We've updated our Content Guidelines.
Review the latest guidelines to keep sharing stories safely.
og chapter .🔁
4 stories
𝐒𝐔𝐑𝐀𝐓 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 by qisyarea
qisyarea
  • WpView
    Reads 7,434
  • WpVote
    Votes 479
  • WpPart
    Parts 31
Di bawah langit malam yang dipenuhi rembulan, Mawardah Az-Zahra seringkali menyendiri dengan pena yang setia di jemarinya. Dia menulis dalam diam. Bukan untuk manusia yang fana tetapi kepada Tuhan... dan kepada bulan yang setia menjadi saksi setiap resah yang tidak terucap. Hidupnya terkurung dalam rumah yang sempit meski dindingnya luas terbentang. Nafasnya bagai terhalang oleh dunia yang tidak pernah sudi mengerti. "Dunia ini tidak pernah berlaku adil, doktor..." - Mawardah Az-Zahra Namun takdir menemukan dia dengan Arfan Zuhayr, seorang lelaki yang hadirnya membawa teduh yang tidak pernah Wardah rasakan sebelumnya. Seorang doktor yang bukan sekadar merawat luka zahir tetapi perlahan-lahan menyentuh luka batin yang lama terpendam. "Mungkin saya cuma seorang doktor biasa. Tapi demi awak, saya sanggup bertukar jadi doktor kaunseling untuk dengar luahan awak." - Arfan Zuhayr Sejak detik itu, Mawardah tidak lagi berdiri di persimpangan sunyi seorang diri. Namun perjalanan hati bukanlah sesuatu yang mudah. Di antara luka yang belum sembuh, jiwa yang masih bergelut dengan bayang-bayang silam serta ujian yang datang silih berganti, Mawardah terpaksa belajar bahawa untuk menerima cahaya. Mampukah dua jiwa yang sama-sama rapuh ini bertahan, dan akhirnya menemukan teduh yang mereka cari di penghujung segala ujian yang tidak pernah berhenti? Ini bukan sekadar kisah cinta. Ini kisah tentang jiwa-jiwa yang saling memaut untuk memulihkan di bawah naungan bulan, menuju Ilahi.
Cinderella Milik Tuan Ceo | OG by syam1m1e
syam1m1e
  • WpView
    Reads 44,975
  • WpVote
    Votes 2,746
  • WpPart
    Parts 19
Karya ketiga by syamimie⏳️ Blurb: Sempurna? Jauh sekali. Dia membesar dengan serba kekurangan. Kekurangan yang pada awalnya hanyalah sekadar perkara biasa pada seorang Mirea Sofea. Namun, kekurangan yang ada pada dirinya mula menjadi bahan hinaan orang sekeliling. Sehinggakan dia berfikir bahawa dia adalah orang yang paling malang di dunia ini. Hari-harinya berjalan seperti biasa, memekakkan telinga tatkala dirinya menjadi umpatan orang. Padanya, dia mampu harungi semua ujian ini, sehinggalah satu malam yang mengubah segalanya. Zayn Evryn. Sempurna? Ya, cukup sempurna. Satu kejadian yang membawa pertemuan mereka berdua itu membuatkan dua jiwa meronta dalam tak rela. "Eh kau tak payah nak berlakon lah depan aku! Kau yang rancang semua benda ni kan?! Kau goda aku semalam sebab kau nak bolot semua harta aku kan?!" -Zayn Evryn "Encik merepek apa ni?! Saya tak kenal pun siapa Encik!! Kenapa Encik fitnah saya macam ni!!" -Mirea Sofea Setelah malam itu, masing-masing memilih untuk meneruskan hidup seperti biasa. Namun, munculnya kembali Zayn disisi Mirea membuatkan Mirea semakin gila. Bukan gila kerana lelaki itu berbuat jahat padanya, namun gila kerana perubahan mendadak lelaki itu. "Love me, Mirea Sofea..." -Zayn Evryn Bagaikan terhenti dunianya. Kelu lidah Mirea dengan pengakuan berani mati lelaki itu. Cinta? Mirea tidak kenal apa itu cinta. Dirinya yang serba kekurangan itu, layakkah dia untuk dicintai? Dan Zayn Evryn? Mengapa dia tiba-tiba sahaja meluahkan rasa cinta? Adakah ada sesuatu di sebalik perkenalan mereka itu sehinggakan Zayn sanggup mengejar cinta Mirea sebegitu rupa? Dan apakah rahsia yang tersembunyi di sebalik semua ini sebenarnya? Start: 1/1/2026 End:
RAJA KADEEN by byhaneenreem
byhaneenreem
  • WpView
    Reads 3,331
  • WpVote
    Votes 39
  • WpPart
    Parts 2
Bukan semua orang yang pergi benar-benar ingin meninggalkan. Ada yang pergi kerana terluka. Ada yang pergi kerana terlalu lama bertahan. Dan ada yang pergi hanya untuk mencari tempat yang boleh dipanggil rumah. Begitulah kisah mereka. Seorang perempuan yang melarikan diri daripada kehidupan yang tidak pernah memilihnya. Seorang lelaki yang memilih kesederhanaan walaupun dunia tidak pernah memahami pilihannya. Dua dunia yang berbeza. Langit dan bumi. "Aku ni cuma seorang nelayan. Aku tak sesuai untuk kau." - Raja Eiman Kadeen Katanya dengan yakin bahawa jurang antara mereka terlalu jauh untuk dirapatkan. Namun perempuan itu hanya tersenyum. "Kalau Tuhan dah takdirkan kita bertemu, mungkin ada hikmah disebaliknya." Mereka tidak tahu bahawa pertemuan kecil itu akan membawa mereka kepada sebuah perjalanan panjang yang penuh dengan cinta, kehilangan, dan pengorbanan. Kerana cinta bukan hanya tentang memilih seseorang ketika semuanya mudah. Tetapi tentang sentiasa setia, walaupun dunia memberi seribu alasan untuk pergi.
DELETE by tyasylvie
tyasylvie
  • WpView
    Reads 129,481
  • WpVote
    Votes 25
  • WpPart
    Parts 2
delete sebab saya tak suka. muehehehe..