♡romance stories
11 histórias
Forever Isn't What We Promised de moonlightlavh
moonlightlavh
  • WpView
    Leituras 974,136
  • WpVote
    Votos 65,808
  • WpPart
    Capítulos 95
[stand alone] Perkahwinan mereka tidak pernah lahir daripada cinta, sebaliknya tercipta daripada kepentingan dan satu kontrak yang menjadikan dua manusia sebagai alat rundingan antara keluarga dan empayar perniagaan. Hazran Qarizh dan Nadrra Kysha disatukan bukan kerana mereka saling memilih, tetapi kerana pilihan telah dirampas lebih awal daripada mereka berdua. Dua tahun. Bagi Nadrra, perkahwinan ini adalah penjara yang tidak pernah dia setujui. Bagi Hazran, ia adalah tanggungjawab yang dia tidak dapat elakkan. Namun dalam dunia yang mereka hidup, kehendak peribadi tidak pernah lebih penting daripada tanggungjawab yang diwariskan. "Don't expect love from this marriage." Namun perasaan tidak pernah tunduk kepada kontrak, dan emosi tidak pernah akur pada tarikh yang telah ditetapkan. "And when this ends... what happens to us?" "Nothing." Perkahwinan ini tidak dicipta untuk selamanya. Ia hanya wujud untuk dipenuhi, bukan untuk diperjuangkan. Kerana selamanya itu, tidak pernah dijanjikan. Hati yang tinggal dalam jasad diri juga bukan milik mutlak manusia, bahkan perasaan yang datang adalah pinjaman dari yang Maha Esa. Apa manusia tetap angkuh merangka takdir, menyangka dia tahu segalanya, sedangkan dia hanyalah sekadar hamba yang mengikut jalan cerita Tuhannya.
LOVE , XOXO ( IDOL SERIES 3) de sofea_sabre32
sofea_sabre32
  • WpView
    Leituras 454
  • WpVote
    Votos 130
  • WpPart
    Capítulos 24
" Tak ada sesiapa yang boleh rampas my Jay-B . Biarlah orang cakap apa-apa pun , Jay-B kena jadi milik I ." Itulah kata-kata yang sering tersemat dalam minda daripada seorang fangirl yang gila-gila . Sarah Jessica , bukan sahaja 'pick me fangirl' yang dikenali di Threads . Malah , seorang influencer yang sassy dengan pesonanya sendiri . " Di sana berkahwin , di sini pun berkahwin . Di situ pula on the way to the till Jannah . Aku pun nak kahwin jugak !" Lain pula dengan penangan seorang jejaka yang merupakan penyanyi dari kumpulan M-POP terkenal di Malaysia , En-Dynamic . Johan Ashaari , aka Jay-B masih dalam misi mencari jodohnya pada usianya yang menghampiri 30-an . Tak kiralah sesiapapun jodohnya , asalkan dia dapat menikmati hidup berumahtangga seperti kawan-kawan sekumpulannya . Sampai satu masa , pertemuan di fansign menjadi titik permulaan hubungan pasangan dua merpati. " Hi , Jay-B ! It's good to see you again . I'm your biggest fangirl start from the debut until now." - SARAH JESSICA ' Cantiknya si dia ni . Akhirnya , aku dah jumpa jodoh !' - JOHAN ASHAARI Namun semuanya , hanyalah indah khabar dari rupa Walaupan manis bak gula , tetaplah juga disajikan dengan kehidupan yang lebih chaotic. " Tak sayang I lah tu ! Itu yang tak jawab mesej I panjang berjela . Sampai hati you , babyboo!" - SARAH JESSICA " Jay-B , aku rasa baik kau jawab je call girlfriend kau yang gila itu . Kalau tidak makin menggila." - EJAZ FAKHRI " Matilanak..." - JOHAN ASHAARI Dia sudah memilih Sarah menjadi suri hatinya . Maka hadap sajalah FOMO yang dia mahukan. Asalkan kekal berbahagia . Right ? ( Cerita ini 100% cringe , mempunyai kekacipan dan tidak mempunyai unsur-unsur logik . Jangan terkejut sekiranya setiap bab mempunyai kekacipan yang tersendiri . Jika anda ingin mengikuti kisah mereka , sila bersiap sedia dengan diri anda . Hanya hiburan semata-mata , tetapi tetaplah ada batasnya. )
Jodohku,Classmate Ku?✅ de kimiafina
kimiafina
  • WpView
