nami_miu
[ORIGINAL SERIES BY NAMI]
[SLOW UPDATE]
SINOPSIS
"Kalau awak diberi peluang untuk membalas dendam, sejauh mana awak sanggup pergi?"
Sejak kematian isterinya, hidupnya dipenuhi kesunyian dan persoalan yang tidak pernah terjawab.
Sehinggalah seorang wanita muncul.
Cantik. Tenang. Berbahaya.
Wanita itu menyimpan rahsia yang mampu memusnahkan hidupnya. Namun, semakin dia cuba menjauhkan diri, semakin kuat wanita itu mengikatnya dalam permainan yang tiada penghujung.
Mereka saling menyimpan rahsia.
Mereka saling mempermainkan kepercayaan.
Dan mereka sama-sama percaya bahawa merekalah pemain terakhir yang masih berdiri.
Namun dalam permainan ini, tiada siapa sedar...
Sejak langkah pertama lagi, seseorang sudah mengatur keseluruhan papan catur.
Dan apabila kebenaran akhirnya terbongkar, mereka hanya mampu menyedari satu perkara...
Ada cinta yang lahir daripada kebencian. Ada pula cinta yang sejak awal... dibina di atas sebuah pembunuhan.