cikmira4's Reading List
18 stories
Aku Memilih Bahagia  by SazzyMe
SazzyMe
  • WpView
    Reads 6,380
  • WpVote
    Votes 86
  • WpPart
    Parts 30
Cerita Matang 🔞 Nayyirah tidak pernah menyangka perkahwinan yang dibina atas dasar cinta akhirnya menjadi tempat dia menerima luka paling dalam. Bertahun-tahun hidup sebagai isteri Harith, dia sering dipandang rendah oleh keluarga mertuanya kerana masih belum dikurniakan cahaya mata. Bagi keluarga Harith, Nayyirah adalah punca segala masalah. Mereka mula menuduhnya mandul, memalukan dirinya di hadapan keluarga besar, malah merancang agar Harith meninggalkannya demi berkahwin dengan wanita lain yang dianggap mampu memberikan zuriat. Namun, apa yang Nayyirah tidak tahu... di sebalik semua penghinaan itu tersimpan sebuah rancangan kejam. Keluarga Harith sanggup menggunakan cara kotor untuk memisahkan mereka dan memastikan rumah tangga yang dibina Nayyirah dan Harith musnah. Hancur dengan tekanan yang ditanggung, Nayyirah akhirnya mencari kebahagiaan yang tidak pernah dia dapat dalam perkahwinannya. Sebuah kesilapan berlaku ketika hatinya sedang rapuh, dan tidak lama kemudian dia mengetahui dirinya mengandung.
Takhta Cintamu Terlarang by SazzyMe
SazzyMe
  • WpView
    Reads 19,684
  • WpVote
    Votes 113
  • WpPart
    Parts 48
Cerita Matang 🔞 Eliza berhenti kerja secara rasmi selepas bertelagah hebat dengan bapa kandungnya, Lucas Tado, yang memandang rendah sikap dan disiplin anaknya, malah menganggap Eliza sekadar beban. Walaupun Ashley Tas cuba menghalang, Eliza tetap menyerahkan surat peletakan jawatannya dan bersedia untuk pergi. Tanpa pengetahuan Lucas dan Ashley, Nicole Brain's lelaki kaya dan berpengaruh yang menjadi sandaran hidup Eliza sudah pun menunggu di lobi bersama rakannya, Encik Muslim, untuk menjemput gadis itu secara terhormat. Lucas dan Ashley terkejut besar apabila menyedari siapa sebenarnya yang berdiri di belakang kejayaan dan perlindungan syarikat mereka selama ini. Nicole dengan bangganya mengumumkan bahawa Eliza bukanlah anak yang tidak berguna seperti yang dituduh, sebaliknya dialah permata yang dilindungi dan dimuliakan olehnya. Lucas dan Ashley hanya mampu terdiam dan menyesal apabila menyedari kesilapan besar mereka telah membuang punca kekuatan syarikat sendiri, malah menyerahkan Eliza terus ke tangan Nicole. Setelah beredar, suasana berubah menjadi penuh kehangatan dan gelora nafsu di dalam kereta mewah Nicole. Eliza berusaha menenangkan hati Nicole yang masih marah dengan cara istimewanya, sehingga hubungan intim terjalin di antara mereka. Dalam kenikmatan itu, Eliza sempat merakam gambar aksi Nicole sedang rakus menikmati tubuhnya, dan terus menghantar gambar tersebut kepada Lucas sebagai tanda kemenangan dan pembalasan dendam. Lucas yang melihat gambar itu hancur luluh, menanggung rasa malu, cemburu, dan penyesalan yang tidak terhingga, manakala Eliza pula berasa puas sepenuhnya kerana kini dia bebas dan dimiliki sepenuhnya oleh lelaki terhebat yang dicintainya.
