pinkcheese11's Reading List
13 histórias
Tidak Untuk Lepaskan Mu.. (✔COMPLETED) de Choco_Lyn
Choco_Lyn
  • WpView
    Leituras 2,525,921
  • WpVote
    Votos 66,004
  • WpPart
    Capítulos 61
Perkahwinan itu sepatutnya menjadi momen paling bahagia untuk lelaki dan perempuan yang saling mencintai. Tapi.. kalau kahwin bukan dasar cinta? Kahwin bukan atas kerelaan hati? Kahwin bukan atas dasar hati yang mencintai? Penghujungnya adalah perpisahan.. Itulah takdir perkahwinan 6 bulan Engku Zafriel Syeikh dan Que Sarah Qaliesya. Perkahwinan mereka tak mampu bertahan lama atas dasar pilihan keluarga. Selepas tempoh 6 bulan mereka berpisah.. Itu keinginan Qaliesya yang inginkan hidup bujangnya semula tanpa dikongkong oleh seorang lelaki bergelar suami.. namun, bukan untuk Engku Zafriel Syeikh. Bila dah sayang, tak mungkin hatinya mahu lepaskan gadis itu.. Jika hatinya sudah kata cinta, selamanya hati lelakinya tercatat nama Que Sarah Qalieya.. Dan.. Tak mungkin dia akan lepaskan gadis itu.. @Novel ke-4 @Wattpads @Tidak Untuk LepaskanMu.. #Chocolyn
Cinta Dua Dunia ✔️ de arafytaz
arafytaz
  • WpView
    Leituras 3,211,687
  • WpVote
    Votos 48,009
  • WpPart
    Capítulos 48
Satu perkahwinan yang tidak dijangka berlaku.. Jangka masa perkahwinan ditetapkan... masa berjalan dengan pantas bila satu sama lain sudah mula merasa sayang. (Kalau nak tahu lebih lanjut. Baca lah! Hehe)
THE SKY FOUND YOU [ SU ] de lvyzee_
lvyzee_
  • WpView
    Leituras 1,890
  • WpVote
    Votos 124
  • WpPart
    Capítulos 4
Tiada siapa menyangka lelaki seperti Ezran Rizq akan jatuh cinta. Sebagai seorang tentera elit yang terkenal dengan ketegasan, keberanian dan wajah yang sentiasa dingin, Ezran tidak pernah berminat untuk mengenali mana-mana wanita. Baginya, cinta hanyalah perkara yang akan mengganggu fokus dan tanggungjawabnya. Sehinggalah dia bertemu dengan Emylia Raisya. Seorang wanita yang sangat cantik, ceria dan sentiasa menghiasi harinya dengan tawa. Emylia adalah kebalikan dirinya-sementara Ezran hidup dalam dunia yang sunyi dan penuh disiplin, Emylia pula hadir seperti cahaya yang mampu menghidupkan suasana. Pertemuan mereka berlaku secara tidak sengaja. Pada mulanya, mereka hanyalah sahabat yang sering bertelagah dan saling menyakat. Namun tanpa disedari, persahabatan itu perlahan-lahan bertukar menjadi sesuatu yang lebih bermakna. Di saat Ezran mula membuka pintu hatinya yang selama ini terkunci rapat, Emylia menjadi satu-satunya wanita yang berjaya membuatkan dia percaya bahawa cinta itu benar-benar wujud. Daripada sahabat menjadi kekasih. Daripada dua orang yang tidak pernah menyangka akan bersama, menjadi dua hati yang memilih untuk kekal selamanya. "Dia mencintai langit, sedangkan aku mencintai dia."
𝐌𝐚𝐰𝐚𝐫 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐇𝐮𝐦𝐚𝐢𝐫𝐚 de lvndrella
lvndrella
  • WpView
    Leituras 2,270,352
  • WpVote
    Votos 90,267
  • WpPart
    Capítulos 37
"Jangan paksa perasaan aku, Maira. Aku tak boleh cintakan kau sama macam aku cintakan arwah Zaharah. Kau bukan dia."-𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 Mana mungkin dia menerima kehadiran wanita lain selain daripada Zaharah. Dia seolah-olah enggan menerima bicara segenggam takdir yang melakarkan seribu dusta. Jiwa dan akalnya masih lagi percaya bahawa Zaharah pasti akan kembali di dunia. Sayang dan cinta kepada Humaira? Mustahil. Rasa itu masih belum berputik di dalam hatinya. Masih belum dapat dia utarakan. Dia masih menafikan itu. Menyelimuti semuanya dalam satu perasaan benci yang mendalam. Bagaimana mungkin dia melupakan kenangan indahnya bersama Zaharah? Bahkan setitik tinta sekalipun tidak dapat mengukir aksara untuk mengutarakan mahalnya kenangan di antara mereka. Maha dalam kasih seorang Azriel terhadap Zaharah. "Abang minta maaf, Zaharah. Abang dah kahwin dengan perempuan lain."-𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 Sedangkan Humaira? Menyimpan harapan yang tinggi menggunung. Kasihnya tumpah. Namun tiada siapa yang kutip. Penantiannya seiring waktu yang berjalan itu seolah-olah tidak berguna. Hati Azriel bukan untuknya. Sehingga apa yang dia harapkan itu luntur. Hancur menjadi debu-debu lara. Humaira memilih untuk mengalah. "Kita berpisah boleh?"-𝐋𝐀𝐔𝐑𝐀 𝐇𝐔𝐌𝐀𝐈𝐑𝐀 Akankah kewujudan cinta di antara mereka itu nyata? Akankah bahagia menjadi milik mereka? © lvndrella ⚠️ Hanya manusia berhati ultraman yang LAYAK baca.
