eisyeavelle's fav
3 stories
HIS BABYPAU [HIS ETERNAL LOVE] | TERBIT by berrybalqiss
berrybalqiss
  • WpView
    Reads 2,653,263
  • WpVote
    Votes 26,366
  • WpPart
    Parts 14
𝐀.𝐃 𝚂𝙴𝚁𝙸𝙴𝚂 1 𝗔𝗥𝗜𝗙𝗙 𝗗𝗔𝗥𝗪𝗜𝗦𝗛 - Lelaki berdarah malayu-spain. Bewatakan dingin serta berpengaruh. Terpaksa mengahwini pesakitnya membuatkan satu persatu rahsia mula terbongkar. Dia terlalu obses dengan pau isteri, dia seorang yang berkasar dengan orang lain tetapi tidak dengan isterinya. 𝗠𝗘𝗘𝗦𝗬𝗔 𝗔𝗠𝗔𝗡𝗗𝗔 - Gadis polos yang mempunyai depression serta penyakit Skizofrenia. Gadis yang sopan dan tidak mudah bergaul. Perkahwinan yang tiba-tiba terjadi mengubah segalanya dan suaminya sahaja penguat terbesar baginya. . . "Khai tu tak wujud Meesya, dia tu hanya bayangan yang akan menghantui kau sampai bila-bila!" - Ariff Darwish. "Tapi saya bahagia dengan dia dan bagi saya dia hidup, saya tak nak kehilangan dia!" - Meesya Amanda. Selepas beberapa kali dipujuk dia tewas juga dan menerima tawaran itu. Namun.. "Aku hantar kau pergi sekolah untuk belajar, cari ilmu bukan menggatal dengan lelaki," - Datin Sarah. "Meesya tak buat semua tu, doktor Ariff hanya hantar Meesya balik je ibu!" - Meesya Amanda. Satu peristiwa tiba-tiba terjadi menyebabkan mereka disatukan sebagai sepasang suami isteri. Tanpa mengenali antara satu sama lain. "Saya nak kahwin dengan orang yang sayangkan saya, doktor hanyalah doktor saya yang hanya akan jaga saya sampai sihat," - Meesya Amanda. "Kau tak pernah pun tanya aku, macam mana kau tahu aku tak sayang kau atau sayang kau, mi amor" - Ariff Darwish. Hari demi hari berlalu, cinta mula hadir. Hari demi hari, perbagai rahsia mula terbongkar. Namun semua itu tidak dapat mengurangkan sedikit pun rasa sayang mereka. "Jika dia yang ditakdirkan untuk kita, dialah yang sempurna." - Ariff Darwish. #1 in brokenhome #1 in softspoken #1 in sayang #2 in crybaby #2 in badboy #1 in killer ❗- kata-kata kasar ❗- pembunuhan dan kekasaran [DILARANG PLAGIAT]
Qayyum: His Weakness©️ by nabilllss
nabilllss
  • WpView
    Reads 1,064,513
  • WpVote
    Votes 44,448
  • WpPart
    Parts 25
Under Series Vol II. [Terbit PBAKL2026] Known as His Weakness. Menjadi orang yang jatuh cinta terlebih dahulu menuntut kesabaran yang tidak mudah. Bagi Qayyum Darwish, segala isi hatinya disimpan rapi daripada pandangan dunia, apatah lagi wanita yang dicintainya bukanlah perempuan biasa. "Kau tahu kan, siapa Tengku Uqael pada Cik Della? I mean.. her relationship with him?" - Fareez Soalan itu membuatkan Qayyum membeku. Memiliki sahabat yang terlalu memahami rahsianya kadangkala lebih berbahaya, terutamanya apabila Fareez antara yang paling rapat dengan 'bos besar'nya. "You have no idea how long I've stood in the shadows just to protect her. Aku akan buktikan hasilnya suatu hari nanti, Reez." - Qayyum Darwish Demi Khalisa Fredella, Qayyum memilih untuk berdiri di sebalik bayang-bayang. Gelaran 'Mr 719' menjadi rahsia yang membolehkannya melindungi wanita itu secara senyap, walaupun cintanya tidak pernah terucap. "Ke mana saya pergi mesti ada awak. Jangan sibuk boleh?" - Fredella "Nak sibuk juga, boleh?" - Qayyum Namun, saat Qayyum akhirnya meluahkan isi hatinya, dia hanya bertemu luka. "I hate men. Move on, Qay! Saya rimas!" - Fredella "Rimas?" - Qayyum "Rimas sangat. Awak suka saya, dan expect orang yang awak suka ni boleh ada perasaan yang sama? Cuba sedar!" - Fredella Qayyum terdiam, menyedari harapan yang dipendamnya mungkin tidak akan pernah berbalas. Bagi dirinya, Fredella terlalu sempurna walaupun dunia melihat wanita itu dengan cara yang berbeza. "Fii amanillah. Saya lepaskan awak kerana Allah. Dan saya harap awak datang kembali pada saya... juga kerana Allah." - Qayyum Kata-kata itu menjadi doa yang disembunyikan dalam diam. Kembali. Adakah ucapan Qayyum itu akan jadi nyata? Fredella akan cari dia ke? Mereka saling memerlukan, dan luka masing-masing perlukan ubat yang sama. Bahagia dan ketenangan yang Fredella cari selama ini, adakah semua itu ada pada Qayyum Darwish? "Call me possessive if you want, but I'll always be your protector."
Farrel's Boo ©️ by nabilllss
nabilllss
  • WpView
    Reads 4,945,392
  • WpVote
    Votes 97,097
  • WpPart
    Parts 19
Under Series Vol I. [Terbit PBAKL2025] Known as His Boo. Dedaun luka yang tetap indah, bertemu ais kutub yang dingin dan mematikan. Dua jiwa dari dunia berbeza, disatukan oleh takdir yang tidak pernah mereka pinta. Aisy Melina tidak pernah meminta untuk menjadi kuat. Namun selepas kehilangan ibu bapa, dia menjadi benteng terakhir buat adik-adiknya. Ketabahan itu teruji apabila sebuah kecuaian meragut nyawa, menghancurkan hidup yang sedia rapuh. "Adik saya mati sebab awak!" - Aisy Melina Khalaf Farrel, nama yang menjadi mimpi ngeri Aisy. Dingin. Misteri. Bermata kelam dan wajah sekeras arca. Darah Jermannya tak hanya mengukir ketampanan, tapi juga tembok beku yang sukar didekati. Sejak kematian ayahnya, Khalaf tidak kenal erti simpati. "I won't forgive and forget." - Khalaf Farrel Mereka tidak pernah mencari antara satu sama lain, namun dunia seolah-olah telah menetapkan ikatan. Tiada siapa percaya lelaki itu mampu menyimpan nama sesiapa dalam hatinya. Dia tidak memberi peluang. Apatah lagi membuka ruang. Dia ada hati ke? Namun di balik beku itu, ada bara yang menyala. Dan satu-satunya yang membangkitkannya hanyalah Aisy Melina. "You will make me need you in my life without anyone realising it," - Khalaf Farrel Sekeras mana pun seorang Khalaf, dia tetap punya titik rapuh, Aisy... dan keluarganya. Sentuh mereka... maka dunia akan melihat sisi Khalaf yang tak pernah mengenal ampun. "She's mine. If you make me repeat those words, I won't speak with my mouth, but with my hands." - Khalaf Farrel Saat bahagia dan luka mula bersatu, satu rahsia mula terbuka. Rahsia yang bisa menghancurkan segalanya. Khalaf teruji. Mampukan dia menerima kebenaran itu? Marah yang dikumpul, siapakah akan menjadi sasarannya? Aisy? Ibunya? Atau bayangan lain yang diam-diam menanti untuk memusnahkan mereka? "He chose you. And you need to know, belonging to Farrel means no harm will ever come to you." All Rights Reserved Nabillss. [DI BAWAH TERBITAN FAJAR PAKEER]