Islamic Stories 💌
4 stories
Damai Kerana Kamu (OG) by sheskirana
sheskirana
  • WpView
    Reads 66
  • WpVote
    Votes 39
  • WpPart
    Parts 14
Sebuah kisah edisi khas menceritakan tenang sebuah pertemuan diantara dua orang insan yang bermula dengan sebuah kebencian bertukar menjadi pertemanan yang akhirnya masing-masing mula melangitkan doa buat hati mereka. "Pada setiap takdir yang tertulis, Allah tidak pernah tersalah atur."
Surat Terakhir Dari Aku Version 1 (BT) by AnirahNadi
AnirahNadi
  • WpView
    Reads 2,470
  • WpVote
    Votes 246
  • WpPart
    Parts 10
Dalam kehidupan Khansa Cairen dan Yusraf Mukim, setiap detik menjadi ujian yang membebankan menguji kesabaran, keyakinan, dan ketabahan mereka melebihi apa yang pernah dibayangkan. Mereka dipaksa berdepan dengan keadaan di mana hati dan akal sering bertembung, menuntut mereka memilih antara perasaan dan tanggungjawab. Di satu sisi, cinta hadir bersama keikhlasan dan pengharapan. Namun di sisi lain, realiti hidup memaksa pengorbanan, kesabaran, dan keberanian untuk menerima hakikat yang tidak mudah. Khansa, wanita tegas yang menyembunyikan luka dalam diam, terpaksa menilai setiap langkah dan keputusan yang dibuat. Dia tahu setiap pilihan membawa kesan besar-bukan sekadar kepada dirinya, tetapi juga kepada Yusraf yang diam-diam memerhati, memahami, dan menanggung gelora sendiri. Yusraf pula, seorang lelaki yang bijaksana, tenang dan bertanggungjawab, belajar untuk menghormati ruang dan rahsia yang disimpan Khansa. Walaupun jiwanya sering berperang dengan rasa, dia tetap memilih jalan sabar-kerana dalam hatinya, cinta bukan milik yang dipaksa, tetapi anugerah yang dijaga dengan doa. Mereka terperangkap dalam permainan perasaan yang kompleks, di mana cinta yang ikhlas bersulam kerisauan, rasa bersalah, dan ketakutan kehilangan. Setiap surat, setiap nota, dan setiap perkataan menjadi wadah yang menampung beban yang tidak mampu diungkap secara lisan. Dalam setiap helai surat yang ditulis, ada air mata yang jatuh tanpa sedar; ada doa yang disembunyikan antara baris-baris ayat yang lembut. Di situlah mereka belajar bahawa cinta sejati bukan tentang memiliki, tetapi tentang memahami, menghargai, dan melepaskan dengan reda. Kisah ini bukan sekadar kisah cinta dua hati yang teruji, tetapi juga perjalanan jiwa yang mencari makna di sebalik takdir, kehilangan dan pengampunan. Dari rasa bersalah yang menjerut, hingga penyesalan yang perlahan-lahan disucikan oleh doa, setiap langkah Khansa dan Yusraf membawa mereka semakin dekat kepada makna sebenar cinta kerana Allah.