    Leituras 2,068,996
  • WpVote
    Votos 103,312
  • WpPart
    Capítulos 55
❌DILARANG SAMA SEKALI DARI MENIRU CERITA INI. ❗CERITA INI 100% DIKERAH OLEH OTAK SAYA. Akibat daripada sikap Rizq Haikal, Hanin Sofea terpaksa menjadi isteri Rizq di usia yang muda. Masing-masing masih bersekolah. Rizq Haikal seorang lelaki yang tidak diduga perangainya. Dia juga seorang badboy tetapi pelajar cemerlang di sekolah itu. Usah ditegur cikgu tentang perangai dia. Rekod setiap tahun tak pernah bersih. Kenapa dia masih kekal di sekolah tu? Hmm... Sebab dia.. Pelajar cemerlang. "Ibu... Anin tak nak duduk dengan dia.. Anin tak suka dia... "-Hanin Sofea. Nama pun suami isteri mestilah duduk satu rumah. Oleh sebab itu, semakin hari, semakin hadir perasaan cinta dan sayang Hanin terhadap Rizq. "Aku kalau boleh tak nak kau dekat dengan Khalil. Kau tau kan dia musuh aku? Kenapa kau perlu rapat dengan dia? "-Rizq Haikal. Perkahwinan di zaman sekolah,mestilah banyak dugaannya. Perlu ada kesabaran yang tinggi. Nantikan liku-liku kisah percintaan Rizq Haikal dan Hanin Sofea... Jodohku, classmate ku? #brokenenglish #stilllearning Start:16 November 2018 End:24 Disember 2018 ©kimiafina2018
[C] BLIND WEDDING de reenhwaayes
reenhwaayes
  • WpView
    Leituras 250,505
  • WpVote
    Votos 7,340
  • WpPart
    Capítulos 59
[COMPLETE] (2023) [PROSES MENGEDIT] [ROMANCE + COMEDY] ~ "𝐇𝐢𝐬 𝐭𝐞𝐞 𝐫𝐚𝐤" 𝐇𝐀𝐑𝐙 𝐍𝐎𝐀𝐇, pantang ada peluang untuk mengorat Hawa, pasti dia tidak akan melepaskannya! Hawa sana...Hawa sini...memang dia sudah terangau-angaukan gadis yang bekerja di kafe itu. "Hai tee rak." -𝐇𝐀𝐑𝐙 𝐍𝐎𝐀𝐇 "Nama saya Hawa. Bukan tee rak." -𝐇𝐀𝐖𝐀 𝐇𝐀𝐔𝐋𝐈𝐘𝐀 "Saya nak berseronok dengan tee rak, boleh?" - 𝐇𝐀𝐑𝐙 𝐍𝐎𝐀𝐇 𝐇𝐀𝐖𝐀 𝐇𝐀𝐔𝐋𝐈𝐘𝐀, sedar sahaja dari koma, ada dua manusia yang mengaku bahawa mereka yang melanggar Hawa tanpa sengaja. Disebabkan koma yang panjang itu jugalah, Hawa terpaksa mencari kerja yang lain. "Kalau Hawa mahu bekerja sebagai pembantu rumah di rumah Datin dan Dato', boleh?" -𝐇𝐀𝐖𝐀 𝐇𝐀𝐔𝐋𝐈𝐘𝐀 Semakin lama Hawa bekerja sebagai pembantu rumah di situ, semakin Hawa terjumpa sesuatu yang mencurigakan. Dan itu membuatkan Hawa tertanya-tanya. ~ Idea Story by, author reenhwaa
Suami Ku Ketua Pengawas de aariyys
aariyys
  • WpView
    Leituras 975,858
  • WpVote
    Votos 47,775
  • WpPart
    Capítulos 43
Apabila terpaksa menerima kehadiran antara satu sama lain, atas permintaan keluarga. Perkahwinan antara Nik Sumayah Yaqana dan Tengku Irfan Hakim. Pada awalnya, mereka membantah. Tapi bila difikirkan balik, takkan lah mereka mahu menghampakan ibu bapa mereka, kan? Apabila sudah mendirikan rumah tangga, bertikam lidah pula antara dua insan ini. Ada aje yang mahu digaduhkan, sampailah satu rasa asing yang hadir dalam diri mereka. ❛❛𝗠𝗮𝗸𝗶𝗻 𝗮𝗸𝘂 𝗻𝗮𝗳𝗶 𝗽𝗲𝗿𝗮𝘀𝗮𝗮𝗻 𝗮𝘀𝗶𝗻𝗴 𝗶𝗻𝗶, 𝗺𝗮𝗸𝗶𝗻 𝗸𝘂𝗮𝘁 𝗵𝗮𝘁𝗶 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗮𝘁𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗿𝗶 𝗶𝗻𝗶 𝗺𝗲𝗻𝗰𝗶𝗻𝘁𝗮𝗶 𝗱𝗶𝗿𝗶𝗻𝘆𝗮.❞ - Tengku Irfan Hakim. ❛❛𝗠𝗮𝗸𝗶𝗻 𝗰𝘂𝗯𝗮 𝗮𝗸𝘂 𝗷𝗮𝘂𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗿𝗶, 𝗺𝗮𝗸𝗶𝗻 𝗹𝗲𝗸𝗮𝘁 𝗽𝘂𝗹𝗮 𝗵𝗮𝘁𝗶 𝗶𝗻𝗶 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗻𝗮𝗺𝗮 𝘀𝗶 𝗱𝗶𝗮.❞ - Nik Sumayah Yaqana. ❛❛𝗔𝗱𝗮𝗸𝗮𝗵 𝗶𝗻𝗶 𝗰𝗶𝗻𝘁𝗮 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿?❞ - IrMayah Rumah tangga mereka, menjadi huru-hara apabila banyak rintangan yang datang. Bermula dengan seorang gadis, guru, dan rakan. ❛❛𝗔𝗸𝘂 𝘁𝗮𝗸 𝘀𝘂𝗸𝗮 𝗸𝗮𝘂 𝗿𝗮𝗽𝗮𝘁 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗮.❞ ❛❛𝗞𝗮𝘂 𝗰𝗲𝗺𝗯𝘂𝗿𝘂 𝗲𝗵?❞ ❛❛𝗧𝗮𝗸.❞ Semakin banyak rintangan yang mereka hadapi, makin kukuh masjid mahlighai mereka. ❛❛𝗧𝗼𝗹𝗼𝗻𝗴 𝗽𝗲𝗿𝗴𝗶! 𝗝𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗴𝗮𝗻𝗴𝗴𝘂 𝗮𝗸𝘂!❞ ❛❛𝗦𝘂𝗺𝗮𝘆𝗮𝗵, 𝗶𝗻𝗶 𝗮𝗸𝘂. 𝗝𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘁𝗮𝗸𝘂𝘁, 𝗶𝗻𝗶 𝗮𝗸𝘂.❞ Mampukah Irfan dan Maya mempertahankan rumah tangga mereka sampai akhir hayat mereka?
