my_eguin
- Reads 281
- Votes 35
- Parts 35
⋆. 𐙚 ˚ Start: 26/5/2026
⋆. 𐙚 ˚ End : ?
⋆. ୨୧˚⋆ Kita punya perasaan, Tuhan punya peraturan⋆. ୨୧˚⋆
Aryan Mirza x Alisya Mikayla
Aryan Mirza, nama yang sering menjadi sebutan para guru. Seorang pelajar tingkatan 5 yang juga merupakan ketua pengawas di SMK Nurul Iman. Dia dikenali kerana ketampanan dan sikap tanggungjawabnya yang tinggi. Bukan itu sahaja, Aryan juga menjadi idola dalam kalangan pelajar perempuan di sekolahnya.
Alisya Mikayla pula seorang pengawas sekolah. Gadis tingkatan 2 itu memiliki rupa paras yang cantik, namun bersikap pemalu terutama dengan orang yang baru dikenalinya. Sikapnya yang agak pendiam membuatkan dia kelihatan sukar didekati.
Pertemuan pertama mereka bermula dengan satu kesilapan kecil.
"Terima kasih." ucap Alisya ringkas.
Sejak pertemuan itu, mereka sering terserempak,ketika bertugas sebagai pengawas atau dalam aktiviti unit beruniform.
"Mana ada, aku tak suka dia lah. Cuma... mungkin rasa kagum."
Perasaan yang hadir itu perlahan-lahan menyelinap masuk ke dalam hati Alisya, tanpa dipinta dan tanpa dia sendiri mengerti.
Apakah Aryan Mirza turut merasakan perasaan yang sama?
Atau hanya
Alisya Mikayla yang diam-diam menyimpan rasa?
Dan jika benar perasaan itu wujud... mampukah mereka menjaganya dalam batas yang sepatutnya?