ON GOING
20 stories
NOT YOU by cherriettey
cherriettey
  • WpView
    Reads 70
  • WpVote
    Votes 21
  • WpPart
    Parts 5
Ratna Ammara tidak pernah diajar cara menerima perkataan "tidak". Dilahirkan dalam keluarga berada, dimanjakan sejak kecil dan terbiasa mendapatkan apa sahaja yang diingininya, Ratna percaya hanya ada satu perkara yang perlu dilakukan apabila dia mahukan sesuatudapatkannya. Termasuk seorang lelaki. Namun apabila lelaki yang diingininya sukar didekati, Ratna menemui jalan lain. Elhan Zayne, sahabat baik lelaki tersebut. Tanpa Elhan ketahui, setiap usaha Ratna mendekatinya mempunyai satu tujuan. Dia hanya mahu menggunakan Elhan untuk semakin dekat dengan lelaki yang disukainya. Semuanya berjalan mengikut rancangan sehingga Ratna mula keliru dengan hatinya sendiri. Kerana semakin dia mengejar lelaki yang dia mahukan, semakin dia jatuh hati kepada lelaki yang tidak pernah dia mahukan. Elhan Zayne was never the plan.
Obsession : Tengku Haider Mikael by amees_
amees_
  • WpView
    Reads 903
  • WpVote
    Votes 56
  • WpPart
    Parts 19
💃🏻 TENGKU HAIDER MIKAEL | NUR ARIANA Ariana, seorang penari kontemporari yang sedang meningkat naik, menerima tawaran bekerja dengan sebuah syarikat produksi seni yang terkenal. Di sana, dia berjumpa dengan Mikael-Personal Assistant (PA) kepada Pengarah Projek. Mikael kelihatan sempurna: penyayang, memahami, sentiasa ada bila dia perlukan bantuan. Ariana tak tahu... Mikael bukan orang asing. Dia pernah menjadi "secret admirer" Ariana sejak zaman sekolah menengah - malah lebih gelap dari itu, dia sebenarnya obses. Dia simpan gambar, rakam video, dan mengikuti setiap gerak Ariana selama bertahun-tahun tanpa diketahui sesiapa. Ariana mula jatuh hati pada Mikael. Dan Mikael akan buat apa saja untuk pastikan Ariana jadi miliknya. 🚫 read at your own risk !!
WANITA TUAN GHAZRIL by qashard
qashard
  • WpView
    Reads 324,620
  • WpVote
    Votes 14,063
  • WpPart
    Parts 50
Tuan Ghazril Mikail, si duda terlajak usia yang selalu berwajah masam. Gelaran hot and spicy diusia 39 tahun itu adalah yang tepat untuk Ghazril. Pendek kata, dia adalah lelaki yang sempurna di mata wanita. "Dah 7 tahun kamu menduda, Ghaz. Fikir-fikirkanlah mana yang terbaik." ―PUAN SRI MAISARAH "Pintu hati ni dah tutup serapat-rapatnya. Takkan ada sesiapa yang boleh isi tempat Suri." ―GHAZRIL MIKAIL Dinginnya Ghazril berbicara tentang membina mahligai baru membuatkan Puan Sri Maisarah buntu untuk memujuk anaknya lagi kerana dalam diam, Ghazril tetap setia menjadi perindu pada arwah isterinya, Suri Sophea. "Oh, my gucci! Sejak bila dunia ni ada uncle yang segak dan kacak macam ni!" ―SEROJA MIKAYLA Cinta tak mengenal usia, kalau tidak takkanlah seorang gadis yang bernama Seroja Mikayla begitu berani menyatakan hasratnya tulus mencintai lelaki seperti Ghazril Mikail. "Apa yang susah sangat awak nak terima hakikat ni? Saya ni duda anak satu, umur pun dah terlajak!" ―GHAZRIL MIKAIL Namun Ghazril tegas menolak, bahkan perbezaan jarak usia mereka hampir 18 tahun itu membuatkan dia menolak mentah-mentah cinta dari gadis itu. Bagi Ghazril, perempuan itu terlalu kebudak-budakkan dan terlalu mencabar kesabarannya! "Tapi Seroja betul-betul dah cintakan, uncle! Takkan semudah itu Seroja nak mengalah? Cuba uncle bagi ruang pada Seroja untuk buktikan. Manalah tahu kita ada jodoh?" ―SEROJA MIKAYLA Kata orang cinta boleh dipupuk, tak mustahil dengan izin Tuhan cinta itu akan hadir tanpa dipinta. Dan sekelip mata cinta itu juga telah merubah sekeping hati seorang Ghazril Mikail. "Saya dan awak mampu bahagia, Allah yang buka pintu hati saya dan Allah juga yang hidupkan rasa cinta itu dalam hati saya." ―GHAZRIL MIKAIL Perkahwinan yang disangka membawa bahagia cumalah sekadar pinjaman, kebenaran yang terbongkar melukakan hati Seroja. Siapakah Ghazril sebenarnya? Semudah apa rintangan hidup mereka?
