want to read it T^T
4 hikaye
MY LOVE SIGNAL [OG] tarafından leesophielia
leesophielia
  • WpView
    OKUNANLAR 3,107
  • WpVote
    Oylar 349
  • WpPart
    Bölümler 7
[SPORT ROMANCE 4] 'Born for the Ice.' Mereka pernah dijulang. Mereka pernah menjadi kebanggaan. Namun hanya kerana satu insiden tragis yang berlaku lima bulan lalu, nama Ice Squad United jatuh menjunam. Kepercayaan hilang. Reputasi musnah. Apa yang dibina bertahun-tahun lamanya, runtuh sedikit demi sedikit. Kehadiran Jihan Denara sebagai Konsultan Komunikasi dianggap sinar baharu buat kelab itu. Dia dipertanggungjawabkan untuk memulihkan semula imej Ice Squad United yang semakin tercalar. Mudah? Langsung tidak. Kerana bukan semua orang mahukan perubahan. Terutama sekali para pemain. "You seem nice. But I don't do girlfriends." - EISA MUQRI "Jangan risau. I don't do boyfriends, either!" - JIHAN DENARA Bagi Jihan, Eisa ialah manusia paling menyebalkan yang pernah ditemuinya. Degil, kapten poyo dan terlalu yakin bahawa dunia perlu bergerak mengikut rentaknya. Namun apabila mereka dipaksa bekerjasama demi menyelamatkan imej pasukan yang sedang berdepan pelbagai kontroversi, garis antara benci dan suka mula menjadi kabur. Semakin banyak masa dihabiskan bersama, semakin sukar untuk mereka menafikan tarikan yang wujud. Tetapi dalam dunia sukan profesional, cinta bukan sekadar soal perasaan. Kerana kadangkala, isyarat yang paling sukar untuk dibaca bukan datang dari gelanggang. Tetapi dari hati sendiri. START : 2 JULAI 2026 END :
Her FIRST LOVE In High School [OG] tarafından AriaQai
AriaQai
  • WpView
    OKUNANLAR 9,064
  • WpVote
    Oylar 489
  • WpPart
    Bölümler 18
AYDENMIKHAEL X ARIAQAIRINA Start : 1 December 2025 End : ? ✨️ ⚠️ Banyak perkataan kesat❗️ ⚠️ Jangan baca kalau rasa cringe❗️ Happy Reading 💞
Yang Tertulis Antara Kita ( H ) tarafından kiraes
kiraes
  • WpView
    OKUNANLAR 26,859
  • WpVote
    Oylar 1,620
  • WpPart
    Bölümler 31
Azan Asar baru sahaja berkumandang. Hanya desiran angin menyelinap masuk ke ruang solat wanita, bersama bunyi serakan kain telekung yang tergesa-gesa dibetulkan. Aisyah Az-Zahra bergegas membetulkan lipatan telekung di bawah dagunya. Belum sempat dia berdiri tegak, suara imam mula kedengaran. Dalam diam, langkahnya terhenti. "Allahu Akbar..." Takbir itu... lembut, tetapi ada ketegasan yang menusuk jauh ke hatinya. Aisyah terpaku. Tangannya yang memegang sejadah sedikit terlepas. "Ya Allah, suara ni..." - Aisyah Az-Zahra Dia segera berdiri lalu beristighfar kecil dalam hati. "Astaghfirullahaldzim Aisyah, jangan fikir bukan-bukan..." - Aisyah Az-Zahra Namun, apabila imam mula membaca surah Al-Fatihah, dada Aisyah kembali bergetar. "Bismillahirrahmanirrahim..." Suara itu mengalun tenang, dengan nada yang sama seperti dahulu iaitu nada yang pernah menenangkan jiwanya, yang selalu membuatnya rasa selamat. Kelopak mata Aisyah mula membasah dan timbul satu soalan di dalam hatinya. "Abi...?" - Aisyah Az-Zahra Dia cuba menahan diri. Namun, setiap kali imam membaca ayat Al-Quran dan bacaan solat, fikirannya tidak tentu arah memikirkan suara itu lalu satu wajah terpampang dalam fikirannya. Akhirnya, air matanya kini jatuh di pipinya. Setiap huruf, setiap getaran suara itu seperti menyentuh hati yang telah lama kosong. Selepas salam terakhir, Aisyah masih duduk di atas sejadahnya. Hatinya berdegup laju, mata tak lepas dari tabir pemisah. Fikirannya masih berteka-teki dengan suara imam tersebut. Siapakah sebenarnya di sebalik suara itu, sehingga setiap alunan ayatnya mampu menggoncangkan ketenangan di hati Aisyah Az-Zahra?