We've updated our Content Guidelines.
Review the latest guidelines to keep sharing stories safely.
favvesttteverrrr
3 stories
KESEMPATAN KEDUA by MairaAdh
MairaAdh
  • WpView
    Reads 313,652
  • WpVote
    Votes 28,841
  • WpPart
    Parts 61
(Stand Alone) Setiap orang ada menyimpan satu rahsia besar di dalam hidup mereka. Rahsia terbesar Airis adalah dia pernah bercinta dengan abang kawan baiknya sendiri. Dia mengandung dan mempunyai anak, hasil dari hubungan haramnya dengan lelaki bernama Firash Baihaqi. Nasib Airis malang apabila ditinggalkan dan harus menanggung semuanya seorang diri. "Selepas kau lahirkan anak tu, aku akan serahkan dia kepada orang lain. Maknanya dia bukan anak kau lagi dan orang lain takkan tahu yang kau pernah mengandung sebelum ini." Apakah pilihan yang Airis ada? Dia memalukan orang tuanya dengan perbuatan kejinya. Waktu tidak boleh diundurkan semula. Saat lahirnya anak yang dikandung selama sembilan bulan itu, dia hanya sempat mengucup sekali wajah si anak sebelum dibawa pergi. Untuk selamanya. Airis memulakan kehidupan baru dengan membawa diri jauh dari keluarga. Selama empat tahun dia hidup menderita kerana kesilapan lalunya. Dia juga tidak pernah berhenti mencari anaknya. Kerana dia yakin anaknya masih hidup di luar sana. Harapannya hanyalah diberikan kesempatan kedua untuk bertemu si anak. "Kahwin dengan Riyaz. Keputusan ayah muktamad!" Dipaksa untuk berkahwin dengan lelaki yang tidak dikenali adalah satu keputusan yang paling sukar buat Airis. Bagaimana dia mahu mengahwini lelaki yang dia tak cintai? "Saya tak nak kahwin dengan awak. Saya tahu ni aturan keluarga kita. Awak pun mesti tak rela, sama macam saya." - TENGKU AIRIS KIRANA "Awak silap, Airis. Family saya tak ada kaitan dalam hal ni. Saya yang nak kahwin dengan awak. Sangat-sangat." - RIYAZ ARSHAN Kejujuran itu penting dalam sesebuah hubungan. Pengkianatan juga akan menghancurkan hubungan cinta yang baru dibina. Seberapa lama perkahwinan ini akan bertahan? Kisah cinta mereka bukan mudah.
𝐖𝐢𝐥𝐥 𝐁𝐞 𝐁𝐚𝐜𝐤 | C by missdiraa
missdiraa
  • WpView
    Reads 101,313
  • WpVote
    Votes 6,240
  • WpPart
    Parts 66
"Zarfina Alesya binti Muhammad Khad, abang ceraikan Fina dengan talak satu." Dengan sekali lafaz, maka terlerailah sudah ikatan sah antara Nazrul Dzulhanan dan juga Zarfina Alesya. Bukan kerana orang ketiga, tetapi kerana ego masing-masing yang akhirnya membawa kepada perpisahan. Dan saat itu, Nazrul sangkakan kehidupan mereka akan baik-baik sahaja sambil membesarkan Nayfa Allara. Namun, semua berubah bila Zarfina pergi meninggalkannya dan buah hati mereka. "Abang minta maaf, Fina... abang betul-betul minta maaf. Abang sayangkan Fina sangat-sangat." - 𝐍𝐀𝐙𝐑𝐔𝐋 𝐃𝐙𝐔𝐋𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 Penyesalan yang akhirnya menghantui diri selama tiga tahun telah mengubah hidup Nazrul Dzulhanan menjadi lelaki yang dingin. Baginya kehilangan Zarfina adalah satu kehilangan terbesar dalam hidup itu. Dia hampir hilang separuh nyawa sehinggalah dia bertemu dengan seseorang yang memiliki wajah yang serupa. "Saya Zafiya. Dan awak siapa?" - 𝐙𝐀𝐅𝐈𝐘𝐀 Seorang gadis yang memiliki semua yang Nazrul rindukan. Dari wajah, suara sehinggalah perwatakan membuatkan Nazrul Dzulhanan membayangkan bekas isterinya. "Mungkin saya tak faham di tempat awak. Tapi awak kena tahu yang bukan awak sorang je rasakan kehilangan tu. Saya pun rasa benda yang sama. Saya kehilangan kakak saya." Mereka memiliki luka yang sama dengan rasa kehilangan yang sama. Disaat Zafiya ingin mengisi kekosongan yang ada di hati si kecil, satu perasaan yang sudah dijangka akhirnya muncul. "Awak boleh anggap saya Zarfina kalau awak nak." Makin dekat dengan gadis itu, semakin Nazrul sukar untuk melupakan kehadiran Zarfina. Namun siapa sangka, disebalik semua perasaan dan bayangan yang dia lihat telah mengembalikan cinta yang pernah mati. "Temukanlah aku dengan dia, untuk kali ini saja."
Vow Of Hope by lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    Reads 1,832,720
  • WpVote
    Votes 65,255
  • WpPart
    Parts 81
[1st romance] Ray Qhalif | Alice Dayana Alice Dayana. Namanya secantik orangnya, namun kehidupannya jauh dari sempurna. Lahir dalam keluarga yang retak, dia hanya mampu menumpang kasih dari ibu tiri yang tidak pernah benar-benar menyayanginya. Dalam perjalanan hidup yang penuh liku, hadirnya Ray Qhalif, seorang lelaki tampan dan misteri, mengubah segalanya. Hubungan mereka yang bermula secara profesional perlahan-lahan bertukar menjadi sesuatu yang lebih bermakna. Cinta yang tidak dirancang. Namun, mampukah cinta itu menjadi penyelamat Alice? Adakah Ray sanggup menerima masa lalunya dan membawa dia keluar dari kehidupan yang selama ini menyeksakannya? Atau bahagia itu sekadar impian yang sukar digapai? beautiful cover: @pplyoumayknow