SOLILOVETUDE (Completed) [IDOL SERIES 1] de sofea_sabre32
sofea_sabre32
  • WpView
    Leituras 12,425
  • WpVote
    Votos 2,078
  • WpPart
    Capítulos 75
Atma Hanim - Disebabkan sekeliling manusia yang sering mengambil kesempatan terhadapnya, dia sukar untuk bersosial dan takut dengan harapan manusia. Dia rela bersendiri tanpa mengharapkan sesiapapun, walaupun dia tahu, hidupnya bakal sepi. Dia, seorang gadis yang sukar percaya dengan aneka ragam manusia. Emir Bakri - Bertemu dengan seorang jejaka yang suka menyakat, dia telah menceriakan hidup gadis itu yang serba hitam. Dalam diam, dia telah jatuh cinta pada Atma sejak pertama kali mereka bersua . Dia, lelaki utusan Tuhan yang cuba memulihkan trauma gadis pujaannya. " Asal awak ikut saya eh? Takde tempat lain ke nak pergi?" - Atma Hanim " Kau tu perempuan , tak elok sorang-sorang. "- Emir Bakri " Tak matilah sorang pun, nak harapkan orang lain pun tak guna juga. "-Atma Hanim. Sikap keras dan dingin Atma Hanim membuatkan Emir Bakri semakin jatuh hati padanya. Satu per satu rahsia disebalik keras dan dingin sang gadis itu, telah membuka mata buat lelaki itu. Mampukah Emir buktikan pada pujaan hatinya bahawa dialah penyelamat sehidup semati gadis itu? Disclaimer : Ada dialek pada dialog yang telah dimasukkan ke dalam novel ini. Sesiapa saja tak faham, boleh Tanya di ruangan komen. (Completed)
DIA CITRA CINTAKU ( IDOL SERIES 2) { COMPLETED} de sofea_sabre32
sofea_sabre32
  • WpView
    Leituras 4,656
  • WpVote
    Votos 1,013
  • WpPart
    Capítulos 92
Ballerina , merupakan cita-citanya sejak remaja . Beraksi di atas pentas , di hadapan khalayak ramai . Bermain piano , sebagai hobi . Setelah ayahnya , Datuk Syed Alwi Ikram dijadikan sebagai inspirasi. Ardini Nadeena , seorang gadis yang berangan-angan tinggi untuk bergelar sebagai anak seni . Malangnya , cita-citanya tidak direstui oleh sang ibunya , Datin Nurin Hafilda . " Ibu tak nak kamu jadi anak seni ." - DATIN NURIN HAFILDA . Ardini sedar , dia dipilih kasih oleh ibunya. Dia cuba sehabis baik untuk merebut hati sang ibunya. Sambung belajar , bukannya dalam bidang kegemarannya . Namun , demi kasih seorang ibu - dia sanggup. " Kalau itu yang ibu nak , Dini akan tunaikan . Asalkan , ibu boleh terima Dini ." - ARDINI NADEENA. Sampai satu saat , hatinya terpaut dengan cinta . " Ardini Nadeena , you satu group assignment dengan I , boleh ?" - MALIQUE IRWAN . Malique Irwan , rakan sekelasnya yang buat pertama kali mencuri hatinya . Dalam diam , Ardini menyimpan rasa . Dengan lelaki itu , dia mempunyai semangat baru . Mendapat dekan setiap sem adalah tujuannya setelah melihat prestasi Malique yang bijaksana dalam akademik . Apabila dia ketahui , lelaki itu menjadi salah seorang ahli dari sebuah kumpulan yang terkenal di Malaysia , En-Dynamic - dia menjadi penyokong setia . Perkembangan Malique , sering diikuti dalam diam . " Saya sedia menjadi supporters awak , Malique Irwan ." - ARDINI NADEENA Pada malam anugerah , takdir mereka bertemu kembali... " Ingat lagi tak saya ? Saya classmates awak masa degree." - ARDINI NADEENA "Ardini , is that you ?" - MALIQUE IRWAN Dia gambaran cinta buat Ardini. Dalam tidak sedar , Ardini juga telah mencuri hati buat Malique . " Ardini Nadeena , you made me fall for you." - MALIQUE IRWAN Kerana Dia , Citra Cintaku.
