Qila093's Reading List
10 stories
Veil Of Obsession by srphnna
srphnna
  • WpView
    Reads 49,875
  • WpVote
    Votes 2,248
  • WpPart
    Parts 65
𝓈𝓅𝒾𝓃-𝑜𝒻𝒻 𝑜𝒻 𝒟𝑒𝓋𝒾𝓁'𝓈 𝒟𝑒𝓈𝒾𝓇𝑒 Bermula dari sebuah kontrak yang dipaksa menjadi satu rumahtangga, tanpa cinta, tanpa pilihan hanya dua jiwa yang terikat dalam takdir yang tidak dirancang. Di antara dosa yang tidak mampu dipadam dan cinta yang tidak pernah dirancang mampukah mereka mempertahankan cinta yang lahir daripada sebuah kontrak sebelum segalanya musnah? "I was raised to rule, not to love. And in the end, you became the victim of a world that taught me how to be ruthless" - Zayyan Eryvian "I could stand against anyone and pretend to be strong in front of the world. But when it comes to you, my words fail me, and I become too weak to fight back." - Mawar Elara Apabila ujian mula menimpa mereka, adakah mereka mampu melawan badai itu bersama, atau akhirnya hanya seorang yang bertahan ? "Mummy nak Zay kahwin dengan Aeya after the six-month contract habis nanti, Aeya ni lebih sesuai dan setaraf dengan apa yang kita ada" - Maria Valuxca Suffering bound them together, becoming a poison too exhausted to even destroy them completely.
Veil of Devotion ( OnG ) by srphnna
srphnna
  • WpView
    Reads 76,380
  • WpVote
    Votes 903
  • WpPart
    Parts 34
Sequel of Veil of Obsession Zayrien Arsyad terperangkap di dalam cinta dan racun yang diberikan oleh cinta pertamanya, Lilia Eerdena. Dia tahu sepatutnya dia pergi, dia sedar apa yang dia rasa itu tidak sihat untuknya, tetapi setiap kali dia cuba melangkah keluar, dia kembali semula seolah-olah racun itu sudah menjadi sebahagian daripada dirinya sendiri. Cinta itu tidak lagi lembut seperti yang dia bayangkan dulu. Ia datang bersama sakit, dengan luka yang tidak pernah betul-betul sembuh, namun anehnya dia tetap memilih untuk tinggal kerana bagi Zayrien, melupakan Lilia bukan lagi pilihan. Dan melepaskan dia terasa lebih menyakitkan daripada terus terperangkap dalam cinta yang perlahan-lahan merosakkannya. "Kalau I kata I tak pernah cintakan you, you masih akan tunggu I tak, Rien?" - Lilia Eerdena "Control your daughter. If she crosses the line again, I'll be the one to teach her what boundaries really mean, Rayyan." - Zayyan Eryvian Namun di sebalik semua kesakitan yang muncul, hanya satu ayat yang membuat semuanya sukar. "I loved you so much. It hurts to even remember your name, but I still can't forget you." Zayrien Arsyad Dan di sebalik segala kesakitan yang dialami, mampukah keduanya saling melengkapi dan memilih untuk berdua selamanya?
C | Senja Terakhir Kita by notafoxy
notafoxy
  • WpView
    Reads 37,416
  • WpVote
    Votes 1,353
  • WpPart
    Parts 38
Senja merah jingga menelan langit, tapi Aryan tak sanggup menatapnya. Helena berdiri di tepi balkoni, wajahnya berseri walau tubuhnya kelihatan lemah. "Ary, nanti... kita tengok senja dekat pantai, nak?" suara Helena lirih, cuba kedengaran biasa. Aryan tersengih kecil, menolak dengan nada ringan. "Kau tu sakit, El. Tak payah mengada." Helena mencebik, tapi hatinya bergetar. Dia cuba seloroh, "Kalau ni permintaan terakhir saya, macam mana?" Aryan tersentak, menoleh. "Apa kau cakap ni? Kita bukannya takkan jumpa dah." Diam. Helena menunduk, menahan kaca di matanya daripada tumpah. Dia tersenyum tipis, walau dalam dadanya ada jurang yang tak mampu dijelaskan. Aryan mengusap belakang tengkuk, cuba meredakan suasana. "Kau sihat cepat. Lepas tu baru kita plan tengok senja dekat tepi pantai." Suaranya bersahaja, seolah-olah