PURE LOVE  by tihatti
tihatti
  • WpView
    Reads 1,843
  • WpVote
    Votes 301
  • WpPart
    Parts 2
Sakit. Pedih. Hati miliknya terluka tidak mampu diubati apabila melihat insan yang dia sayangi dinikahi oleh lelaki lain. Lebih tragis, lelaki itu adalah abang kandung dia sendiri. Mahligai yang kedua insan itu bina di atas tangisan miliknya. Siapa kata laki-laki tidak boleh menangis? Lelaki juga mampu memuntahkan mutiara jernih dan lelaki malang itu adalah Taruna Andika. Malang apabila cinta matinya telah dirampas oleh saudara sedarah sedaging sendiri. Hilang siuman. Tidak mampu menahan rasa yang bernanah di hati, Taruna Andika bertekad untuk memulakan kehidupan baharu, dirinya dibawa melangkah jauh ke negara orang. Sangka dirinya, tempat baharu akan merawat luka di hati, mampu sembuhkan dirinya namun lain pula yang jadi. Di negara timur tengah, jauh beribu batu dari cinta lama Taruna bertemu dengan cinta yang baru. Wanita gila yang sewel dan langsung tidak tahu malu. Hari pertama mereka bertemu wanita itu sudah buatkan dirinya meringkuk dalam penjara seharian. Alasan? " Hello polis, lelaki ini cuba culik budak perempuan itu. I ada bukti, I ada ambil gambar tadi. Ewwww harap muka aje handsome tapi spesis pedofilia. Ishhh Ishhh neraka tu panas tahu tak? Apa lah nak jadi dengan spesies kaum lelaki macam ini." Fitnah! Semuanya tipu belaka! " Kau tarik balik report kau!" - Taruna Andika " Then buatkan spesis macam U membiak? Hell nah!" - Cinta Syafiyyah Qaisarah " I tahu kenapa U gagal dengan cinta lama U" - Cinta Syafiyyah Qaisarah " Kenapa?" - Taruna Andika " Sebab jodoh U dengan I hikhokhikhokhikhok" - Cinta Syafiyyah Qaisarah Taruna rasakan hati miliknya sudah mati namun... Arghhh persetankan akan segalanya. Cinta Syafiyyah ini terlalu berbahaya. Bahaya buat hati laki-laki miliknya!
Another life between us by syakilanajwa12
syakilanajwa12
  • WpView
    Reads 88,079
  • WpVote
    Votes 23,252
  • WpPart
    Parts 39
Syela sudah terbiasa bersahabat dengan kecemasan yang tiap kali anxiety disordernya kambuh. Sejak Ayahnya meninggalkan dirinya Baginya sulit untuk percaya dengan makhluk pria, dunia terasa begitu asing. Sampai akhirnya, hidup masuk ke dalam lingkaran rumit yang melibatkan dua pria dari darah yang sama sepasang abang dan adik. Namun memegang dua peran yang berbeda total di hidupnya, mereka berdua gak pernah tahu kalau mereka sedang mencintai perempuan yang sama.
