My Fictional Man
11 stories
Penakluk Sang Cahaya Rindu [C] by CapitalR94
CapitalR94
  • WpView
    Reads 108,129
  • WpVote
    Votes 5,390
  • WpPart
    Parts 54
Dia tidaklah jahat tetapi di dalam dunia dia, dia 'penjahat' sebenar. Tiada yang bisa menandingi ritma kehidupan dia dan tiada siapa tahu susuk tubuh itu wujud memerhati dalam samar. Tiada siapa yang mampu melihat senyumannya namun hanya 'dia' seorang sahaja yang mampu membuatnya senyum seperti manusia hilang akal. "Naa, kahwin dengan aku jom." - Syafiq Hakimi "Tak nak, kau baran gila pulak tu." - Naira Hanina Prequel - Yang Tertulis Dilangit Start Writing : December 2024 Start Publish : 2 March 2025 End Publish : 17 April 2025
LIMA : The Fife Hero by zojosei
zojosei
  • WpView
    Reads 10,220
  • WpVote
    Votes 747
  • WpPart
    Parts 57
🔥 "Mereka bukan yang paling kuat, tapi yang paling sanggup mati untuk kawan sebelah." Dipimpin oleh Kapten Ahmad Tuah Hamzaah, lima sosok luar biasa dengan latar belakang berbeza - SHOGI, QUEEN, ROOK, KNIGHT dan BISHOP - digabungkan di bawah satu fireteam baharu untuk mengetuai tugasan penyusupan dan sabotaj. LIMA: The Fife Hero adalah kisah kepercayaan, pengorbanan, persaudaraan dan cinta yang diuji dalam medan paling gelap. Bila dunia mula retak... siapa sanggup berdiri untuk orang lain? ***Naskah ini merupakan wajah baru dan diolah sepenuhnya jalan cerita daripada yang asal disebabkan ralat teknikal dari penulis sendiri. Bagi versi kali ini, penulis cuba mengaitkan sebanyak mungkin fakta tetapi latar tempat dan masa adalah rekaan (fiction). Tapi yang pasti, versi terbaru ini akan lebih menarik dan memberi impak! Selamat membaca***
The Greatest Marriage Secret #1 | TERBIT by queenz_isya
queenz_isya
  • WpView
    Reads 1,947,163
  • WpVote
    Votes 14,114
  • WpPart
    Parts 13
The Greatest #1 Tengku Zachary Ares x Tengku Irina Dalisha Perkahwinan mereka dipenuhi dengan rahsia-rahsia yang mereka sembunyikan antara satu sama lain. Mereka tidak berkahwin kerana cinta, tetapi kerana perniagaan. Ia adalah sebuah perkahwinan yang lahir atas tanggungjawab, bukan perasaan. Malah, mereka saling membenci. Namun, mereka dilahirkan untuk saling melengkapi-dua individu yang kuat dan setaraf di mata umum. Bersama, mereka mempamerkan imej kekuatan, autoriti, dan kejayaan, tetapi di sebalik itu, tidak ada cinta, hanya keseimbangan kuasa yang rapuh. Tengku Zachary Ares tidak tahu, atau mungkin tidak peduli, tentang urusan peribadi isterinya. Kehidupan Tengku Irina Dalisha sentiasa berada dalam bahaya, terikat dengan kesilapan lampau keluarganya dan perjanjian yang sudah lama dilupakan, yang tidak pernah didedahkan sepenuhnya. Apa yang tidak disedari oleh Zachary adalah bahawa tanggungjawab untuk memastikan keselamatan Irina kini terletak di bahunya. Dia bertanggungjawab untuk melindunginya, bukan kerana tanggungjawab semata, tetapi kerana kedudukannya dalam hidup Irina-berkahwin atas kontrak-telah menjadikannya pelindungnya. Taruhannya lebih tinggi daripada yang dia pernah bayangkan, dan bahaya yang mengancam Irina adalah sesuatu yang tidak dapat dia abaikan lagi. Start:10th December 2016 End:20th October 2017 Revamp: 9th January 2025 End Revamp: 12th February 2025 TW: STRONG LANGUAGE/MATURED READ AT YOUR OWN RISK ⓒQ-NATIONZ ALL RIGHTS RESERVED
The Greatest Love #3 by queenz_isya
queenz_isya
  • WpView
    Reads 1,048,473
  • WpVote
    Votes 67,825
  • WpPart
    Parts 74
The Greatest #3 TGMS 2 Tengku Zachary Ares x Tengku Irina Dalisha Zachary dan Irina-dua jiwa yang sama, terpantul dalam satu cerminan. Mereka berkongsi personaliti yang dominan, ego yang tinggi, dan hati yang dingin. Sejak dahulu, mereka terbiasa hidup tanpa emosi, menjadikan hubungan mereka sekadar perjanjian tanpa rasa. Namun, selepas perpisahan itu, Irina kembali ke London, tempat di mana hatinya benar-benar berada. Dia memutuskan segala ikatan yang masih bersisa di Malaysia, meninggalkan masa lalu tanpa menoleh ke belakang. Zachary dan Irina kembali menjalani kehidupan masing-masing, tetapi kali ini sebagai individu yang berdiri sendiri. Tiada lagi ikatan yang menyatukan mereka seperti dahulu, tiada lagi perkahwinan yang bertahan atas dasar kontrak. Dua tahun yang pernah mereka habiskan bersama kini hanya tinggal kenangan yang membeku dalam sejarah. Namun, sejauh mana mereka mampu mengabaikan bayangan satu sama lain? Adakah perpisahan benar-benar menandakan sebuah pengakhiran, atau mungkinkah takdir masih mempunyai rancangan lain untuk mereka? Start: 26/3/2025 End: 23/4/2025 TW: STRONG F... LANGUAGE/MATURED READ AT YOUR OWN RISK
Menunggu Tanpa Suara [C] by CapitalR94
CapitalR94
  • WpView
    Reads 46,188
  • WpVote
    Votes 4,121
  • WpPart
    Parts 92
Bagi Izz Elqar, hidupnya adalah tentang pengorbanan. Sejak kecil, dia lebih mengutamakan adik-adiknya dari dirinya sendiri. Walaupun ibu bapanya sering menasihatkan tentang sikapnya itu namun tiada siapa boleh mengoyahkan pendirian Izz Elqar itu. Elqar membesar dengan melihat satu figura sebagai idola iaitu bapanya sendiri. Apabila impian menyarung beret biru PASKAU seperti bapanya menjadi realiti, Elqar berfikir hidupnya sudah lengkap. Namun, dia silap. Hatinya masih lagi terpahat dengan satu nama yang dia kenali sejak kecil lagi iaitu Puteri Maissa. Maissa bukan lagi gadis kecil yang memandangnya dengan penuh kekaguman. Bagi Maissa, Elqar hanyalah masa lampau yang perlu dipadam. Cinta Elqar dianggap tidak berasa kerana mereka masih lagi remaja ketika itu. Walaupun ditolak, Elqar tetap di situ. Dia tidak merayu, namun dia juga tidak pernah berganjak. Walaupun Maissa sudah bertemu lelaki pilihannya sendiri. Dia menunggu tanpa suara sehingga hatinya boleh melupakan gadis itu, walaupun dia tahu dia akan gagal. Sehinggalah satu tragedi hitam meragut segalanya. Saat semuanya dipertaruhkan, adakah kesetiaan Elqar akan membuahkan hasil? Atau adakah tragedi itu sebenarnya satu isyarat bahawa sudah tiba masanya Elqar berhenti menunggu dan membiarkan cintanya hilang di telan awan? "Maaf Elqar. Mai tak pernah ada hati pun dekat Elqar. Mai anggap Elqar kawan sahaja sebab kita dah kenal dari kecil." - Puteri Maissa "Tak apa Elqar faham. Elqar tak paksa Maissa, cuma tak nak diri sendiri berharap." - Izz Elqar. Published : 6 February 2026
Permaisuri Tanpa Takhta [C] by CapitalR94
CapitalR94
  • WpView
    Reads 127,705
  • WpVote
    Votes 4,609
  • WpPart
    Parts 51
Raziq Hayyan merupakan sebab yang paling kuat untuk dia terus hidup. Disaat dia hampir terkorban ditangan musuh, nalurinya sedar apa yang terjadi sekalipun dia harus tetap hidup demi anaknya. Namun dia sedar anaknya perlukan seorang ibu untuk menyayanginya selayaknya seperti anak-anak yang lain. Ayana Zahra binti Zahrim merupakan kisahnya dimasa lalu, meskipun hatinya berat ingin melepaskannya namun tidak adil bagi dirinya untuk terus bersedih. Jika dirinya itu masih ada lagi ruang untuk bahagia, maka kisah barunya akan diterima dengan hati yang terbuka. Rumah itu seharusnya nyaman, namun ianya berantakkan buat Haness Ryana Binti Hamzah. Kehilangan ibu kandung di umur 21 tahun mengubah segalanya. Meskipun adik-beradiknya sentiasa ada disisi namun tidak sama apabila sang ibu sudah tiada didunia ini. Kelibat ayah pula sentiasa dirindui namun sang ayah terlalu sibuk dengan urusannya. Munculnya neraka dunia untuknya apabila si ayah mengambil keputusan untuk berkahwin semula 5 tahun selepas pemergian isterinya itu. Tidak cukup dengan kehadiran ibu tiri, dia pula dikahwinkan dengan seorang lelaki yang merupakan anak kepada kenalan ayahnya itu. "Saya janda, Encik Raziq. Kita tak sepadan." "Siapa kata kita tak sepadan? Aku duda anak satu, Cik Ryana." Start : 1 Jan 2025 End : 21 February 2025
Yang Tertulis Dilangit [C] by CapitalR94