Lelaki Bertopeng Neraka by SazzyMe
SazzyMe
  • WpView
    Reads 12,287
  • WpVote
    Votes 112
  • WpPart
    Parts 52
Cerita Matang 🔞 Erika terpaksa hidup dalam bayang-bayang ketakutan dan bekerja di bawah kawalan seorang lelaki berkuasa dan kejam demi menyelamatkan dirinya selepas kematian suaminya. Dia menyembunyikan identiti serta perasaannya, berjuang sendirian di lorong-lorong gelap kota itu sehinggalah satu malam, siluet seorang lelaki yang amat dikenalinya muncul menghadangnya-Keiran, adik kepada arwah suaminya. Pertemuan itu bukan sekadar kebetulan. Keiran telah mencarinya sekian lama, penuh dengan rasa marah, rindu, dan tanda tanya mengapa Erika menghilangkan diri tanpa pesan sebaik sahaja abangnya meninggal dunia. Bagi Erika, dia dan Keiran hanyalah orang asing yang terikat dengan hubungan silam sebagai bekas adik ipar. Namun bagi Keiran, wanita itu adalah satu-satunya miliknya yang belum selesai, dan dia bertekad untuk mengambil semula apa yang sepatutnya menjadi miliknya. Ketika Keiran memaksanya pergi dari lorong gelap itu, Erika terperangkap antara keinginan untuk bebas daripada penindasan bosnya, dan ketakutan akan perasaan sendiri yang mula bangkit kembali terhadap lelaki yang tidak sepatutnya dicintai. Dibawa lari menaiki kereta mewah itu, Erika sedar, perjalanan ini bukan sekadar perjalanan pulang ke rumah, tetapi permulaan kepada kisah lama yang bakal terungkai-tentang rahsia kematian suaminya, pengorbanan yang Erika sembunyikan, dan cinta terlarang yang tidak pernah padam di hati Keiran. Adakah Erika akan berjaya melepaskan diri sekali lagi, atau kali ini dia akan menyerah kepada takdir yang membawanya kembali ke dalam dakapan lelaki itu?
Warmer Than Ever by lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    Reads 713
  • WpVote
    Votes 64
  • WpPart
    Parts 1
[4th romance] Rais Adham | Nara Ardea Nara Ardea tidak pernah berharap untuk difahami. Dia cuma belajar untuk bertahan, walaupun dunia sering memintanya memberi lebih daripada yang dia mampu. Bagi Rais Adham, menjaga adiknya adalah segalanya. Dan bila Nara muncul dalam hidup Rifsya, dia melihat gadis itu sebagai ancaman, seseorang yang hanya akan menyusahkan adiknya. Salah faham demi salah faham membentuk jurang antara mereka, tanpa Rais sedar bahawa caranya menilai dan mengawal telah melukakan sekeping hati yang dalam diam mencintai. Namun apabila kebenaran tentang Nara akhirnya terbongkar, Rais menyedari sesuatu yang tak pernah dia akui sebelum ini: ada hati yang telah terluka, dan dia sanggup melakukan apa sahaja untuk menebus segala salah silapnya. Kerana cinta kadang datang bukan dengan kata manis, tetapi dengan kesedaran, pengorbanan, dan keberanian untuk menebus kesilapan.
Safer Than Ever by lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    Reads 1,065
  • WpVote
    Votes 81
  • WpPart
    Parts 2
[7th romance] Khair Edrees | Falisha Dalili Falisha Dalili hanya tahu satu perkara dalam hidupnya: berkorban. Sejak ibunya pergi meninggalkan keluarga demi lelaki lain, Falisha menjadi satu-satunya penjaga ayahnya yang sakit. Hidupnya sederhana, terbeban hutang yang bukan miliknya, namun dia tetap bertahan. Saat ayahnya pergi, sekali lagi dunia Falisha runtuh. Rumah yang selama ini menjadi pelindung rupanya sudah dicagarkan. Pemilik sahnya kini adalah Khair Edrees, lelaki asing yang tiba-tiba merampas satu-satunya tempat dia pernah merasa selamat. Khair datang menuntut hak, dan Falisha diminta pergi. Tetapi Khair memberikan satu pilihan lain. Untuk kekal memiliki rumah tersebut, Falisha perlu berkahwin dengan Khair. Ketika hidup memaksa mereka berada di bawah satu bumbung, Falisha mula sedar bahawa apa yang ditawarkan Khair bukan sekadar perlindungan. Tetapi sebuah tempat untuk kembali, dan seorang lelaki yang tidak pernah berniat untuk pergi.
Unexpectedly Yours by lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    Reads 16,058
  • WpVote
    Votes 413
  • WpPart
    Parts 3
[6th romance] Kaer Dhaffa | Ayreen Adreanna Ayreen Adreanna, anak tunggal kepada seorang tokoh korporat ternama, hidup dikelilingi kemewahan dan peraturan. Namun, dunianya mula goyah apabila Tan Sri Azzam membuat keputusan mengejut-dia harus berkahwin dengan anak kepada sahabat lamanya, seorang lelaki kampung yang jauh dari gaya hidupnya. Kaer Dhaffa, seorang lelaki sederhana dan berprinsip, tidak pernah terlintas untuk terikat dengan seseorang seperti Ayreen. Tapi apabila kepercayaan orang tua menjadi taruhan, dia bersetuju atas dasar tanggungjawab, bukan cinta. Ayreen pula menerima lamaran itu bukan kerana rela, tetapi demi keluar dari bayang-bayang ayahnya-dengan harapan perkahwinan ini akan menjadi titik penyesalan bagi mereka yang memaksanya. Namun dalam sebuah perkahwinan yang bermula tanpa cinta, benih pengertian mula bercambah. Di sebalik perbezaan dunia dan sikap yang bertentangan, satu demi satu sisi baru mula terbuka-dan Ayreen mula melihat Dhaffa dengan pandangan berbeza. Mampukah dua hati dari dua dunia ini mencari erti bahagia?