Loving A Psychopath (OG)  by elviraeth
elviraeth
  • WpView
    Reads 160
  • WpVote
    Votes 68
  • WpPart
    Parts 25
[KARYA KETIGA] Dari zaman persekolahan hingga ke alam universiti, hanya satu nama yang dipuja Aleeya Marissa iaitu Zafran Mikail. Berkali-kali ditolak mentah-mentah, maruah dicampak ke tepi, namun hatinya tetap degil menagih cinta yang mustahil untuknya. Hinggalah pada suatu hari, Zafran sendiri yang datang menghulurkan ikatan perkahwinan. ​Aleeya sanggup berbuat apa sahaja, asalkan lelaki itu sah menjadi miliknya. Dia melangkah masuk ke dalam mahligai itu dengan rela hati, menyangka penantian bertahun-tahun akhirnya bernoktah indah. ​Namun, Aleeya tidak pernah tahu siapa sebenarnya lelaki yang kini bergelar suaminya. Bagi Zafran, cinta itu tidak wujud. ​Bagi Zafran, perkahwinan ini hanyalah satu urus niaga yang akan menguntungkan dirinya. Dan Aleeya bukanlah bidadari yang ingin disayangi, tetapi sekadar wadah untuk melahirkan pewarisnya. ​Perempuan itu hanyalah jasad bernyawa yang hanya bernilai selagi rahimnya mampu meneruskan legasi keturunan Zafran. Tiada belaian kasih, tiada rasa simpati, yang ada hanyalah kedinginan yang meragut kewarasan. Mampukah Aleeya terus bertahan demi obsesi lamanya, atau dia bakal hancur di tangan lelaki yang paling dicintainya? "Inspired By Tale of Layla and Majnun" NOTE : UPDATE SETIAP HARI START : 13/9/2026 END :
Tengku Arash: His Perfect Love [ON GOING] by themoonlights_
themoonlights_
  • WpView
    Reads 3,297
  • WpVote
    Votes 192
  • WpPart
    Parts 27
2nd under His Love series [Tengku Arash Han X Zahira Aulia ] ❗Peringatan ❗ - kata kata kesat akan ditemukan - typo akan ditemukan - Dilarang meniru apa apa yang ada dalam karya ini tanpa izin saya - Jika ingin membaca pastikan anda tidak terpengaruh dengan mana mana adegan ganas atau kata kata kesat yang ada dalam karya ini - KEBIJAKAN PEMBACA AMATLAH DIHARAPKAN happy reading
His destined love by adamia_02
adamia_02
  • WpView
    Reads 724
  • WpVote
    Votes 378
  • WpPart
    Parts 24
Tengku Hayden Zariel dan Huwaina Zaviera membesar dalam dunia yang sama - sekolah yang sama, kenangan yang sama, dan rahsia yang hanya mereka berdua tahu. Sejak hari pertama Huwaina menjejakkan kaki ke Akademia Española de Victoria, sudah menjadi "tanggungjawab tidak rasmi" bagi seorang Tengku Hayden Zariel untuk sentiasa berada di sisi gadis itu. Ke mana sahaja Huwaina pergi, Hayden ada. Apa sahaja masalah yang datang, Hayden yang berdiri di hadapan. Tengku Hayden Zariel sentiasa menjadi pelindung . perisai yang tak pernah retak, walau apa pun yang cuba menyentuh Huwaina. Di mata orang lain, mereka mungkin cuma sahabat baik. Pasangan kawan yang terlalu rapat. Namun tiada siapa yang tahu, sejak pertama kali mata Tengku Hayden bertentang dengan Huwaina, satu perasaan telah wujud tanpa dipinta. Perasaan yang dia simpan kemas, hanya diketahui oleh seorang sahaja ,Tengku Damien, sahabat yang setia menyimpan rahsia hatinya. Bertahun-tahun mereka membesar bersama. Bertahun-tahun juga Hayden menyembunyikan apa yang sebenarnya dia rasa. Kerana baginya, lebih baik menjadi pelindung di sisi Huwaina daripada kehilangan dia kerana cinta yang mungkin tidak berbalas. But fate is never that simple. "He would sacrifice everything, just to keep her safe." Huwaina Zaviera has Tengku Hayden Zariel the man who would choose to stand in front of her. "Not a coincidence. Not a choice. Just destiny pulling them together." Jangan lupa vote and komen! DILARANG MEMPLAGIAT KARYA SAYA❗
