bbybrowniesz_
Rose Adreana Rania kini sudah berusia 20 tahun. Gadis yang dahulu hanya bayi kecil dalam pelukan ibunya telah membesar menjadi seorang wanita yang lembut, ceria dan sentiasa meletakkan kebahagiaan orang lain melebihi dirinya sendiri.
Dia tidak pernah menyangka bahawa hidupnya akan kembali bersilang dengan Darren Neilzan.Lelaki yang pernah melihatnya ketika dia baru berusia sebulan.Lelaki yang kini berusia 32 tahun.Seorang lelaki yang sukar dibaca.Seorang lelaki yang menyimpan terlalu banyak luka dan rahsia.
Bagi orang lain, Darren ialah individu yang disegani. Tegas, dingin dan sukar didekati. Tiada siapa berani mempersoalkan keputusannya.
Namun di sebalik ketenangan itu, tersembunyi sisi yang tidak diketahui,Sisi gelapnya...
Sisi yang mampu melakukan apa sahaja demi mempertahankan perkara yang dianggap miliknya.
Namun takdir mempunyai rancangan yang lain.Kerana ada sesetengah pertemuan yang hanya berlaku sekali Dan ada sesetengah pertemuan...
Yang mengubah seluruh kehidupan seseorang.Persoalannya,
adakah Rose mampu menerima Darren yang semakin hari semakin sukar melepaskannya?
Atau adakah Darren akan kehilangan satu-satunya insan yang berjaya memasuki dunia gelap yang dibinanya selama bertahun-tahun?
Kehilangan adalah perkara yang paling ditakuti oleh Darren Neilzan,perlahan ia hanya berubah menjadi sesuatu yang lebih gelap.
Dan dalam dunia di mana cinta dan sakit tidak lagi dapat dibezakan, Rose perlu membuat pilihan: lari dari Darren... atau terperangkap dalam "cinta toksik" yang akan menghancurkan dirinya.
start:17.5.2026
End: