luna-husna's Reading List
4 stories
𝗔𝗗𝗥𝗜𝗔𝗡 𝗜𝗦𝗞𝗔𝗡𝗗𝗔𝗥 : 𝗠𝗬 𝗟𝗜𝗚𝗛𝗧 𝗜𝗡 𝗧𝗛𝗘 𝗔𝗟𝗢𝗡 | 𝗢𝗚 by itshhnny
itshhnny
  • WpView
    Reads 5,950
  • WpVote
    Votes 905
  • WpPart
    Parts 6
Kematian ibunya bukanlah satu kemalangan yang tak disengajakan. Itu adalah permulaan satu rancangan keji yang merobek seluruh hidup Adrian Iskandar. Dia membesar sendirian dalam rumah yang sepatutnya menjadi tempat berlindung, namun hanya memberinya luka yang tidak pernah kering, dihina, didera, dan dipaksa berjuang melawan arus yang sentiasa cuba menenggelamkannya. Namun takdir tidak pernah silap memilih jalan. Pagi itu, pagi dimana takdir mengatakan untuk mereka bertemu. Perkenalan yang tidak tersengaja dan perkenalan tidak terduga bakal berlaku kini telah merubah hidup Adrian Iskandar dan Adreena Mikaila. "Saya cinta kan awak Adreena, sejak kali pertama kita berjumpa." - Adrian Iskandar Tanpa disangka ternyata Adreena Mikaila merupakan adik kepada sahabat karibnya iaitu Adreen Mikail. Sebuah perjalanan yang menghadapi banyak cabaran. "Saya.. tak pasti Adrian, saya perlukan masa untuk fikir." - Adreena Mikaila Mampukah cinta Adrian dibalas dengan kebahagiaan atau dibalas dengan kepahitan. Dan mampukah Adreena memberikan rasa ketenangan yang dicari oleh Adriaan selama ini?. Atau semuanya bakal terungkap?.
TAKDIR YANG BUKAN MILIK KITA by LilyNLilian
LilyNLilian
  • WpView
    Reads 39
  • WpVote
    Votes 4
  • WpPart
    Parts 3
"Kalau awak jenis tak kuat baca kisah yang buat dada sesak... jangan baca novel ni." Sebab dalam cerita ini... Tiada curang di awal cerita. Tiada pergaduhan besar. Tiada siapa sangka cinta yang begitu indah akan berakhir dengan orang ketiga. Hanan Emilia hanya mahu satu perkara... Iaitu hidup bersama Hafie Eiman. Tetapi semakin dia mempertahankan cinta itu, semakin dia sedar... Kadang-kadang, orang yang paling kita sayang bukanlah orang yang akan memilih kita sampai akhir. "Jangan jatuh cinta dengan Hafie Eiman... sebab saya sendiri tak pasti awak akan mampu memaafkan dia di penghujung cerita.
The Mafia by itsunordinary
itsunordinary
  • WpView
    Reads 230,068
  • WpVote
    Votes 5,679
  • WpPart
    Parts 34
+Once you're in.. there's no way out+ 3x3 Mafia ft bad girl Semua berlaku di Las Vegas... "Lepas lah bodoh!" "Haha.. jangan mimpi.." . . "Bapak korang bertiga ni.. terlibat dalam kes ni.. kalau kau tak nak mati.. kau diam!" Start - 30 May 2018 End - 18 december 2018 Highest ranking #1 - in mafia #2 - in badboy #4 - in action #5 - in action #6 - in action #7 - in action #8 - in action #9 - in action #13- in mafia #14 - in action
Mr. Mafia CEO | C by _VelvetAurora
_VelvetAurora
  • WpView
    Reads 127,878
  • WpVote
    Votes 2,320
  • WpPart
    Parts 43
Tengku Aqeef Nikael. CEO muda Royal Crest Realty, tokoh besar dalam industri hartanah dan pembinaan di Malaysia serta Singapura. Di mata dunia, dia seorang pemimpin berwibawa, berkarisma dan penuh pengaruh. Namun, hakikat yang tidak diketahui oleh sesiapa, termasuk keluarganya sendiri, dia menyimpan rahsia gelap. Di sebalik wajah CEO ternama itu, Tengku Aqeef Nikael adalah seorang gengster, lebih tepat lagi seorang mafia. Rahsia itu hanya dikongsi bersama dua sahabat rapatnya yang turut hidup dalam dunia yang sama. Perwatakan Tengku Aqeef Nikael jauh menyimpang daripada imej seorang pewaris korporat. Sikapnya dingin, berhati beku, dengan wajah bengis yang lebih sesuai dipadankan dengan dunia gelap yang dikuasainya, bukan kerusi empuk CEO. Berbeza pula dengan Fayqa Izzhany. Gadis periang yang tidak pernah lekang dengan senyuman, hidupnya sederhana namun penuh warna. Dia mengusahakan sebuah kafe bernama Lavendar Café bersama dua sahabat merangkap sepupunya. Dunia Fayqa Izzhany jauh dari kelam, penuh dengan aroma kopi, tawa dan kehangatan persahabatan. Pertemuan Tengku Aqeef Nikael dan Fayqa Izzhany seringkali menjadi bahan bualan. Mereka berdua ibarat langit dan bumi, terlalu berbeza, seolah mustahil untuk sehaluan. Namun tanpa diduga, perancangan dua keluarga besar, Tengku Azman dan Dato' Farid, mahu menyatukan mereka dalam ikatan perkahwinan. Apakah yang bakal terjadi bila lelaki berdarah dingin itu dipertemukan dengan gadis penuh cahaya? Mampukah cinta berputik antara mereka apabila terpaksa duduk sebumbung, atau rahsia gelap dunia mafia akan meranapkan segalanya? 13/09/2025 ~ 31/10/2025