Cikariana_
- Reads 15,427
- Votes 93
- Parts 2
Muhammad Danial Farhan membesar dalam sebuah keluarga yang dipenuhi rahsia gelap, dendam, dan kebencian. Sejak kecil, dia hidup tanpa belaian kasih seorang ayah, dihukum atas dosa yang bukan miliknya.
Namun di sebalik kehidupan yang penuh luka itu, hadir seorang gadis bernama Nur Arissa Sofea-satu-satunya insan yang melihat dirinya seseorang yang layak untuk dicintai.
Semuanya berubah, apabila takdir memaksa mereka untuk berpisah. Danial dihantar ke luar negara, membawa bersama satu janji.
"Wait for me, love. I promise... one day, I'll make you mine." - Muhammad Danial Farhan.
Bertahun-tahun kemudian, dia kembali. Kembalinya dia untuk menuntut haknya semula. Namun bukan itu sahaja, dia juga kembali dengan memegang gelaran sebagai seorang CEO muda yang berpengaruh, disegani dan memiliki segala-galanya.
Namun, kejayaan tidak pernah sesekali memadamkan rasa kehilangan yang telah lama menghuni hatinya. Cinta yang suatu ketika dahulu begitu suci kini bertukar menjadi obsesi yang sukar dikawal.
Baginya, Arissa bukan lagi sekadar wanita yang dicintai. Dia adalah miliknya. Dan dia tidak akan membiarkan sesiapa merampas Arissa daripadanya.
"You are mine, and you'll always be mine. Forever." - Muhammad Danial Farhan.
"Touch her, and you're dead." - Muhammad Danial Farhan.
Mampukah cinta menyembuhkan luka silam? Atau rasa untuk memiliki sepenuhnya akan berakhir dengan kehilangan lagi?
Amaran❗
⚠️ pembacaan matang
⚠️ terdapat unsur kekerasan