We've updated our Content Guidelines.
Review the latest guidelines to keep sharing stories safely.
🪖🤍
2 stories
DERITA DALAM JANJI by atiqahzainalll
atiqahzainalll
  • WpView
    Reads 1,066
  • WpVote
    Votes 37
  • WpPart
    Parts 13
AMISHA AMEENA percaya hidupnya sudah cukup sempurna. Kerjaya yang dibanggakan, keluarga yang menjadi tempat pulang, dan kehidupan yang berjalan seperti yang dirancang. Tiada apa yang perlu dikejar, tiada apa yang perlu dipersoalkan, sehinggalah Kapten Danish Danial hadir tanpa diundang. Lelaki yang hadir membawa ketegasan, rahsia dan sebuah dunia yang tidak pernah Amisha kenali. Pertemuan mereka perlahan-lahan mengubah sesuatu dalam hati Amisha. Cinta yang pada awalnya tidak pernah diminta, akhirnya menjadi sesuatu yang paling sukar untuk dilepaskan. Namun, cinta bukan selalu tentang dua hati yang memilih untuk bersama. Ada rahsia yang mampu meretakkan kepercayaan. Ada pengorbanan yang terpaksa disembunyikan. Ada ujian yang membuat dua manusia mula mempersoalkan adakah cinta benar-benar cukup untuk mempertahankan sebuah hubungan? Dan apabila cinta mereka mula goyah, Amisha terpaksa memilih antara mempertahankan lelaki yang dicintainya atau merelakan sesuatu yang mungkin sejak awal bukan ditakdirkan untuk kekal. Kerana tidak semua yang kita cintai ditulis untuk menjadi milik kita selamanya. Jadi, apa yang sebenarnya menggoyahkan cinta mereka? Ujian apakah yang menanti di penghujung perjalanan? Dan apabila hati sudah terlanjur memilih, adakah cinta mereka akan tetap dimiliki, atau akhirnya menjadi sebuah kenangan yang terpaksa direlakan?
JANJI YANG TERPUTUS [ C ] by atiqahzainalll
atiqahzainalll
  • WpView
    Reads 66,229
  • WpVote
    Votes 2,053
  • WpPart
    Parts 40
Muhammad Zayyan Firas, pegawai komando PASKAL. Hidupnya terbiasa dengan medan perang, kehilangan, dan kehilangan semula. Baginya, cinta bukan lagi sesuatu yang perlu dikejar... sehinggalah Allah hadirkan Nur' Atiqah dalam hidupnya. Gadis muda yang tidak sempurna, tapi cukup sederhana untuk menyentuh bahagian hati yang paling dalam. Dengan satu lafaz, mereka disatukan. Dalam ikatan yang bukan sekadar janji dunia, tapi ikrar di hadapan Tuhan. Namun takdir tak pernah menjanjikan jalan yang lurus. Satu misi mengubah segalanya. Satu tembakan memisahkan mereka. Satu kehilangan yang membuatkan rindu bertukar jadi doa. Dan doa menjadi satu-satunya bahasa antara dua jiwa yang terpisah oleh jarak, waktu... dan ujian yang tidak kelihatan. Zayyan masih berdiri di medan tugas. Atiqah masih di katil ujian. Tapi cinta mereka tidak pernah rebah. "Kalau saya tak sempat ada waktu awak buka mata, ingatlah... saya sentiasa tunggu. Dalam diam, dalam doa, dalam setiap detik saya masih hidup." Ini bukan kisah cinta biasa. Ini kisah dua jiwa yang dipertemukan atas nama Allah... dan diuji juga atas nama yang sama. Kerana janji yang disebut dalam sujud, tidak akan pernah hilang arah. Ia hanya menunggu untuk ditunaikan. Dengan sabar. Dengan setia. Dengan takdir.