OG
5 stories
Ziyad Mikael : Her Captain by thedmiass_1303
thedmiass_1303
  • WpView
    Reads 1,803
  • WpVote
    Votes 89
  • WpPart
    Parts 19
Aurelia & Ziyad Dalam sebuah dunia yang dipenuhi dengan tanggungjawab, pengorbanan dan rahsia, hadir sebuah kisah tentang dua insan yang berasal daripada dunia berbeza. Aurelia, seorang wanita yang memiliki impian dan hati yang lembut, tidak pernah menyangka hidupnya akan berubah apabila dia mengenali Ziyad Mikael seorang pegawai elit Grup Gerak Khas (GGK), seorang lelaki yang mengabdikan hidupnya kepada negara. Ziyad bukan sekadar seorang anggota pasukan khas. Di sebalik ketegasan, disiplin dan keberaniannya, tersimpan sisi seorang lelaki yang hanya ingin melindungi insan yang dia sayangi. Namun, kehidupan sebagai anggota GGK bukanlah mudah. Setiap misi membawa risiko, setiap jarak menguji kesetiaan, dan setiap pengorbanan menuntut kekuatan hati. Apabila cinta mereka diuji dengan masa, jarak dan tanggungjawab, mampukah Aurelia dan Ziyad mempertahankan janji yang pernah mereka lafazkan? Atau adakah takdir akan membawa mereka ke jalan yang berbeza?
𝐊𝐚𝐩𝐭𝐞𝐧 𝐇𝐮𝐝 𝐓𝐡𝐚𝐪𝐢𝐟 | OG by syirahnees_
syirahnees_
  • WpView
    Reads 28,121
  • WpVote
    Votes 2,535
  • WpPart
    Parts 47
STAND ALONE 𝐇𝐮𝐝 𝐓𝐡𝐚𝐪𝐢𝐟 & 𝐌𝐞𝐥𝐮𝐫 𝐓𝐲𝐚𝐫𝐚 Angkat sumpah setia demi negara, maka selamanya bersiap siaga melantangkan suara demi daulat. Nyawa sedia menjadi galang ganti andai takdir inginkannya di medan tempur. Menyandal pangkat kapten GGK untuk melatih pasukan komando dan bakal komando di bawah suara sendiri. Hud Thaqif. Lelaki yang bukan hanya tahu memberi bicara kosong melalui mulut, begitu juga bahasa tubuh yang tidak lelah menyalurkan semangat perwira ke dalam darah komando. "Kepala kau ke mana?! Serupa ayam remuk terapung kat padang!" - HUD THAQIF Muka ketat di pangkalan, namun dalam hati ada taman. Hanya bersama Melur Tyara, dia mampu ketawa selama mana. "Tak ada apa yang istimewa tentang saya, Encik Thaqif." - MELUR TYARA "Kalau bunga melur tak istimewa, dunia ni dah lama kehilangan wanginya." - HUD THAQIF Bila operasi tergempar berlaku di hutan Borneo, Lahad Datu yang memanggil para rejimen menyelesaikan misi pencerobohan militan asing, semuanya membawa kepada rahsia era penjajahan Tanah Melayu dulu. Mengheret mereka kepada arwah Leftenan Hamdan, seorang askar Melayu yang memperjuangkan nama merdeka dahulu kala. Namun, entah kenapa pada masa yang sama Melur di ambang bahaya. Tapi bagi Thaqif, sumpah setia adalah janji selamanya. Tak ubah seperti sumpahnya bila menyarung beret ke kepala, begitu juga dia bersumpah untuk berbakti selamanya di sisi Melur. "Ada sesuatu tentang Leftenan Hamdan, yang abang serta rakan seperjuangan tak tahu..." - MELUR TYARA Serangan demi serangan yang cuba mengancam isteri, membuatkan Thaqif lebih yakin musuh yang sama cuba memperkotak-katikkan rumah tangga mereka. Mereka mahukan Melur, bukan dia. Satu demi satu bukti ditemui, jawapan diseret menghadap Melur. Badai datang mengetuk, ada ancaman musuh dalam selimut bersama gunting dalam lipatan! Namun sekali sumpah, Melur sentiasa adalah amanah untuk dia berbakti. Selamanya.
