2026 1
81 kuwento
JIKA INI BUKAN TAKDIRKU ni nazyatim_
nazyatim_
  • WpView
    Reads 58,569
  • WpVote
    Mga Boto 1,942
  • WpPart
    Mga Parte 96
Third Story✨ Nadhir Idraki lelaki kampung yang hidupnya sederhana. Hanya ada van cabuk, kebun kecil, dan kasih seorang ibu. Wajahnya tenang, seolah-olah tiada dosa... Namun di sebalik kesederhanaan itu, dia menyimpan seribu satu rahsia yang tak pernah terungkap. Damia Qaisara wanita kota yang hidup dalam kemewahan. Segalanya ada di hujung jari. Namun hatinya penuh prejudis. Dia membenci orang kampungkerana cerita dan luka yang ditanam oleh orang sekelilingnya sendiri. Dua dunia yang berbeza. Dua jiwa yang tak pernah serasi. **** Tapi takdir... menemukan mereka dalam cara yang paling tak dijangka. " kahwin dengan aku." " apa...?!" ***** Perkahwinan tanpa rela. Tanpa cinta. Hanya keterpaksaan dan ego yang menguasai. Benci memang benci... tapi bila dah bergelar isteri, taat itu bukan lagi pilihan. Hidup mereka mula diuji. Hari demi hari... luka demi luka. Sehingga satu hari ujian paling besar muncul. " tapi dalam Islam, tak salah kalau lelaki kahwin lebih daripada satu..." " macam nilah dik... kalau kau dah desperate sangat nak laki aku tu, pergilah cakap sendiri dengan dia. Aku nak tengok juga... masih ada maruah ke tak dalam diri kau sebagai perempuan muslimah..?" Gila. Madu..? Ehh... ini Damia Qaisara lah. Langkah mayat aku dulu. ***** Namun... dalam diam, hati mula berubah. Perasaan yang dulu penuh benci... perlahan-lahan bertukar menjadi sesuatu yang sukar ditafsir. " kalau suatu hari aku tinggalkan kau... dan kita ditakdirkan berjumpa semula dalam keadaan yang kau sendiri tak pernah sangka... apa kau akan buat..?" " saya tak akan mudah-mudah maafkan awak. Waktu tu... perkataan maaf dari mulut awak dah tak ada nilai langsung bagi saya." Maaf itu mudah diucapkan... tapi untuk menerima..? Itu yang paling menyakitkan. Jika benar ini bukan takdirku... aku reda melepaskanmu. Namun jika kau adalah takdir yang tertulis untukku... Tuhan, satukanlah kami, walau sejauh mana kami tersasar Dilanda badai, Hatiku tetap Milikmu.
TENGKU RYAN FAKHRI [COMPLETE] ni missfiyaa
missfiyaa
  • WpView
    Reads 4,931
  • WpVote
    Mga Boto 55
  • WpPart
    Mga Parte 92
Perkahwinan tanpa cinta. Satu kontrak yang mengikat dua hati yang tidak pernah terdetik untuk menyatu. Dean, seorang wanita berdikari dan tegas, menerima lamaran perkahwinan kontrak daripada Tengku Ryan, pewaris muda yang punya kisah silam dengan bekas tunangnya, Farisha. Tujuan utama? Menenangkan keluarga dan mengelakkan tekanan daripada dunia luar. Namun, tanpa sedar, kontrak yang hanya di atas kertas mula berubah menjadi perasaan yang tulus dari hati. Hari demi hari mereka belajar memahami, menerima, dan mencintai dalam diam. Ketenangan hubungan mereka mula goyah apabila Farisha kembali menuntut hak yang tidak pernah wujud. Fitnah, ugutan, dan dendam memisahkan mereka - malah hampir meragut nyawa Dean. Dalam detik genting, cinta diuji. Ryan bertarung demi menyelamatkan Dean. Dia memilih untuk menjadi pelindung sebenar, bukan sekadar suami atas kontrak. Dean pula bangkit dari trauma, belajar mempercayai cinta Ryan dan dirinya sendiri. Selepas segala badai berlalu, mereka akhirnya hidup sebagai suami isteri sebenar bukan lagi kerana kontrak, tetapi kerana cinta yang lahir dan tumbuh dari luka. Dan apabila Dean akhirnya mengandung, itu menjadi bukti bahawa cinta mereka bukan hanya untuk hari ini... tetapi untuk selamanya.