esok pasti ada. Helena hanya mengangguk. "Kalau awak tahu... Senja di tepi pantai tu... satu-satunya yang tertinggal dalam bucket list saya... Saya cuma nak awak ada sekali. Bukan nanti. Tapi sekarang. Sembuh? Tu cuma dalam cerita fantasi je," hatinya berdesis, meluahkan kata yang tidak mampu meniti di bibirnya. Dia mendongak, menatap langit yang semakin jingga. Senja kali ini terasa lebih dekat, lebih berat, seakan-akan langit sendiri tahu rahsia yang belum pernah terucap. Start: 1st September 2025 End: 22nd September 2025
C |  Warkah Cinta Terindah by notafoxy
notafoxy
  • WpView
    Reads 102,305
  • WpVote
    Votes 3,464
  • WpPart
    Parts 43
"Siapa kau sebenarnya?" suara garau itu, memecah keheningan malam itu. Pandangan matanya tajam menikam pada wajah polos itu. "Aku tanya... siapa... kau sebenarnya?" soalan itu diulang lagi oleh Megat Nufail. Nafasnya dihela kasar, dada bidangnya jelas kelihatan berombak. "Jawab!" tengking lelaki itu. Langkahnya kian mendekati tubuh wanita yang kecil itu hingga rapat bersandar pada dinding. Anak mata mereka berdua saling bertaut. "S..saya..." suara Indah Qasreena serak, dia menelan liur. Renungan Megat Nufail semakin tajam, seolah pisau belati yang menikam. "Kau isteri aku. Aku percayakan kau... Ini yang kau balas? Siapa kau!" tengkingnya lagi. Megat Nufail semakin mendesak Indah Qasreena untuk memberikan jawapan. Tak semena-mena, segaris senyuman sinis merekah di bibir Indah Qasreena. "Jadi... kau dah tahulah ya?" ucapnya, dingin. Megat Nufail menghentak tangannya ke arah dinding. Dia mendekatkan wajahnya. Renungan matanya masih tajam dan tidak berganjak dari wajah polos isterinya. Indah Qasreena segera menepis tangan Megat Nufail. "Siapa pun aku... aku dah jadi isteri kau. Isteri kau yang sah." sinis, senyuman semakin melebar di wajahnya. Megat Nufail menggenggam erat pada tangannya, cuba menelan sabar yang semakin membara di ruang hatinya. "Kau...!" ucapnya, menahan marah. Indah Qasreena hanya menatap wajah suaminya yang sudah merah padam itu. "Nak pukul? Pukul lah," dia cuba memarakkan lagi api yang sudah tersedia membara. PANG! Satu tumbukan dilaynangkan tepat di sisi wajah Indah Qasreena. Nafas kasar Megat Nufail jelas kedengaran. "Aku belum dayus lagi, untuk pukul perempuan," ujar Megat Nufail, dingin. Start: 26th September 2025 End: 23rd November 2025
C | Di atas Sejadah Panjang  by notafoxy
notafoxy
  • WpView
    Reads 195,396
  • WpVote
    Votes 6,836
  • WpPart
    Parts 40
"Kau cuma isteri aku atas kertas, Nawal," ujarnya, lirih tapi sinis, seakan berbicara dengan bayang di cermin. "Saya masih isteri abang yang sah," balas Nawal, nada bergetar, tapi tegas. Ayden berpaling tajam. "Jangan panggil aku abanglah!" jerkahnya, suara bergema menampar dinding bilik. "Aku tak ingat pun siapa kau." Nawal mengundur sedikit, terpegun. Ayden mara setapak ke hadapan, nadanya kini lebih dingin. "Kau... cuma kawan permainan aku masa kecil. Tak lebih dari tu." Sunyi sejenak. Kata-kata itu jatuh seperti belati yang menghiris hati Nawal. Air mata Nawal akhirnya mengalir deras, menitis ke pipi, memantul di lantai. Start: 19th August 2025 End: 31st August 2025
C | Pengantin 40 Hari  by notafoxy
notafoxy
  • WpView
    Reads 51,717
  • WpVote
    Votes 1,686
  • WpPart
    Parts 48
