FANTASY GENRE
5 cerita
Book 1: Annabella Valiant [✓] oleh Nur_Haura
Nur_Haura
  • WpView
    Membaca 1,088,929
  • WpVote
    Vote 69,484
  • WpPart
    Bab 59
Book 1: Annabelle Valiant Book 2: Aydan The Angele Book 3: Aryan The First Prince ********* Mimpi yang menghantuinya sejak kecil. Bisikan yang selalu terngiang-ngiang ditelinganya. Rahsia yang tersimpan kemas oleh ayahnya. Sylvania... Bermula kisah Annabella yang mencari identiti diri setelah mengetahui dia bukan manusia biasa.
THE AVALIANS oleh AzranMrPeace
AzranMrPeace
  • WpView
    Membaca 60,382
  • WpVote
    Vote 1,195
  • WpPart
    Bab 14
Avalians adalah jawatan tertinggi di Negara Pelentur sekaligus penjaga permata lagenda (Magiems). Sebagai tonggak kedaulatan negara, kurang satu daripada tiga Avalians akan memberi kesan yang besar kepada negara. Siapa sangka Oerang Pentagon meragut segalanya. Dua daripada tiga pemjmpin tertinggi itu lenyap tanpa jejak kerana terlempar ribuan tahun cahaya ke sebuah planet asing yang sunyi iaitu Bumi. Demi menyatukan kembali ikatan yang terputus, Amzar, satu-satunya Avalians yang tersisa, membuat keputusan nekad untuk menanggalkan takhta untuk sementara lalu merentas kegelapan angkasa untuk mencari saudara-saudaranya. Namun, ketibaannya di Bumi tidak berjalan lancar seperti yang dirancang. Dia tidak sengaja terjebak dengan konflik manusia sehingga satu detik dia melakukan kesilapan yang mencetuskan letusan kuasa Magiems jagaannya. Sekelip mata realiti Bumi hancur dan dilahirkan semula sebagai sebuah dunia fantasi yang sarat dengan magik purba, binatang mistik dan dimensi lagenda yang tidak pernah terbayang olehnya dan juga Bumi atau yang dikenali sebagai Dunia Pertemuan. Di dunia baharu, Amzar terpaksa melakukan ekspedisi berbahaya merentasi landskap Dunia Pertemuan yang penuh dengan ancaman dan pengembaraan tersendiri. Bersama sekutu manusia yang juga memiliki musuh sendiri, jejak pencarian mereka membawa teka-teki yang semakin gelap sebelum akhirnya salah seorang daripada Avalians yang hilang telah dikesan di di alam bunian manakala seorang lagi masih ghaib tanpa sebarang petunjuk. Di antara dendam dua dunia, rahsia alam ghaib, dan takdir kuasa yang tidak terkawal, mampukah Amzar menyatukan semula Avalians lalu kembali ke Planet Elemen dikala Bumi yang telah bermutasi dalam masa yang singkat?
OVERRIDE  oleh HDNova
HDNova
  • WpView
    Membaca 44
  • WpVote
    Vote 0
  • WpPart
    Bab 14
Pada tahun 2088, di sebuah kota metropolis yang luas, muncul seorang pemuda pengatur cara bernama Aiman yang bekerja di sebuah unit IT kecil, syarikat sub-kontraktor kepada ekosistem rangkaian NEXUS. Ketika itu, sistem NEXUS dimiliki oleh syarikat korporat antarabangsa dan digunakan oleh seluruh negara. Aiman sedar dan benci sistem ini kerana menindas masa depan pekerja peringkat bawahan. Beliau rasa dunia ini sangat tidak adil. Oleh itu, sejak zaman universitinya lagi, dia mula membangunkan sebuah pembantu peribadi kecerdasan buatan (AI) bagi menemaninya, sekali gus membantu membina masa depan yang lebih baik kepada orang yang susah. Projek itu dinamakan GENESIS. Bagaimanapun, apa yang diciptanya sebagai sebuah impian masa depan, lama-kelamaan berubah menjadi sesuatu yang sukar dikawal dan tidak sepatutnya berlaku. Kerana di dunia ini, ada ciptaan yang bukan sahaja pandai berfikir, malah mempunyai kuasa untuk mengubah takdir seluruh umat manusia.
𝐖𝐢𝐧𝐭𝐞𝐫 𝐐𝐮𝐞𝐞𝐧 (𝐨𝐧 𝐠𝐨𝐢𝐧𝐠)  oleh kenhendri
kenhendri
  • WpView
    Membaca 84
  • WpVote
    Vote 16
  • WpPart
    Bab 3
Musim panas di Kota Aristokrat bertukar menjadi musim sejuk. Seluruh kota dilanda salji. Hidup Flora berubah sepenuhnya apabila dia diburu oleh seorang pembunuh upahan bernama Khaleq. Seorang anggota Special Force bernama Ricky pula ditugaskan untuk melindunginya sementara itu seorang ahli organisasi gelap dihantar untuk menculiknya. Dalam kekacauan itu muncul seorang lelaki bernama Zayn Raviel, memahami situasi dan kehidupannya. Lelaki itu sentiasa di sisi Flora, ada setiap kali diperlukan sehingga membuatkan dia jatuh cinta. Namun, Zayn adalah pembawa malapetaka musim sejuk itu. "Dia orangnya. Kau buat silap besar, Flora. Kau sepatutnya jadi kunci untuk bunuh dia, bukan lindungi dia." - Libra. "Flora... kau masih tak ingat? Setiap kali kau mati, kau akan balik ke masa lalu. Tapi, kau takkan ingat apa-apa lepas kau bangun. Dunia ni, akan berputar ikut waktu kau. Cuma, ada limit. Kalau kau dah capai limit, kau takkan kembali." - Ricky. "Kalau kau sayang sangat dekat dia, biar aku je yang bunuh dia. Sekarang, buat pilihan kau." - Khaleq. Hanya dua pilihan, mengorbankan seluruh kota demi cinta atau mengorbankan cinta demi seluruh kota? "Zayn... aku sanggup mati untuk selamatkan kau! Aku tahu, masih ada cara untuk selamatkan kau! Aku takkan biarkan sesiapa bunuh kau!" - Flora Tapi... kenapa setiap kali dia kembali ke masa lalu, Zayn berubah? Sedikit demi sedikit, jiwa lelaki itu dingin seperti musim sejuk. "Flora... kenapa kau... nak bunuh aku?" - Zayn Raviel.
UNDERGROUND PRISON oleh baebunny29
baebunny29
  • WpView
    Membaca 176
  • WpVote
    Vote 1
  • WpPart
    Bab 26
Sekumpulan gamers elit yg inginkan tantangan permainan survival yang menggabungkan vr dan realiti