Skate To Escape ni bluebixxx
bluebixxx
  • WpView
    Reads 85,338
  • WpVote
    Mga Boto 11,615
  • WpPart
    Mga Parte 57
ZILL AAYAZ bukan tipikal atlet yang mempunyai gaya hidup elit. Dia cuma seorang lelaki yang gilakan ais. Pagi, petang, siang dan malam dalam hidupnya bertemankan suhu sejuk sampai diri sendiri tak tahan dengan cuaca panas di Malaysia. Pengsan! Tetapi kekurangan itulah yang menjadikannya seorang atlet Men's Singles Figure Skater terbaik dalam sejarah. ALVA DELINA pula gadis malang yang baru berhenti kerja sebagai pengurus kepada salah seorang pemain bola sepak Malaysia tanpa sebarang pelan alternatif. Tertekan memikirkan caranya membayar komitmen bulanan semasa menjadi penganggur, dia akhirnya ditawarkan pekerjaan baru dengan gaji yang lumayan. Tetapi, sebagai seorang pengurus atlet lagi! "Tapi itulah, I think I should reconsider. Kau...agak berbahaya. Kau langgar aku tadi. Aku tak boleh jangka apa kau boleh buat masa akan datang nanti. Tak nak aku ambil risiko." - Zill Aayaz "Kalau kau rasa tak nak terima aku, it's okay. I don't mind either." - Alva Delina Hubungan kerja antara Alva dan Aayaz membawa mereka ke alam perkahwinan dalam keadaan terpaksa. Tidak bercinta tapi tahu-tahu sudah berkahwin. Yang seorang jenis berat mulut dan tak pandai tunjuk emosi, yang seorang lagi ada sifat rendah diri yang buat dia sentiasa overthinking. Jadi, ke mana hala tuju perkahwinan mereka? "Salah aku. I admit it. Aku perempuan, isteri kau, manager kau lagi. Tapi berani-berani bergaduh dekat situ. Macam orang tak matang." - Alva Delina "Kalau lelaki tu biadap dengan kau, orang expect apa daripada kau? Hormat dia balik? Mengarut." - Zill Aayaz
When Valen Falls In Love -completed ni ariana_arahman
ariana_arahman
  • WpView
    Reads 31,874
  • WpVote
    Mga Boto 905
  • WpPart
    Mga Parte 58
Damien tidak pernah merancang untuk jatuh cinta. Jasmin Adira pula tidak pernah menyangka lelaki yang menyelamatkannya akan menjadi orang yang paling sukar untuk dilepaskan. Di sebalik pertemuan yang kelihatan biasa, hadir sebuah hubungan yang mengajar mereka tentang kepercayaan, pengorbanan dan cinta. Namun, apabila kehidupan mula membawa mereka ke arah yang tidak pernah dijangka, mampukah mereka terus berpegang pada perasaan yang sama?
My Beautiful Humayra [C] ni 28janee0
28janee0
  • WpView
    Reads 12,105
  • WpVote
    Mga Boto 566
  • WpPart
    Mga Parte 45
[3ʳᵈ book♡] [𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮𝐇𝐚𝐳𝐢𝐦𝐇𝐢𝐫𝐳𝐚𝐧᙭𝐀𝐢𝐬𝐲𝐇𝐮𝐦𝐚𝐲𝐫𝐚] Aisy Humayra ialah seorang pemilik kedai Aisy Florist, iaitu sebuah kedai bunga yang terletak di sebuah pekan. Dia telah bertemu dengan Tengku Hazim Hirzan, CEO HZ Holding. Tengku Hazim Hirzan seorang yang tenang dan tidak mudah mengalah.. Pertemuan yang tidak disengajakan itu telah menyebabkan kisah antara mereka bermula. "Aduhh! Kau ni jalan tu boleh tak guna mata! Lain kali tengok ada orang ke tak kat depan!" -Tengku Hazim Hirzan- "Ehemm. Ewah ewah encik.. Sapa yang jalan tak guna mata hah? Encik tu yang ralit sangat tengok fon. Lain kali masa jalan tu tengok depan bukan tengok fon.." -Aisy Humayra- Jatuh cinta untuk kali yang kedua bukan mudah, ditambah pula dengan kisah silam