapi tetap tak jalan. "Pakai seksi macam mat lampir berkemban. Fesyen apa ni mak cik?" -Qayder "F you!" -Asyalaa Oh. Polar bear dari kutub utara tu nak kahwin dengan Mira Filzah idaman hatinya. Okey. "Murah sangat ke harga diri kau?" -Qayder "I don't care because at last... you're mine." -Asyalaa Tapi hakikatnya... lelaki itu lebih berbahaya. Bukan hanya hot dan beku semata-mata. "Be careful with my temper. But watch out more for my tempting session as i won't make it easy on my prey." -Qayder. Okey. Okey mister 'tempter'. Saya pun sukakan cabaran.
✓ TENGKU RAFAEL LUTH by Blqs_Rose
Blqs_Rose
  • WpView
    Reads 7,962,908
  • WpVote
    Votes 349,440
  • WpPart
    Parts 73
# 5th UNDER HE SERIES: •TENGKU RAFAEL LUTH 🍁 ~Under His Real Life Imagination~ TENGKU RAFAEL LUTH menyimpan rasa terhadap Dhiah Nageena. Seorang artis wanita baru popular yang menjadi kekuatannya untuk meneruskan kehidupan. Pelbagai usaha telahpun seorang Tengku Rafael Luth lakukan dan dia tak akan berputus asa. Mungkin Dhiah Nageena masih belum mengenalinya kerana dia masih bersembunyi disebalik bayangnya. NURI NAFEESA gembira apabila diterima bekerja di syarikat seni bina milik CEO muda ternama itu. Gembira gila. Alhamdulillah rezeki. Tapi tiba-tiba encik boss panggil dan cakap yang dia... tak suka dengan aku? Habis tu kenapa ambil aku bekerja?! "Kau interview dengan Encik Rais kan?" ~Ku Raf "Tapi kenapa Encik Boss tak suka saya? Saya kan nak kerja. Bukannya nak suruh encik boss ambil saya jadi isteri. Kan?" ~Nuri Nafeesa Tengku Rafael rasa huru hara dengan perempuan itu. Dia serius 24 jam. Si burung kakak tua tu pula asyik membebel, happy go lucky je 24 jam. Stress! "Woi burung kakak tua!" "Nama saya Nuri lah encik boss. Nu.ri Na.fee.sa." Namun di atas kesalahan Tengku Rafael sendiri, Nuri Nafeesa yang harus menanggung semuanya. Menanggung segalanya. Semuanya. "Kita rahsiakan dahulu hubungan kita." Nuri Nafeesa terpaksa menahan segala rasa apabila Dhiah Nageena mula jatuh hati pada Tengku Rafael. Lelaki yang selama ini memberinya coklat. Memberinya bunga. Namun bukan itu sebabnya. Dhiah Nageena hanya menyukai Tengku Rafael hanya kerana paras rupa. Pangkat dan juga harta. Dan sekali lagi. Nuri Nafeesalah yang menanggung segalanya. Siapa yang tak sakit hati melihat suami bermesra dengan perempuan lain. Lebih-lebih lagi dengan kawan baiknya. Disaat segalanya terbongkar. Diantara tiga hati, siapa yang akan menerima. Siapa yang akan membenci dan siapa yang akan terus mencintai. "Kau isteri aku dan akan selamanya jadi isteri aku." ~Ku Raf "Jangan seksa hati awak Raf. Bukan saya yang hati awak mahukan." ~Nuri
AYDEN by theestelleryn
theestelleryn
  • WpView
    Reads 462,940
  • WpVote
    Votes 24,873
  • WpPart
    Parts 19
[COMPLETE] "Losing you was something I couldn't handle." Luthfan Ayden | Alia Humaira All Right Reserved ©theestelleryn
𝐌𝐑𝐒 𝐙𝐔𝐋𝐐𝐀𝐃𝐑𝐄𝐄 𝐀𝐀𝐑𝐈𝐒 © by roseeeorchid
roseeeorchid
  • WpView
    Reads 1,095,172
  • WpVote
    Votes 60,639
  • WpPart
    Parts 78
𝟏📍𝟐𝟓𝟏𝟏𝟐𝟏/𝟐𝟐𝟎𝟓𝟐𝟐 𝐌𝐑𝐒 | COMPLETED 𝐙𝐔𝐋𝐐𝐀𝐃𝐑𝐄𝐄 𝐀𝐀𝐑𝐈𝐒 | 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐅𝐀𝐇 𝐀𝐈𝐑𝐄𝐄𝐍. Satu kejadian yang membawa trauma dalam dirinya terjadi berturut-turut dalam hidup telah diselamatkan oleh seorang lelaki iaitu Zulqadree Aaris. Menyelamatkan gadis itu memberi kesan perasaan ingin melindungi dalam diri Zulqadree dan dia berhasrat ingin mengambil gadis itu jadikan isterinya, satu hari nanti. Tetapi takdir Allah SWT yang menentukan mereka semula melalui abang gadis itu sendiri iaitu kawan dan business partner kerjanya. Siapa sangka kan? Hanya disebabkan Mama Papa gadis itu ingin menunaikan Umrah di Mekah, maka mereka disatukan. ❛❛Ma.. ape semua ni? Kenapa kita ke masjid ni?