STUPIDO [C] de tsweetestrain
tsweetestrain
  • WpView
    Leituras 4,999
  • WpVote
    Votos 605
  • WpPart
    Capítulos 20
Aiman, crush aku. "Aku suka kau, Aiman." Kisah kami bermula apabila aku luahkan perasaan dekat dia depan tandas.
Rumah Persinggahan  de qilahhilah
qilahhilah
  • WpView
    Leituras 10
  • WpVote
    Votos 9
  • WpPart
    Capítulos 9
"Tidak semua yang datang ke rumah ini akan pulang seperti dahulu." Sebuah rumah usang di hujung lorong menjadi tempat persinggahan bagi mereka yang tidak mempunyai arah tuju. Namu di sebalik dinding kayu yang kelihatan terang, tersimpan rahsia gelap yang tidak seharusnya dibongkar. Apabila masa lalu mula menghantui, siapa sebenarnya yang menjadi tetamu, dan siapa pula pemilik sejati?
𝒔𝒕𝒂𝒚 𝒎𝒊𝒏𝒆 (𝒔𝒍𝒐𝒘 𝒖𝒑𝒅𝒂𝒕𝒆) de theenin
theenin
  • WpView
    Leituras 320
  • WpVote
    Votos 208
  • WpPart
    Capítulos 5
Ezzara Adelia. Seorang wanita yang kelihatan beku dan tidak berperasaan. Sejak kecil dia diajar untuk berdikari dan dipaksa menjadi matang sebelum waktunya sehingga menjadikan dirinya seseorang yang sukar didekati. Pelbagai rasa sakit telah dia lalui. Terlalu banyak sehingga tanpa sedar, luka yang dahulunya menghancurkan dirinya kini terasa seperti angin yang berlalu pergi. "I penat." "Kenapa semua ni jadi dekat I?" - Ezzara Adelia - Dhafir Euzayr. Jejaka yang seolah-olah memiliki segalanya. Harta, kerjaya dan kasih sayang hadir dalam hidupnya sejak kecil lagi. Matang, tenang dan dingin. Itulah gambaran dirinya di mata manusia. Namun di sebalik kesempurnaan dan kesenangan yang dimilikinya, tersimpan sebuah rahsia besar yang tidak pernah diketahui orang luar. Pertemuan yang tidak disengajakan antara mereka menjadi titik permulaan kepada sebuah perjalanan yang tidak pernah mereka jangkakan. Namun tanpa pengetahuan Ezzara, ada seseorang yang sentiasa berada di sebalik bayang-bayang hidupnya. Setiap kali dia jatuh, insan itu hadir menghulurkan bantuan dalam pelbagai cara. Setiap kali dia hampir rebah, insan itu menjadi tangan yang menariknya kembali berdiri. Tetapi wajah sebenar tidak pernah diperlihatkan. Unknown. Itulah gelaran yang diberikan Ezzara kepada bayang misteri tersebut. "Keep pretending to be strong until the time comes when you will be truly strong without having to act anymore." - UNKNOWN - Siapakah Unknown yang sebenarnya? Apakah rahsia yang disembunyikan di sebalik kehadirannya? Dan apakah peranan Dhafir Euzayr dalam kehidupan Ezzara Adelia? Sabarlah, duhai hati. Kerana tidak semua luka diciptakan untuk kekal berdarah. Dan tidak semua kehilangan berakhir dengan kesedihan. Suatu hari nanti, segalanya akan indah pada waktunya. ©theenin