( UNEDITED) " What ?! " " Encik dah gila ke ?! " Tengking Astrella Sofia kepada Que Raikal yang duduk dihadapannya itu. " Ya , aku memang gila. " " Tadi kau tanya bayaran kereta aku yang dah kemik kau langgar haritu. " " Jadi , inilah bayarannya. " Ujar Que Raikal dengan tenang dan bersahaja. " Encik , saya tak kenal Encik siapa. Encik pun tak kenal siapa saya. " " Encik ingat kahwin ni apa ? " Balas Astrella Sofia dengan dahi yang berkerut memandang Que Raikal dihadapannya. " Nyatakan jumlah kos repair kereta Encik tu. Saya akan bayar. DENGAN DUIT. " Tegas Astrella Sofia kepada Que Raikal. " Bayaran yang aku terima cuma kau. " " Jadi pengantin aku selama 40 hari. " " Aku tak bagi kau pilihan. Tapi arahan. " Kata Que Raikal kepada Astrella Sofia yang bertegas tidak mahu menerima sebarang jumlah wang sebagai ganti rugi kerosakkan keretanya tempoh hari. " Dan saya pilih untuk tidak mengikut arahan Encik. " Ujar Astrella Sofia dengan nada mendatar. " Terima kasih. Assalamualaikum. " Berhias senyuman Astrella Sofia mengucapkan terima kasih dan memberi salam kepada Que Raikal sebelum bergegas keluar dari kafe tersebut dalam keadaan terhincut-hincut. " Sama-sama. Waalaikumsalam. " Jawab Que Raikal bernada mendatar sedang matanya tertumpu ke arah Astrella Sofia yang sedang menuju keluar dari kafe. " Ouhh , tunjuk keras kepala ya ? I likeee " Bisik hati Que Raikal sedang pipinya diherotkan sehingga mengukir segaris senyuman nipis diwajahnya Apakah yang bakal berlaku ? Adakah Que Raikal berputus asa dalam menjadikan Astrella Sofia sebagai pengantin 40 harinya atau meneruskan pencarian pengantin 40 harinya ? Sejauh manakah Astrella Sofia berjaya menepis idea gila Que Raikal itu ?
Harith Zayn: the Adorable Husband[Completed] by Nazreenayn
Nazreenayn
  • WpView
    Reads 217,692
  • WpVote
    Votes 7,572
  • WpPart
    Parts 70
Scnd story: HARITH ZAYN | ZENYA AURORA
My Husband Rayyan Adyan |C by Nazreenayn
Nazreenayn
  • WpView
    Reads 353,619
  • WpVote
    Votes 12,762
  • WpPart
    Parts 47
1st story:- Kata orang, jangan dilawan cinta pertama. Bagi Rayyan Adyan cinta pertamanya tidak seindah mereka yang lain. Ketulusan dia dalam mencintai pernah dikhianati. Teman wanita sedang bermesra dengan lelaki lain di khalayak ramai tanpa memikirkan halal dan haram hubungan. Hati yang retak itu, Rayyan bawa pergi jauh ke negara luar. Kerana perbuatan cinta pertama, dia nekad untuk menggapai tahta yang tertinggi biar tiada sesiapa mampu menyakitinya lagi. Semangat untuk meraih gelaran atas apa yang diusahakan membuahkan hasil seiringi dengan hatinya yang mula tiada perasaan untuk mencintai mana- mana wanita. Kepulangan kembali ke tanah air tak indah seperti apa yang ada di minda. Dari perlanggaran dengan seorang wanita di lapangan terbang. Belum dikaitkan dengan mama yang tiba- tiba memaksa dia untuk mendirikan rumah tangga. Pilihan mama hanya dua, bawa pulang menantu ke rumah atau mama yang pilihkan calon pendampingnya itu. Pertemuan dengan wanita bernama Nayla Aleena membuka jalan penyelesaian buat Rayyan. Mana mungkin dia bersetuju dengan calon pilihan mama jika dia ada Nayla untuk dijadikan korban? "Kiranya kau tak cintakan dia?" -HARITH- "... selepas dapat anak, kami akan bercerai. Masa tu Nayla akan bebas dan aku tak akan tuntut apa- apa." -RAYYAN ADYAN- Kata- kata perancangan Rayyan telah menjerat dirinya sendiri setelah dia sah bergelar suami kepada wanita itu. Rayyan lupa bercinta dalam hubungan yang diredhai itu indah. "I love you, Sayang. How do I live without you? Oh no! Sayang jangan tinggalkan abang." -Rayyan Adyan- Pada ketika cinta telah mekar, badai menyapa pasangan itu. Rahsia sebenar perkahwinan terbongkar. Adakah perasaan Rayyan kepada Nayla tulus? Atau... yang dilakukan sekadar memenuhi apa yang diingini?