Humayra yang tidak berapa indah dengan bekas kekasihnya dahulu, namun itu tidak menjatuhkan semangat Tengku Hazim untuk terus menyakinkan Aisy Humayra bahawa dia akan mencintai Humayra dengan seikhlasnya. Bila bahagia mulai tercipta antara mereka, mereka berdua ditimpa pula dengan ujian dari-Nya.. Ujian bila berumah tangga itu sudahpun menjadi lumrah. Namun, ujian yang dihadapi oleh Hazim dan Humayra bukanlah ujian yang mampu diterima oleh semua orang.. Kehilangan insan yang sudah lama berada dalam hidup kita, ibarat hilangnya separuh nyawa.. "Allahuakbar.. Ya Allah.. Aku tak kuat, ya Allah.." -Tengku Hazim Hirzan- #1 perasaan - on 26/11/25 #1 hati - on 2/1/26, 29/3/26 ⚠️Cringe and banyak kesalahan typo. Mohon ditegur jika ada salah dan silap.. 📝 DALAM PROSES MENGEDIT SEMULA DAN MEMBAIK PULIH! ✒️ Idea asal daripada saya! Dilarang plagiat! Start - 1 Mac 2024 End - 17 Mei 2025
RAFAEL'S  ni ryadrea
ryadrea
  • WpView
    Reads 2,591
  • WpVote
    Mga Boto 314
  • WpPart
    Mga Parte 57
| Book 1 [New Version] TENGKU EMIR RAFAEL Seseorang yang berharap perjalanan hidup dia hanya sebuah mimpi yang tidak akan menjadi nyata.
Untuk Dia Selamanya | C ni elndradefiorella
elndradefiorella
  • WpView
    Reads 10,834
  • WpVote
    Mga Boto 252
  • WpPart
    Mga Parte 71
Kasyal Zafildan ℘ Tara Ezmilda Tara Ezmilda. Seorang gadis yang hidupnya cuma sederhana. Sejak ibu tiada, dia sudah terbiasa menurut dan berdiri sendiri. Cinta tidak pernah menjadi keutamaan. Namun, semuanya berubah apabila seorang lelaki berhati mulia hadir dalam hidupnya. Dialah, Kasyal Zafildan. Seorang pemuda yang baru sahaja dilukai. Tetapi, setiap kali Tara memerlukan seseorang, dia ada. Dia tahu gadis itu menyembunyikan sesuatu, bukan hanya sekadar rahsia tetapi luka yang mendalam. Nekad, dia mahu menjadikan gadis itu sebagai isterinya, melindungi dan membahagiakannya. "Saya rasa saya selalu bawa masalah pada awak. Saya takut awak menyesal sebab terima saya sebagai isteri awak." - Tara Ezmilda "Kalau abang boleh putar masa dan kalau abang boleh pilih semula siapa yang abang nak sebagai isteri abang, seratus peratus abang tetap akan pilih sayang. Dan selamanya abang akan tetap pilih awak, sayang." - Kasyal Zafildan Bersama Kasyal, dunia Tara terasa lebih cerah. Ada tawa tanpa dipinta, ada lirikan mata yang berbicara tanpa suara. Dan kerana itulah, dia mula sedar bahawa hatinya yang dahulunya tertutup rapat, kini telahpun terbuka. Tetapi dunia mereka bukan hanya tentang cinta berdua. Ada luka lama yang belum sembuh dan ada manusia di sekeliling yang tidak pernah berhenti menyakiti. Sejak kecil, Tara dibesarkan dalam bayang-bayang ibu tiri yang melihatnya bukan sebagai keluarga tetapi sebagai beban. Meskipun begitu, bagi Kasyal, kasih sayangnya bukan hanya untuk menampung kekurangan Tara tetapi untuk menyembuhkan hati gadis itu yang telah lama dibiarkan sakit. Dia tidak sekadar ingin menjadi seorang suami tetapi menjadi pelindung dan tempat pulang yang isterinya tidak pernah ada. Namun, mampukah cinta yang lahir daripada luka bertahan? Dan mampukah Kasyal terus mempertahankan Tara saat semuanya cuba menjatuhkan? "Untuk dia, tentang dia, yang namanya tidak akan pernah pudar."
