For Edit Video
3 stories
Let It Rain - Terbit PBAKL 2026 by saraimani99
saraimani99
  • WpView
    Reads 646,455
  • WpVote
    Votes 2,966
  • WpPart
    Parts 6
Love Seasons: Book 2 ~Setelah hujan duka berhenti, kita akan bertemu lagi ~ Lily Khaleeda hanyalah gadis biasa tetapi mempunyai hati serta cinta yang luar biasa. Cinta di hati buat seorang lelaki bernama Khalid Zulkarnain tidak pernah difikirnya akan dibalas. Kerana Allah perancang takdir yang terbaik, tiada siapa menduga jalan cerita. Niat Khalid yang ketika itu ingin membantu Lily disangka perbuatan maksiat oleh orang kampung. "Lily memang cintakan dia, tetapi Lily tak pernah bayangkan untuk memiliki dia, apatah lagi dengan cara terkutuk sebegini." "Keputusan yang saya dah buat, saya dah fikir sedalamnya malam tadi. Saya ikhlas, saya tak dipaksa...." Demi maruah serta tanggungjawab, Khalid jadikan Lily sebagai negara pertama yang perlu dia jaga lebih daripada nyawa sendiri. Seperti Lily yang jatuh cinta kepadanya, Khalid fikir cinta juga akan hadir kemudian nanti. "Lily takkan lupa cara abang pandang Lily." "Tengok betul-betul, kalau abang pakai topeng pun, sayang boleh kenal abang." Apa maknanya cinta serta bahagia tanpa air mata. Kerana dendam orang lain, Lily menjadi mangsa. Betahun-tahun menjalani hidup masing-masing, mereka berdua saling menanggung rindu, sama-sama menunggu tapi, tanpa ikatan seperti sebelumnya. Negara Lubnan menjadi tempat pertemuan kali kedua, membuka helaian pertama diari cinta yang baharu. "Mata Tuan macam mata seseorang yang.....dah lama saya tunggu." "Maaf....ini kali pertama kita berjumpa."
SEMI;KOLON [TERBIT] by tienqowiy
tienqowiy
  • WpView
    Reads 158,833
  • WpVote
    Votes 2,436
  • WpPart
    Parts 13
2023. TERBIT 2026 © QASS PUBLICATION Sesukar inikah untuk dicintai dan disayangi oleh darah daging sendiri? Zinnirah Alwie tidak pernah meminta untuk dilahirkan ke dunia ini. Lebih-lebih lagi sebagai 'Irish Twin' yang kehadirannya dianggap sebagai malang dan pembawa sial. Berbelas tahun membesar di bawah bumbung yang sama, tetapi kasih sayang yang sepatutnya menjadi hak seorang anak terasa seperti sesuatu yang sangat asing buat diri kerdil itu. Di saat Mustaqim Alwie sentiasa menjadi pelindung setia sedari kecil, mama dan baba pula semakin menjauh seolah-olah kewujudannya adalah beban yang tidak akan pernah selesai. Dalam ruang yang sunyi, Zinnirah belajar untuk ketawa. Belajar untuk berdikari. Belajar untuk memahami perasaan mama dan baba. Dan... belajar memendam luka yang tidak pernah diberi ruang untuk sembuh. Sehinggalah suatu hari, dia bertemu dengan Absyar Abid, seorang lelaki yang boleh mengesan perasaan sedihnya tanpa dipinta. Di sisi lelaki itu, suaranya didengar dengan tenang, dan lukanya tidak pernah dihakimi walaupun dia telah menyaksikan sisi gelap Zinnirah. "I'm deadly serious. Saya ialah bukti cinta Allah kepada awak." - Absyar Abid Namun, adakah dia mampu menyembuhkan luka yang ditoreh sejak lahir? Atau... adakah sesetengah luka memang ditakdirkan untuk berdarah selamanya? "Aku penat, Absyar... Aku terlalu penat... Tolonglah lepaskan aku pergi..." - Zinnirah 🚨 WARNING 🚨 TW: TRIGGERING CONTENT (domestic violence, incurable disease, anxiety, self-harm, suicide attempt, sexual harassment, rape) EMOSI BERAT! 100% straightly from my idea No plagiarism allowed, thank you ©TIENQOWIY #2 in sliceoflife - 10/9/23 #1 in sad - 9/11/23, 13/11/23, 19/12/23 #1 in angst - 6/12/23, 26/7/25 Start: 01/05/2023 End: 26/08/2023
+7 more
SALJU KYOTO (Published) by sara_aisha
sara_aisha
  • WpView
    Reads 260,850
  • WpVote
    Votes 11,037
  • WpPart
    Parts 25
'When a man truly loves a woman, she becomes his weakness. When a woman truly loves a man, he becomes her strength. This is called Exchange of Power.' Musim dingin 2015. Kyoto. Semuanya bermula pada malam itu. Aku cuma seorang wanita biasa yang ingin mencari sahabat yang hilang. Namun, malam itu mengubah segala-galanya. Dia muncul umpama samurai dalam persalinan kimono hitam dan sebilah pedang. A.K, dia sang jejaka misteri. Bermata helang, beraura garang. Bersamanya, terselit amaran. "Stay away from him." Tetapi, bagaimana mungkin aku lari daripadanya bila dia tiba-tiba mengumumkan bahawa aku miliknya? "She's my woman. You touch her... and you die." - A.K. Hakikat bahawa Badri sudah menjadi yakuza mengeruhkan keadaan. Dia sahabat baik yang tulus, jadi kenapa dia menghumban diri ke jalan ini? "If you feed an evil soul, he'll become a devil." - Badri Bila dua pilihan terhampar depan mata, aku akhirnya membuat keputusan muktamad. Tinggal di Kyoto dan berjuang... dengan status sebagai isteri kepada Arjuna Kaede. Dari awal, aku sedar bahawa menjadi isteri kepada lelaki itu bukan mudah. Nyawa sentiasa di hujung tanduk. Namun, aku ialah Nailah Farafisha. Seperti agungnya cinta Nailah al-Farafishah, srikandi Islam buat suaminya, Khalifah Uthman Ibn Affan, seperti itu juga tingginya darjat Arjuna Kaede di mataku. Mereka boleh datang menyerang, tetapi bukan semudah itu untuk aku menyerah kalah. Pantang maut sebelum ajal! "Masanya sudah tiba untuk aku jadi singa betina." - Nailah Tetapi, mampukah aku terus bertahan dihimpit dunia gelap yakuza? Mampukah aku menjadi penyelamat tatkala Arjuna hampir tersungkur antara prinsip dan nyawa? Apa pula yang akan terjadi kepada Badri? Ini bukan kisah cinta semata-mata. Ini tentang pilihan, pengorbanan dan akibat. Ini... kisah aku.