Ynae67
Ketika berusia 10 tahun, Fatihah dimasukkan ke sebuah hospital di Kelantan selepas disyaki menghidap tibi dan terpaksa dikuarantin bersendirian di dalam sebuah wad kanak-kanak. Apa yang disangkanya hanyalah malam biasa bertukar menjadi pengalaman yang tidak mampu dilupakan. Tangisan bayi pada tengah malam, bekalan elektrik yang sering terputus, bunyi tingkap yang bergegar, dan kemunculan lembaga berambut panjang menjadikan setiap malam satu mimpi ngeri.
Adakah semua itu benar-benar berlaku... atau ada rahsia yang tersembunyi di sebalik wad tersebut?
**Diadaptasi daripada pengalaman sebenar penulis.**