Under His Shadow: Althafunnisa [SU] by Lyhanelle
Lyhanelle
  • WpView
    Reads 5,654
  • WpVote
    Votes 1,443
  • WpPart
    Parts 12
[My Second Story!♡] - SLOW UPDATE 「 𝓣𝔀𝓸 𝓡𝓲𝓿𝓪𝓵𝓼, 𝓞𝓷𝓮 𝓤𝓷𝓫𝓻𝓮𝓪𝓴𝓪𝓫𝓵𝓮 𝓕𝓪𝓽𝓮 」 " Kerana sebuah perlindungan yang agung tidak perlu ditunjukkan di depan mata. Cukup sekadar menjadi bayang-bayang yang menepis segala badai di dalam diam. " Aisya Althafunnisa menyangka sepuluh tahun sudah cukup untuk dia mengubur terus nama Zayden Arman daripada memorinya. Namun, kepulangan mengejut musuh tradisi zaman sekolahnya itu sebagai jiran sebelah rumah yang membuka sebuah kedai roti, mula meragut ketenangannya. Bagi Aisya, Zayden tetap lelaki sinis yang menjengkelkan. Namun, di sebalik usikan yang menyakitkan hati, ada rahsia besar yang gagal dihidu oleh akal logik Aisya. Kehadiran Zayden bukan satu kebetulan. Setiap langkah lelaki itu sebenarnya menjadi benteng halimunan yang sedang menepis ancaman bahaya daripada menyentuh hidup Aisya. Demi memastikan Aisya terus hidup aman tanpa ketakutan, sebuah penipuan besar terpaksa dicipta. Kerana mereka tahu, sekiranya kebenaran yang pahit itu terbongkar, ia hanya akan menjadi racun yang memusnahkan segalanya. Ini adalah kisah tentang pengorbanan jiwa-jiwa yang rela berjalan di dalam gelap demi memastikan Aisya kekal bernafas di dalam cahaya. Namun, di antara benci yang membara dan rahsia hitam yang tersimpan rapat, sejauh mana Aisya mampu bertahan apabila dia sedar seluruh dunianya kini sedang dikepung oleh 'bayang-bayang' lelaki bernama Zayden Arman? • Menafikan kebenaran demi sebuah perlindungan hanya akan menunda luka. Sampai waktunya, kenyataan yang pahit tetap harus dilepaskan demi sebuah keadilan. • Start: 24/2/26 End: ???
Permission to Fall, Prof! by cherryjryuna
cherryjryuna
  • WpView
    Reads 396,451
  • WpVote
    Votes 22,731
  • WpPart
    Parts 48
📌 Slow Update! Mina Alaya hanya ingin menamatkan pengajiannya dengan tenang. PhD yang sedang diusahakan hampir ke penghujung dan dia bertekad untuk melalui semester terakhir itu tanpa sebarang gangguan. Bagi Alaya, dunia akademik sudah cukup menuntut seluruh perhatian dan tenaganya. Namun, segalanya berubah apabila penyelianya bersara secara tiba-tiba. Dalam keadaan terdesak, tanggungjawab itu diambil alih oleh seorang profesor baharu, Prof. Dr. Luth Mirza. Seorang lelaki yang tenang, berwibawa dan sukar dibaca. Pertemuan mereka pada awalnya sekadar urusan akademik antara pelajar dan profesor. Tetapi keadaan menjadi semakin rumit apabila Alaya menyedari lelaki itu juga merupakan jirannya sendiri. Pertemuan yang tidak dirancang mula berlaku lebih kerap dan perbualan yang sederhana perlahan-lahan membuka ruang kepada sesuatu yang tidak pernah Alaya jangkakan. Di saat Alaya cuba menjaga batas dan prinsipnya, kehadiran Mirza sedikit demi sedikit mengganggu ketenangan yang selama ini dipertahankan. Apabila hati mula berbicara, Alaya terpaksa berdepan satu persoalan yang tidak pernah terlintas dalam fikiran. Adakah dia mampu mengejar impiannya tanpa kehilangan hati yang tidak sepatutnya dimiliki?