lioo41's Reading List
2 stories
HUD 1 [C] by __syhadh
__syhadh
  • WpView
    Reads 14,561
  • WpVote
    Votes 1,463
  • WpPart
    Parts 47
﷽ Cover by: @PutraRize_ - SYUHADAH 7th BOOK MUHAMMAD HUD HAZWAN. Sememangnya tidak mudah hidup sebagai orang kurang upaya. Meskipun hanya sedikit kecacatan yang dialami, dugaan yang menerpa diri lebih berat. Redha. Satu kalimah yang mudah untuk disebut, tetapi sukar untuk dilaksanakan. Sakit. Tetapi dia yakin, bahawa Allah SWT akan memancarkan sinar kebahagiaan buatnya suatu hari nanti. Layanan kasih sayang daripada ibu bapa juga tidak dia rasai. Adik-beradik juga tidak mahu menerima kekurangannya. Hanya caci maki, penghinaan dan kebencian yang mengiringi hayatnya. "Ayah, Hud takut... sejuk." "Kau ada bilik, kan? Berambus pergi bilik kau sana!" Insan yang sepatutnya melindungi juga memberikannya layanan buruk. Apatah lagi ibu yang melahirkan. Hendak menangis juga tidak berguna. Dia sudah kekeringan air mata. Dia sudah lali dengan segala ujian yang menimpa diri. Di sekolah juga dia keseorangan. Hendak berkawan tiada yang sudi, tetapi ejekan pula yang dia terima setiap hari. "Hud cacat." "OKU! Cacat!" Sabar sajalah yang dia mampu buat masa itu. Remuk di kalbu sudah tidak dihiraukan lagi. "Esok mungkin lebih indah." Terimalah, HUD 1. - Sebahagian daripada cerita ini adalah berdasarkan kisah benar manakala sebahagian lagi cumalah rekaan penulis semata-mata. - Nama watak yang terdapat di dalam cerita ini tiada kena-mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. - Semoga kisah ini dapat dijadikan iktibar oleh semua pembaca. START: 20 DISEMBER 2024 END: 4 FEBRUARI 2025
HUD 2 [C] by __syhadh
__syhadh
  • WpView
    Reads 14,950
  • WpVote
    Votes 1,401
  • WpPart
    Parts 50
﷽ - SYUHADAH 9th BOOK Fikirnya, kehidupan akan sedikit berubah setelah bergelar pelajar asrama, rupanya semakin banyak dugaan melanda bak ribut di tengah samudera. Mujurlah ada insan-insan yang baik di sekeliling menjadi pemangkin semangatnya untuk bangkit. "Kalau dia orang buli Hud lagi, beritahu kami semua." Meskipun begitu, langit tak selalunya cerah dan hidup tak selalunya indah. Diuji dengan kehilangan membuatnya jatuh di dasar lautan kesedihan. "Kenapa... kenapa semua tinggalkan Hud?" Keadaan itu menyebabkan dia terpaksa menanggung sakit sendirian - seperti kebiasaannya. Semakin usia menginjak dewasa, semakin dia dipertemukan dengan pelbagai ujian. Namun, di sebalik ujian yang menimpa, hikmah itu pasti berada di penghujungnya. Setinggi mana pun gunung penderitaan, bahagia itu pasti akan muncul jua. "Saya kagum dengan awak. Dan awak antara punca saya berubah ke jalan ini." Hud Hazwan. Insan biasa yang tidak pernah mengenal erti putus asa walaupun kadangkala ia hadir. Insan yang hadapi segalanya dengan tabah. Insan yang dihina kerana kecacatan, namun dia tidak pernah menganggap kekurangan itu sebagai perencat kekuatannya. "Ayah menyesal, along. Ayah minta maaf." "Esok mungkin lebih indah." Terimalah, HUD 2. START: 4 FEBRUARI 2025 END: 23 MAC 2025