TAKDIR CINTA LUFYA by Daniaaryanna
Daniaaryanna
  • WpView
    Reads 60,558
  • WpVote
    Votes 6,411
  • WpPart
    Parts 38
STATUS: ONGOING Lufya Elaina x Irzan Qashfi Lufya Elaina dan Irzan Qashfi adalah dua jiwa yang pernah terluka disebabkan cinta. Namun definisi cinta bagi mereka berdua adalah berbeza. Bagi Lufya Elaina cinta itu membodohkan, kerana luka tercipta dari sesorang yang dianggap istimewa. Bagi Irzan Qashfi pula cinta itu membahagiakan, kerana cinta memberikan rasa yang sukar untuk diungkapkan dengan kata kata. Perwatakan Lufya yang garang dan anti lelaki buatkan Irzan tertarik untuk mengenali gadis comel itu lebih dekat. Walaupun ditolak mentah mentah, namun Irzan tak berputus asa. Katanya dia sukakan cabaran. "Luf, you tak rasa ke jodoh kita kuat? Kat mana I pergi mesti terserempak dengan you?" -IRZAN QASHFI "Stop calling me Luf, I tak suka!" -LUFYA ELAINA "Okay shorty grumpy cheeky boom boom." -IRZAN QASHFI "Benci betul lah dia ni. You ni memang annoying kan!" -LUFYA ELAINA Awalnya Lufya rimas dan annoying dengan sikap tak tahu malu Irzan, namun tanpa sedar ianya mula menimbulkan rasa aneh yang sudah lama terkubur. "You kena lupakan apa yang dah lepas. Stop revisiting your past. You berhak bahagia Lufya Elaina." "Till now it hurts Qash. Dia boleh hidup bahagia tanpa rasa bersalah, sedangkan I masih berjuang dengan rasa trauma dan sakit yang tak berpenghujung." -LUFYA ELAINA "Then let me heal every broken pieces of you Luf. Let me love you the right way. I promise, I will show you what real love looks like." -IRZAN QASHFI Berjayakan Irzan Qashfi mendapatkan cinta Lufya Elaina, kerana cinfa Lufya sudah habis di orang lama. Mungkinkah TAKDIR CINTA LUFYA bakal menyatukan mereka atau sebaliknya? Started date - 17/6/25
Bunga Pilihan Takdir by reverielyn
reverielyn
  • WpView
    Reads 56,636
  • WpVote
    Votes 4,907
  • WpPart
    Parts 30
Hamra dalam doa, dia dalam nyata...
Gadis Kepunyaan Tuan Aali by zojosei
zojosei
  • WpView
    Reads 2,196
  • WpVote
    Votes 37
  • WpPart
    Parts 5
Sembilan tahun hidup Dato' Aali Aziz bergantung pada bunyi mekanikal pam LVAD-jantung buatan yang menjadi talian hayatnya. Namun, saat sebuah peluang keemasan muncul melalui penderma jantung yang sepadan, harapan yang malap kembali marak. Tetapi, setiap peluang ada harganya. Di sebalik dinding hospital dan kemegahan Menara Petronyx, tersembunyi sebuah janji dan pemilikan yang tidak terduga. Bagi Aali Azrael, melihat ayahnya sihat adalah segalanya, namun dia tidak sedar bahawa takdir sedang menenun satu ikatan yang akan mengubah hidup mereka selamanya. Satu nama, satu tanda milik. Kerana dia adalah 'Gadis Kepunyaan Tuan Aali'. #MalayNovel #TuanAali #RomanceMalay #CEO #Possessive #Drama #lovestory #badboy