QARL AL-FAWWAZ  (ongoing) de rlizzzz
rlizzzz
  • WpView
    Leituras 6,554
  • WpVote
    Votos 463
  • WpPart
    Capítulos 64
"Garang." Itulah perkataan pertama yang terlintas setiap kali Medina Aralynn melihat lelaki itu. Qarl Al-Fawwaz. CEO muda yang terkenal dengan wajah kacaknya, ketegasan yang sukar dibaca dan perangai garang yang membuatkan semua orang tegak macam pembaris bila dia lalu. Mulutnya memang tajam. Nada suaranya pula sentiasa tenang, dingin dan serius. Tapi entah kenapa, setiap kali dia bercakap, orang yang mendengar selalu tahan ketawa. "Benda mudah pun nak aku lukis atas dahi baru faham? Buat kerja, bukan buat dokumentari kehidupan." Garang. Tapi boleh buat orang tersengih sambil minta maaf. Tiada siapa berani melawan arahannya. Dan tiada siapa pernah melihat lelaki itu memberi layanan istimewa kepada mana-mana wanita. Termasuk Medina Aralynn. Tetapi mungkin ia akan berubah... Bagi Aralynn, lelaki itu hanyalah seorang ceo yang suka membebel dengan muka tak berperasaan. Sejenis manusia yang marah pun macam tengah baca berita. Sedangkan dirinya? Dia seorang pembantu peribadi. Seorang gadis yang sentiasa selamba. Kena marah pun masih boleh jawab dengan muka tenang. "Baik, bos. Saya salah. Tapi saya salah dengan penuh keyakinan." Dan entah macam mana, ayat itu pernah membuat Qarl diam tiga saat sebelum mengurut dahinya. Medina Aralynn memang banyak cakap. Kadang-kadang terlebih santai. Kadang-kadang lawak dia sendiri pun dia seorang yang gelak. Tapi walau mulutnya tak berhenti bercakap, setiap arahan Qarl tetap dia ikut tanpa banyak soal. "Bos suruh saya diam? Baik. Saya diam. Tapi dalam hati saya masih bercakap." TANPA SEDAR TEMBOK ITU RUNTUH.
HUBBY = STUDENT de Afna31
Afna31
  • WpView
    Leituras 1,373,626
  • WpVote
    Votos 64,416
  • WpPart
    Capítulos 47
Kahwin dengan anak murid? Althea buat rolling eye. Itu kisah typical Melayu. Tapi itu cerita sebelum dia belum posting lagi. Kisah lepas posting? "Cikgu, nak kahwin dengan saya tak?" "I love you cikgu." Althea sengih sampai gusi. Hari-hari dengar ayat yang sama daripada pelajar Tingkatan Enam, dia lali. Itu gurauan sahaja. Tidak perlu ambil pusing. Namun tidak setelah kemunculan seorang pelajar baru. Hidupnya berubah 24 jam. Haru biru. Dek kerana satu peristiwa dia bertaraf isteri kepada anak muridnya. Kalau yang jenis stok-stok-bakal-menantu-cair-mak-mentua-sejuk-mata-memandang takpelah, tapi? Suaminya taraf mafia sekolah. Ketua gangster. Ketua ponteng sekolah. Dan ketua segala kes langgar peraturan sekolah. Althea pening sendiri. Bagaimana dia menghadapi kereneh anak muridnya aka suaminya sendiri? Bagaimana dengan pihak sekolah?
𝐌𝐫. 𝐍𝐨𝐚𝐡 𝐀𝐢𝐥𝐟 : 𝐓𝐡𝐞 𝐃𝐞𝐯𝐢𝐥 𝐈𝐧 𝐒𝐢𝐥𝐞𝐧𝐜𝐞 [SU] de Cik_Livvnver
Cik_Livvnver
  • WpView
    Leituras 6,147
  • WpVote
    Votos 365
  • WpPart
    Capítulos 14
Noah Ailf - CEO Syarikat N.A. yang terkenal, Kejam, Baran, dan anti perempuan. Tapi macam mana kalau ada seorang wanita yang boleh hilangkan semua itu? Haneen, entah kenapa nama itu terus-menerus bermain di dalam minda fikirannya. Nama yang mampu membuat seorang Noah Ailf tunduk seketika. Haneen Az-Zahra, wanita yang dia kenal lemah lembut, baik hati, sopan santun, tapi satu saja dia tidak tahu 'wanita penuh rahsia'. Di mata Noah, Haneen bagaikan seorang bidadari yang jatuh dari syurga. Sampailah satu rahsia membuatkan Noah berfikir dua kali. "Hane? Betulkah ni?" - Noah Ailf Noah Ailf, jejaka yang sudah hidup dengan kertas selama 8 tahun. Bekerja di syarikatnya yang dianggap rumah kedua nya. Tidak pernah merasai apa itu jatuh cinta selama hidupnya, namun tidak untuk sekarang yang di kerana kan seorang wanita yang melamar untuk bekerja di syarikatnya. Wanita yang membuat dia jatuh cinta hanya dalam pada pandangan pertama. Tapi, apakah rasa itu akan bertahan selamanya? Namun, ketika hubungan keduanya mula semakin terbentuk. Sebuah rahsia terbongkar yang membuatkan hubungan keduanya diambang kehancuran. Kepercayaan, rasa sayang, rasa cinta, rasa aman, dan rasa lengkap itu, semuanya kini berada di tepi tebing gaung. "Elf... Jujur cakap. Saya dah tak kuat., Jangan macam ni Elf. Saya bukan robot." - Haneen Az-Zahra "Honey, I'm begging you. Don't walk away. Don't leave me... I need you to know how much I love you, Hane." - Noah Ailf Tapi, bagaimana jika semua yang terjadi juga adalah berpunca kepada, seseorang. Seseorang yang mereka sangka budak baik, yang tolong mereka, ternyata... Dialah, puncanya. Apakah, semua yang akan hancur itu akan kembali kukuh? "Sekarang, aku tak tau nak percaya siapa. Aku, aku... Sebenarnya apa yang kau nak? Kenapa kau muncul hanya nak hancurkan apa yang aku bina susah payah? Kau nak apa?" - Noah Ailf "I don't know... Aku just nak tolong, salahkah?" - ? VOTE, KOMEN DAN FOLLOW ...... Hasil Karya CikLivvnver Jangan copy karya saya.
𝐅𝐋𝐈𝐆𝐇𝐓 𝐓𝐎 𝐋𝐎𝐕𝐄 [𝐂] de thxnlya
thxnlya
  • WpView
    Leituras 872,240
  • WpVote
    Votos 30,934
  • WpPart
    Capítulos 77
𝐅𝐈𝐑𝐒𝐓 𝐁𝐎𝐎𝐊♥ ₊˚⊹♡ ᴀɴ ᴏʀɪɢɪɴ ᴏꜰ ʟᴏᴠᴇ ♡⊹˚₊ "When I love, I love badly not rudely." 𝐙𝐢𝐥𝐥 𝐑𝐚𝐲𝐳𝐚𝐞𝐥 merupakan seorang lelaki yang tenang dan bermulut celopar. Dia akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan sesuatu yang diinginkannya. 𝐀𝐢𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐙𝐡𝐚𝐟𝐢𝐫𝐚 seorang gadis yang berkelulusan dari Universiti Oxford. Dia berasal dari keluarga bangsawan. Namun, dia tidak akan semena-mena menggunakan harta ibu bapanya. Dia akan berusaha sendiri tanpa bantuan sesiapa. Pertemuan mereka disebabkan aturan keluarga. Mereka di aturkan untuk berkahwin. Zill tenang sahaja dan menerima serta cuba mendapatkan hati Aireen kerana dia yakin bahawa Aireen itu jodohnya. Namun, Aireen berasa sebaliknya. Mahu tidak mahu, Aireen perlu juga menerima kerana itu kehendak keluarganya. Namun, perkahwinan bukanlah perkara yang mudah. Ada sahaja dugaan yang melanda. Saat bahagia mula bertunas, hadir pula orang ketiga yang cuba meruntuhkan mahligai yang baru dibina. "Reen tak nak susahkan abang." -Aireen Zhafira "Sayang tak pernah susahkan abang. Please sayang, stay with me and i will prove to you that im not wrong." -Zill Rayzael Mampukah Zill mempertahankan rumah tangga mereka? Atau perkahwinan ini berakhir begitu saja? "I don't have anyone else. I only have you. I need you to stay. Please dont leave me, Sayang." -Zill Rayzael --- START: 30 JULY 2025 END: 18 OCTOBER 2025 ⚠️JALAN CERITA AGAK CRINGE‼️ ⚠️CERITA INI HANYALAH REKAAN SEMATA MATA‼️ 🚫PLAGIAT IS NOT ALLOWED‼️
