harlyz_
- Reads 518
- Votes 33
- Parts 13
Benar kata orang, cinta itu perlukan pengorbanan yang besar.
Mempertaruhkan masa depan demi kesenangan kedua-dua belah pihak keluarga, walhal tak pernah bersua muka pun. Cuba bayangkan, kau kerja satu tempat kerja dengan bakal tunang kau sendiri!
Baik Qyle Luthfil mahupun Tyara Rose, mereka itu bagaikan anjing dan kucing. Asal berjumpa, mesti akan bergaduh! Dan Encik Mukhriz masih dengan egonya, Tyara Rose tetap akan berkahwin dengan anak sulung keluarga Encik Saif. Titik!
"Apa yang aku dapat, kalau kahwin dengan kau?"
- Qyle Luthfil.
"Eh banyak tau! Saya ni pandai masak, pandai buat kerja-kerja rumah. Pandai beli barang dapur, pandai-" - Tyara Rose.
"Batalkan semua ni. Aku dah ada orang lain. Dan aku harap kau pun sama. Adik aku single lagi, itu pun kalau kau nak lah." - Qyle Luthfil.
Manakala si adik, Gibran Aisy sudah menyimpan perasaan sejak dari awal mereka bertemu secara tidak sengaja tapi sayangnya nak meluahkan hal yang satu itu sangatlah susah, sebab saingannya itu adalah abangnya sendiri!
Dalam tempoh lima bulan sahaja, dia menekad untuk mengambil hati Tyara Rose tak kira apa jua rintangan sekali pun, termasuklah dengan Ocean! Sudahlah anti dengan kucing, minat pula dengan pencinta kucing!
cover : @pplyoumayknow