❞ ❛❛Kamu akan berkahwin, sayang❞ Terkejut adalah perasaan yang hadir setelag mendengarkan perkataan itu. Kahwin. Bukan dia tidak mahu tetapi dia cuma takut apabila terjerat dalam perkhawinan boleh kuatkan lagi perasaan truama dalam dirinya. Trauma yang mengakibatkan dia takut dan lemah pada sifat kejam dan baran seorang lelaki. Sifatnya yang kurang seni bela diri dan lemah itu membuatkan truamanya tercipta. suami dayus... dia takut jika ini dia dapat jika berkahwin tapi apa yang dia bayangkan sebenarnya tidak berlaku apabila suaminya lain dari yang lain. Zulqadree... seorang suami yang suka mengambil hati apetah lagi terlatahnya yang menghiburkan dan soft spoken. Tidak seperti lelaki lain. ❛❛Kalau tak pandai masak takpe, boleh belajar sayang. Tahu tak belajar dengan siapa?❞ ❛❛Dengan chef lah❞ ❛❛Dengan abang, sayang❞ Siapa sangka suami yang dia anggap seorang yang lembut hati budi padanya juga punyai kisah silam yang sebenarnya diri lelaki itu seorang yang baran? "Saya rindu suami saya yang dulu... " "Dia dah takde. Suami kau yang dulu adalah aku"
𝐏𝐞𝐫𝐟𝐞𝐜𝐭 𝐏𝐫𝐨𝐦𝐢𝐬𝐞 | C by missdiraa
missdiraa
  • WpView
    Reads 513,876
  • WpVote
    Votes 18,897
  • WpPart
    Parts 52
𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐑𝐢𝐳𝐪𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐦𝐞𝐞𝐝 | 𝐍𝐮𝐰𝐚𝐢𝐫𝐚 𝐙𝐚𝐟𝐢𝐫𝐚 Satu perkahwinan yang terjadi tanpa cinta. Tiga hati yang terikat dalam perasaan yang tidak sepatutnya bersatu. Nuwaira Zafira melangkah masuk ke dalam hidup seorang lelaki yang hatinya sudah dimiliki orang lain. Namun dia tidak datang untuk mengalah. Ada sebab mengapa dia memilih untuk bertahan. "I cuma nak pertahankan hak I yang pernah hilang dulu." Tengku Rizqan Hameed pula bergelut dengan hatinya sendiri. Antara janji yang pernah dia buat, dan perasaan yang perlahan-lahan berubah tanpa dia sedari. "Sampai bila-bila, hati aku cuma untuk Sandra." Cassandra Alora yakin, cinta mereka tidak pernah pudar. Dan dia tidak akan membiarkan sesiapa merampas apa yang dia percaya miliknya. "Riz cintakan I. Riz tak cintakan dia." Di sebalik hubungan yang semakin rumit, tersimpan satu rahsia dari masa lalu. Rahsia yang mampu mengubah segalanya tentang perkahwinan ini dan tentang siapa sebenarnya Nuwaira dalam hidup Rizqan. Apabila kebenaran muncul,adakah cinta akan memilih untuk kekal...atau akhirnya, ada hati yang perlu terluka untuk selamanya?
Zeyad Mikael: Yang Hilang by eleutheromania____
eleutheromania____
  • WpView
    Reads 75,910
  • WpVote
    Votes 2,990
  • WpPart
    Parts 57
Ini bukan cerita dongeng. Ini bukan cerita seram. Ini juga bukan cerita action-thriller. Ini hanyalah cerita cinta antara Zakiya Amina dan Zeyad Mikael. Ini adalah cerita tentang Zakiya yang cuba mengambil hati suaminya yang mengalami retrograde amnesia setelah kemalangan jalan raya. "Kau ni umur berapa?" "Yaya muda dari abang tujuh tahun. Abang tahu tak umur abang berapa?" "Aku tiga puluh satu... kau dua puluh empat?" "Ha ah. Pandai pun." Dicuit hidung mancung suami bersama senyuman lebar. "Gila. Mudanya. Aku tak minat perempuan muda sangat macam kau ni." "Time ni je cakap tak minat. Dulu-dulu tu minattttt sangatttt. Sampai peluk pun tak nak lepas!" Ikuti cerita Zakiya dalam menghadapi perangai keras kepala dan dingin encik suami dalam perkahwinan mereka sepanjang lelaki itu menghidap amnesia. Tidak lupa juga kehadiran Ariana, bekas kekasih hati encik suami yang sangat-sangat menjengkelkan hati turut ikut serta menambah sakit dihati Zakiya. ***Read at your own risks ;) *previously known as milik zakiya *unedited version^^
M E L M A W A R [COMPLETED] by itsnazshabs
itsnazshabs
  • WpView
    Reads 155,345
  • WpVote
    Votes 8,914
  • WpPart
    Parts 54
Garapan ke-4 Spin-off of PALOMA COMPLETED💚