Secret Arietis.  by eyvllavhesa
eyvllavhesa
  • WpView
    Reads 65,514
  • WpVote
    Votes 4,858
  • WpPart
    Parts 79
masquerade collection book 1 Que Dyan Zaffrael ft. Dhea Elaura [ on going ] (Cerita yang penuh dengan kekurangan.) ❝We don't deserve each other.❞ [This is a very very long story. Baca dari mula untuk elakkan sebarang sakit kepala.] Hidup di dalam dua dunia, bukan mudah. Siang dia adalah Dhea Elaura, seorang gadis biasa bersama kerjayanya. Malam, sisi gelapnya hadir untuk memenuhi kehendak mereka yang kononnya telah menyelamatkan dia di dalam sebuah kebakaran kereta 4 tahun lalu. Pertemuan dengan dua orang lelaki, membuatkan Dhea mempunyai sejuta pertanyaan. Seorang yang memakai topeng misteri di sarkas terbiar, seorang lagi hanyalah lelaki biasa yang baginya adalah sebuah bala. Rimas mahu layan. Tambah pula bila takdir menjadikan Dyan sebagai 'orang yang menyara' dirinya secara sorok selepas satu kes pembunuhan. ❝Aku baru tinggal kau 5 minit, tangan dah berdarah.❞ Que Dyan Zaffrael Hati yang beku ibarat ais akan cair jua akhirnya. Kepercayaan mula wujud di dalam diri Dhea terhadap lelaki ini sementara si bertopeng misteri masih mengikutinya seperti mahukan sesuatu. Atau membunuhnya. ❝Aku tak ada apa-apa, Dyan. Kosong.❞ Dhea Elaura ❝Kau ada hati aku.❞ Que Dyan Zaffrael Musuh atau teman? Siapa yang sedang berselindung di sebalik kebenaran? Ketika Dhea sudah nyaman, helah tipu datang untuk mengguris hatinya. Di saat dia cuba untuk meneruskan hidup, tawaran diberikan kepadanya. Dia dijadikan senjata semula, berpaksikan tipu helah manusia kejam. Motif? ❝We don't deserve each other.❞ Dhea Elaura ❝I'm no longer a bulletproof when it comes to you.❞ Que Dyan Zaffrael [SLOW BURN ROMANCE] ⚠️ grammar errors ⚠️ NO PLAGIARISM ⚠️ violence (18+) ⚠️ heavy storyline, read at your own risk Started: 28/11/2024 End: Ranking #1st in funfair #1st in masquerade #2nd in anonymous #4th in
Nikahi Aku Kerana Dia  by Luna_cell
Luna_cell
  • WpView
    Reads 8,779
  • WpVote
    Votes 305
  • WpPart
    Parts 50
Nur Maya Ayanna , seorang gadis berdarah kacukan yang mempunyai sebuah butik baju yang berjaya atas usahanya sendiri tanpa mengharapkan duit yang ibu bapanya miliki. Sampai suatu saat ibu bapanya mahu menjodohkannya kerana berlaku kejadian malang sewaktu beliau remaja. " Siapa yang bunting kan kau!!? " Yana tak tahu daddy..." Yana mengandung semasa beliau berumur 18 tahun tetapi dia tidak tahu siapa yang bunting kan anaknya. Adam Jackson seorang CEO yang amat terkenal di negara Amerika. Dia berdarah campur antara Malaysia dengan Australia . Sehingga suatu saat dia bertemu dengan gadis yang membuatkan dirinya begitu tenang. Kemudian Adam berkahwin dengan gadis yang ingin dia miliki selama ini. " Abang takkan lepaskan sayang , abang tetap akan bersama dengan sayang walau apa jadi sekali pun.... - Adam Jackson " Terima kasih abang , you are my only man in my life... - Nur Maya Ayanna Tiba-tiba suatu tragedi berlaku , seorang gadis yang dulu milik lelaki itu sekarang musnah kerana lelaki itu sudah pun jumpa kebahagiaannya. Tetapi dia tidak putus asa , gadis itu sedaya upaya cuba menangkap hati lelaki yang dulu pernah menjadi miliknya. " Hi Adam , lama tak jumpa..." - Hanna Safira. " I'm married, and I don't want anything to do with you anymore . I love my wife, respect that's!..." - Adam Jackson. Sehinggalah sikap Adam mula berubah , Adam nekad untuk berkahwin dengan Hanna dengan penuh hati dan perasaan. " My love , abang janji abang akan berlaku adil .. abang sayangkan sayang , please terima Hanna sebagai madu sayang " " Saya hormat abang sebagai suami saya , saya tahu saya tak boleh mengandung.. tapi ini ke cara abang hormat saya!!." Adakah hubungan Yana dan Adam akan bertahan lama? atau berjaya meneruskan hidup dengan lelaki itu? Setelah dia mendapat tahu kejadian malangnya berlaku disebabkan lelaki juga???