CapitalR94
  • WpView
    Reads 88,966
  • WpVote
    Votes 3,269
  • WpPart
    Parts 48
Hanya ceritera seorang lelaki yang kehilangan isteri tercinta tatkala dirinya sedang berjuang demi negara untuk terus hidup dan pulang kepangkuan isterinya namun tidak kesampaian. Disebabkan tragedi berdarah itu, hidup ini bagi lelaki itu sangat suram dan menyedihkan. " Aku tak kisah kalau mati dekat sini sekalipun, boleh la aku jumpa isteri aku dkt 'sana' nanti. Baik korang tinggalkan je aku dekat sini. Selamat kan diri kau." - Mejar Raziq Haidar " Kau jangan bercakap macam orang tak ada agama ya. Jangan sampai aku yang bunuh kau dekat sini. Aku dah janji dengan anak kau nak bawak kau balik dengan selamat bukan dalam keranda." - Mejar Arif Fakri " Korang yakin kita boleh hidup ke? aku rasa nak putus nyawa dah ni." - Mejar Ian Iskandar
The Last Sky [C] by EyaHanns
EyaHanns
  • WpView
    Reads 116,926
  • WpVote
    Votes 4,934
  • WpPart
    Parts 36
BLURB Kesibukan, salah faham, dan luka lama yang tak pernah dijernihkan menimbulkan jarak di antara mereka semakin nyata. Irene semakin menjauh, terluka dengan saat-saat Zayn tiada di sisinya. "I lost it. Alone. While you were thousands of feet in the sky." - Irene Melina. Zayn cuba meraih hati isterinya tanpa lelah, berusaha menembusi dinding ego yang dibina Irene. Setiap kata yang terucap, setiap langkah yang diambil, adalah usaha untuk menyembuhkan luka lama dan mengikat kembali janji yang hampir terlupa. "Pandang muka I dan cakap semuanya. Look me in the eye and tell me you don't need me anymore." - Zayn Arshad. "I boleh hidup tanpa you, Zayn Arshad." - Irene Melina. Dunia mereka seketika terhenti. Tapi di sebalik kata-kata ego dan perasaan yang bertentangan, satu perkara tetap jelas. Cinta sejati tidak pernah mudah, tetapi ia tetap berusaha. Apakah cinta mereka mampu bertahan dalam diam, ego, dan luka yang belum sembuh? Atau masa dan takdir akan memisahkan mereka? The Last Sky ialah sebuah kisah cinta kontemporari yang meruntun perasaan. Tentang ego, jarak, pengorbanan, dan peluang kedua yang mungkin... tak akan datang lagi.
Purrfect Match (Kita Yang Disusun Semesta) by DeianDyan
DeianDyan
  • WpView
    Reads 1,948,169
  • WpVote
    Votes 289
  • WpPart
    Parts 12
Padanan sempurna itu, sifatnya terpisah sebelum dicantum menjadi satu. Dua bulan usia pernikahan, mereka berpisah haluan. Sehinggalah takdir pertemukan setelah empat tahun berjauhan. Flora inginkan jawapan. Hanan pula membina alasan. Lantas, ikatan mereka dijadikan taruhan. "Let's start over. Bukan sebagai jiran, bukan sebagai sahabat. This time, as husband and wife." - Dzulhanan Daneeyal "Ini satu-satunya peluang yang aku akan beri pada kau, Hanan. You better fix all the broken pieces." - Flora Humairah Lalu saat kepingan-kepingan itu dikutip dengan hamparan mengapa ia berkecai sedari awal, mampukah alasan itu diterima sang akal? *** Cetus Amaran: Trigger Warning // TW: ⚠ Non-Consensual Act ⚠ Drugs
𝐒𝐞𝐭𝐞𝐠𝐮𝐡 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐊𝐢𝐭𝐚 by AidaisySty
AidaisySty
  • WpView
    Reads 85,695
  • WpVote
    Votes 4,839
  • WpPart
    Parts 92
[SIRI KEEMPAT 4 BERADIK] Complete on 15 September 2025 Hazir Azfar. Seorang bekas tentera upahan. Dia menjalani kehidupan biasa sebagai seorang mekanik di sebuah bengkel kereta. Takdir membawa seorang gadis masuk ke dalam hidupnya. Aaryana Haura. Seorang yang manja dan periang. Pertama kali melihat Hazir, hatinya terpaut meski wajah dan pandangan lelaki itu sentiasa dingin. Pertemuan mereka membawa kepada beberapa pertemuan yang seterusnya kerana Aaryana sudah mula sukakan si abang pomen itu. Dengan berani, dia melafazkan tentang perasaannya kepada lelaki itu namun dia ditolak. Patah hati dengan penolakan tersebut, dia membawa diri ke luar negara. Namun satu peristiwa hitam telah merubah hidupnya. Bagaimana cerita mereka akan berjalan?