[1] Kesetiaan Cinta Kita| Complete by nanakhirah
nanakhirah
  • WpView
    Reads 10,983
  • WpVote
    Votes 789
  • WpPart
    Parts 62
Kesetiaan Series Vol 1 My First Story - Stand Alone [Islamic Romance + Strangers to Lovers +Slow Burn]✨ Islamik ke? Entah... banyak stres saja kot... Jodoh... bercakap soal jodoh, Yang Maha Esa telah menentukan segala-Nya. Kita perlu terima dengan hati yang terbuka kerana setiap pertemuan pasti telah ditetapkan. Jatuh cinta ialah perasaan yang sangat indah bagi setiap insan yang merasainya. Apabila perasaan itu mula berputik di dalam hati seseorang, ia bakal membuatkan orang itu dihantui oleh bayang orang yang ia cintai. Nur Falisha Ayana... suatu nama indah yang sentiasa bermain di fikiran serta di bibir milik Tengku Falikh Ayden. Bagi dia, Nur Falisha Ayana adalah segalanya. Wanita yang berjaya membuatkan dia menaruh hati lalu terjatuh cinta sehingga bertahun lamanya. "Diri ya zawjaty yang secantik bidadari di syurga kerana setiap kali habib melihat senyuman ya zawjaty terasa seperti di syurga."~TENGKU FALIKH AYDEN "Habib memang seorang suami dan babah yang baik, seindah layanan habib terhadap diri sayang dan anak-anak kita. Terima kasih untuk segala layanan yang indah tu..."~NUR FALISHA AYANA Janji setia sehingga maut yang memisahkan atau hanya terhenti di tengah jalan? Marilah sama-sama kita hayati kisah cinta mereka! Date of start:25/10/23 Date of start publish 'back': 6/11/23 & 12/12/24 Date of complete: 3/1/2026 ALL RIGHTS RESERVED©️ nanakhirah AMARAN⚠️: DILARANG PLAGIAT SETIAP STORYLINE KARYA ASLI DARI HASIL PENULISAN NANAKHIRAH‼️ TRIGGERED WARNING : TW⚠️ SELF HARM MENTAL HEALTH ISSUES PAST TRAUMA HALLUCINATION Top Ranking: #1 mentalhealthawarness #3 setia #15 happy ending #25 islamic love #26 greenflag
Surat Terakhir Dari Aku Version 2 (BT) by AnirahNadi
AnirahNadi
  • WpView
    Reads 3,805
  • WpVote
    Votes 85
  • WpPart
    Parts 10
Tagline: Dia menulis surat terakhirnya, bukan untuk dikenang... tapi untuk melepaskan. . Khansa Cairen hidup dengan luka yang tak pernah sembuh. Dikhianati darah daging sendiri, dia dipaksa menjadi manusia yang tidak dikenali, dan melahirkan seorang anak tanpa nama. Terpaksa menanggung stigma dunia. Namun kasih seorang ibu tetap teguh meski badai hidup menghimpit. Dalam gelap itulah Allah hantarkan seorang lelaki buta yang melihat lebih jauh dari mata manusia celik. Ustaz Yusraf Mukim, tenang, bijaksana, namun menyimpan rahsia yang perlahan-lahan memamah jiwanya. Bersama dua sahabat setia, Muhammad Qabla Fakir dan Muhammad Syed Ihtisyam, serta Muhammad Dinie Iktizaz. Dan dia juga mempunyai PA peribadi yang setia dengannya. Yusraf membimbing Khansa kembali ke cahaya iman, memberi harapan baru, dan memperkenalkan kehidupan yang tenang di Pusat Rumah Nur Cahaya. Di antara mereka terbina sebuah hubungan yang tidak pernah diucapkan. Cinta yang tak dimiliki, hanya dijaga. Doa yang tidak disebut, hanya disimpan dalam diam. Meski begitu, Khansa tetap diuji oleh realiti, keluarga memanggilnya kembali, dan dia terikat dengan perkahwinan yang dipaksa demi janji duniawi. Sementara itu, Yusraf sendiri menanggung rahsia besar penyakit kanser yang hanya diketahui oleh sahabatnya. Khansa juga menanggung penyakit yang serupa, namun kedua-duanya tidak tahu keadaan masing-masing, sibuk dengan perasaan yang bertembung. Detik kritikal tiba ketika Yusraf menerima surat terakhir Khansa, luahan hati, doa, dan pelepasan yang tidak sempat diucapkan. Malam sebelum Khansa dinikahkan dengan lelaki pilih keluarganya, surat itu sampai meruntuhkan dunia yang Khansa cuba bina, dan menghidupkan kembali cinta yang tidak pernah sempat lahir. Pusat Rumah Nur Cahaya dan Tahfiz Nur-Ridha tetap menjadi saksi perjalanan jiwa yang terluka, tempat kelahiran semula harapan, dan bukti bahawa cinta yang ikhlas adalah cinta yang mampu melepaskan, walaupun hati tidak pernah benar-benar sembuh.