Sedetik Lebih [COMPLETE] de CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Leituras 1,404,082
  • WpVote
    Votos 78,060
  • WpPart
    Capítulos 102
Maryam Elara tidak pernah menyangka, takdir akan menemukan dia semula dengan lelaki yang pernah menjadi suaminya, Raif Kaysan. Di sebuah majlis penuh gemerlapan, dia hanya seorang cleaner, sementara lelaki itu kini seorang CEO yang gah berdiri di puncak kuasa. Namun, tatapan Raif padanya bukan lagi penuh kasih, tetapi sarat dengan benci dan dendam yang bertahun-tahun terpendam. "Dahulu kau tinggalkan aku macam sampah. Sekarang kau datang sebagai apa? Cuma cleaner aje?" Raif melayan Maryam tak ubah seperti sampah, menghina dan merendah-rendahkannya tanpa belas. Dia mahu wanita itu merasa sakit, sama seperti luka yang Maryam tinggalkan dalam hidupnya dahulu. Tambah pula Maryam beralih kerja disyarikatnya, seakan membuka ruang untuk dia menjalankan misi dendam. "Jangan sebut nama aku, Jangan mengadu apa-apa pada aku, dan pastikan jarak kau berdiri 5 meter dari aku, faham?"-Raif Kaysan "Baik, brader."-Maryam Elara "Apa kau cakap?"-Raif "Tadi cakap tak boleh panggil nama, saya panggilah brader."-Maryam Setiap hari, Maryam hanya diam dan menerima segala perlakuan dingin Raif tanpa membantah. Dia tidak melawan, tidak juga merungut, meskipun lelaki itu menggunakan pangkatnya sebagai bos untuk membuli dan merendahkannya sesuka hati. Namun, tanpa sedar, sesuatu dalam diri Raif mula berubah. Dendam yang sekian lama membara perlahan-lahan pudar, digantikan dengan perasaan yang sepatutnya tidak wujud lagi, rasa yang pernah dia buang jauh-jauh dahulu. Kenapa? Kenapa hatinya mula goyah? Kenapa, setelah semua yang berlaku, dia masih mahu mencintai wanita itu? "Kalau masa berbaki sedetik lebih sekalipun, aku takkan patah balik pada kau."-Raif "Saya faham, jadi tak perlu bazirkan sedetik lebih itu untuk saya lagi."-Maryam Namun... adakah pertemuan Maryam membawa sebuah rahsia yang tersimpan sekian lama? Dan jika masa itu memiliki sedetik lebih lagi... apakah ia akan dipenuhi dengan cinta, atau terus dihimpit oleh dendam?
Permission to Fall, Prof! de cherryjryuna
cherryjryuna
  • WpView
    Leituras 287,387
  • WpVote
    Votos 17,374
  • WpPart
    Capítulos 44
📌 Slow Update! Mina Alaya hanya ingin menamatkan pengajiannya dengan tenang. PhD yang sedang diusahakan hampir ke penghujung dan dia bertekad untuk melalui semester terakhir itu tanpa sebarang gangguan. Bagi Alaya, dunia akademik sudah cukup menuntut seluruh perhatian dan tenaganya. Namun, segalanya berubah apabila penyelianya bersara secara tiba-tiba. Dalam keadaan terdesak, tanggungjawab itu diambil alih oleh seorang profesor baharu, Prof. Dr. Luth Mirza. Seorang lelaki yang tenang, berwibawa dan sukar dibaca. Pertemuan mereka pada awalnya sekadar urusan akademik antara pelajar dan profesor. Tetapi keadaan menjadi semakin rumit apabila Alaya menyedari lelaki itu juga merupakan jirannya sendiri. Pertemuan yang tidak dirancang mula berlaku lebih kerap dan perbualan yang sederhana perlahan-lahan membuka ruang kepada sesuatu yang tidak pernah Alaya jangkakan. Di saat Alaya cuba menjaga batas dan prinsipnya, kehadiran Mirza sedikit demi sedikit mengganggu ketenangan yang selama ini dipertahankan. Apabila hati mula berbicara, Alaya terpaksa berdepan satu persoalan yang tidak pernah terlintas dalam fikiran. Adakah dia mampu mengejar impiannya tanpa kehilangan hati yang tidak sepatutnya dimiliki?