Love, Unspoken by lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    Reads 591,075
  • WpVote
    Votes 29,528
  • WpPart
    Parts 45
[2nd romance] Qayl Zachary | Dian Antasya Dian Antasya tidak pernah minta dilahirkan dalam keluarga yang sentiasa membandingkan dirinya dengan abang dan kakak. Walau apa pun yang dilakukan, di mata ibunya, Dian tetap anak yang gagal. Dia hanya tahu menelan kata-kata pedih dan hidup dalam sunyi, bersembunyi di balik senyum yang semakin pudar. Namun segalanya berubah bila Qayl Zachary, jiran lama yang pernah menjadi teman sepermainan masa kecil kembali ke pangkuan keluarga selepas bertahun-tahun menetap di luar negara. Qayl yang dahulu polos kini tampil sebagai lelaki matang dan berkarisma. Tapi di sebalik tenangnya, dia tidak mampu menafikan perasaan simpati dan sayang yang muncul apabila melihat Dian yang dulu ceria, kini kelihatan seakan hilang arah. Dan di satu detik yang tak dijangka, Dian membuat keputusan paling berani atau paling gila dalam hidupnya. Dia melamar Qayl untuk dijadikan suami. Bukan kerana cinta, tapi kerana dia perlukan tempat untuk berteduh. Namun, dalam setiap hari yang dilalui bersama, Qayl mula belajar bahawa cinta kadang tumbuh dalam diam. Dan Dian mula sedar bahawa kasih yang datang tanpa dirancang mungkin adalah takdir yang paling indah.
Vow Of Hope by lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    Reads 1,776,627
  • WpVote
    Votes 63,659
  • WpPart
    Parts 81
[1st romance] Ray Qhalif | Alice Dayana Alice Dayana. Namanya secantik orangnya, namun kehidupannya jauh dari sempurna. Lahir dalam keluarga yang retak, dia hanya mampu menumpang kasih dari ibu tiri yang tidak pernah benar-benar menyayanginya. Dalam perjalanan hidup yang penuh liku, hadirnya Ray Qhalif, seorang lelaki tampan dan misteri, mengubah segalanya. Hubungan mereka yang bermula secara profesional perlahan-lahan bertukar menjadi sesuatu yang lebih bermakna. Cinta yang tidak dirancang. Namun, mampukah cinta itu menjadi penyelamat Alice? Adakah Ray sanggup menerima masa lalunya dan membawa dia keluar dari kehidupan yang selama ini menyeksakannya? Atau bahagia itu sekadar impian yang sukar digapai?
Tengku Arash: His Perfect Love [ON GOING] by themoonlights_
themoonlights_
  • WpView
    Reads 3,207
  • WpVote
    Votes 190
  • WpPart
    Parts 27
2nd under His Love series [Tengku Arash Han X Zahira Aulia ] ❗Peringatan ❗ - kata kata kesat akan ditemukan - typo akan ditemukan - Dilarang meniru apa apa yang ada dalam karya ini tanpa izin saya - Jika ingin membaca pastikan anda tidak terpengaruh dengan mana mana adegan ganas atau kata kata kesat yang ada dalam karya ini - KEBIJAKAN PEMBACA AMATLAH DIHARAPKAN happy reading
His Love: Miss Pilot  [COMPLETE] by themoonlights_
themoonlights_
  • WpView
    Reads 47,750
  • WpVote
    Votes 1,718
  • WpPart
    Parts 32
Karya pertama |Tengku Ashraf Haqeem | |Puteri Aryana Raysha | Dua jiwa, dua hati bersatu menjadi satu untuk menemukan takdir terindah, namun adakah takdir itu milik mereka? ❗Peringatan ❗ - kata kata kesat akan ditemukan - typo akan ditemukan - Dilarang meniru apa apa yang ada dalam karya ini tanpa izin saya - Jika ingin membaca pastikan anda tidak terpengaruh dengan mana mana adegan ganas atau kata kata kesat yang ada dalam karya ini - KEBIJAKAN PEMBACA AMATLAH DIHARAPKAN happy reading start: 5/11/2023 end:12/3/2024 complete editing: 28/1/2026