Radhia Ellara :you're the one [C] edit ni itsreneeza
itsreneeza
  • WpView
    Reads 67,031
  • WpVote
    Mga Boto 3,578
  • WpPart
    Mga Parte 91
RADHIA ELLARA & TENGKU RAEZ ERSHAAD. • • Pertemuan yang tak disangka di sebuah university antara seorang pensyarah lelaki yang tegas dan seorang pelajar perempuan yang dingin tapi memikat. Dalam diam, si pensyarah mula menyimpan rasa. Oh pasal pagi tadi sokayla, lagipun waktu tu awak bukannya tahu siapa saya kan ? -Raez Ershaad. Haah, waktu tu saya ingat security baru yang nak melamar kerja kat sini -Radhia Ellara. Satu pertemuan tak dirancang di university menyatukan seorang pensyarah lelaki dan pelajar perempuan. Cinta yang tumbuh dalam diam akhirnya membawa mereka ke jenjang perkahwinan. -Happy end- ---------------- ⚠️DON'T PLAGIARISM cerita ini 100% daripada idea saya. ⚠️DON'T COPY MY STORY. Tq. HAPPY READING !❤️
NAURA MELISSA ni SyuhadaRozali
SyuhadaRozali
  • WpView
    Reads 9,405
  • WpVote
    Mga Boto 349
  • WpPart
    Mga Parte 77
Naura Melissa. CEO muda, cantik, kaya dan mempunyai satu hobi yang sangat konsisten iaitu membuat orang naik darah. Selepas berjaya menyebabkan beberapa orang bodyguard berhenti kerja, Dato' Affendi akhirnya hilang sabar. Kali ini, beliau membuat keputusan paling drastik dalam hidupnya. Melantik Fikry Khalish sebagai bodyguard peribadi Naura. Malangnya, Fikry bukan jenis pekerja yang tahu perkataan "ya, cik". Lelaki itu suka membangkang, suka menyindir, dan langsung tak terkesan dengan ugutan Naura. Bagi Naura, Fikry ialah manusia paling menyakitkan hati yang pernah dia jumpa. Bagi Fikry pula, Naura ialah bos paling cerewet, paling degil dan paling suka cari pasal. Setiap hari ada saja perang baru. Bergaduh dalam kereta. Bergaduh dalam pejabat. Bergaduh waktu makan. Kadang-kadang bergaduh sebab benda yang langsung tak masuk akal. Namun dalam kekecohan yang tak pernah berhenti itu, sesuatu mula berubah. Kerana semakin kuat mereka cuba menjauh, semakin susah pula untuk melepaskan. Dan bila benci mula bertukar menjadi cinta... Masalah sebenar pun bermula.
LAST FORMULA ni Missyuki12_
Missyuki12_
  • WpView
    Reads 15,324
  • WpVote
    Mga Boto 1,014
  • WpPart
    Mga Parte 47
Hector Braselton X Nur Eira Dalam dunia Formula 2 yang penuh kelajuan dan perhatian media, Hector Braselton ialah pelumba muda Sepanyol yang berbakat tetapi dingin, angkuh dan sukar untuk didekati. Hidupnya mula berubah apabila dia bertemu Nur Eira, seorang model tangan dan pemilik kafe yang langsung tidak terpesona dengan nama besarnya. Pertemuan pertama mereka di Litar Sepang bertukar menjadi pertengkaran apabila Eira tanpa sengaja menghalang laluannya. "Are you blind? Move, ahora mismo!" marah Hector. Eira berkerut dahi. "What did you just say?" Hector mengeluh geram. "I said move. You're blocking my way." "Oh, sorry. I didn't know the track belongs to your royal highness." "Dios mío... you're really annoying." "And you're really arrogant." Namun takdir menemukan mereka sekali lagi apabila mereka terpaksa menjadi model kempen bersama untuk sebuah jenama besar. Hector yang tidak biasa dicabar mula berdepan dengan seorang wanita yang langsung tidak takut melawannya, manakala Eira mula melihat sisi lain lelaki yang selama ini hanya dikenali sebagai pelumba sombong. Tetapi apabila dunia perlumbaan, tekanan media dan rahsia lama mula menghampiri mereka, mampukah dua hati yang sering bertembung ini mengakui perasaan yang semakin berkembang?