Seriitales's Reading List
6 stories
MY DAHLIA || C by darwishanjwa
darwishanjwa
  • WpView
    Reads 387,403
  • WpVote
    Votes 9,130
  • WpPart
    Parts 68
BLACK SPIDER SERIES [SEKUEL HIS PSYCHO DAISY] ❁ 𝓑𝓾𝓷𝓰𝓪 𝓓𝓪𝓱𝓵𝓲𝓪 𝔂𝓪𝓷𝓰 𝓭𝓪𝓽𝓪𝓷𝓰 𝓶𝓮𝓷𝔂𝓲𝓷𝓪𝓻𝓲 𝓭𝓾𝓷𝓲𝓪 𝓼𝓲 𝓹𝓮𝓷𝓭𝓸𝓼𝓪 ❁ Dahlia Aryana. Dipaksa bekerja di kelab malam oleh ibu kandungnya sendiri. Berhari-hari dipaksa memakai yang tidak senonoh dan melayan kaum lelaki yang hadiri di kelab malam itu. Namun dia akhirnya menjadi pelayan yang membawa dulang yang terisi air haram itu. Xavier Adrean. Lelaki yang workhalic dalan syarikatnya. Dingin. Itu sentiasa ada dalam sifat dirinya. Namun mempunyai kisah silam yang tidak mampu hilang dalam fikiran orang lain. Berlaku satu kejadiaan yang mampu menghantui dunia Dahlia. "Pergi!" -DA "Aku takkan pergi selagi kau tak mengaku soal ini" - XA "Saya takkan mengaku sekali pun yang anak dalam perut saya ni anak awak. TAKKAN!" -DA Berbalahan itu hanya mampu membuat diri Dahlia semakin gila dan sakit. Tapi Xavier hanya memandang susuk Dahlia yang pergi meninggalkan sebegitu selepas perbalahan itu. "You'll be mine Dahlia Aryana. My flower." -XA Mampukah Dahlia menanggung semua masalah ini berseorangan? Start:18 FEB 2024 End: 28 JUN 2024 Revamp Start: 8 JUN 2025 End: 22 AUG 2025 #Top🥇limited #Top🥇bunga #Stranger x Lover trope #Romance #100% my ideas #Mafia #Blackspiderseries
𝐌𝐑𝐒 𝐇𝐀𝐈𝐊𝐀𝐋 𝐑𝐀𝐅𝐀𝐄𝐋 || 𝐂 by flovverzaa
flovverzaa
  • WpView
    Reads 1,184,614
  • WpVote
    Votes 30,760
  • WpPart
    Parts 56
𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐯𝐨𝐥 𝟏 || 𝐁𝐨𝐨𝐤 𝟏 Haikal Rafael, seorang lelaki dingin dan misteri, hidup dalam bayang-bayang kegelapan yang dia ciptakan sendiri. Dunia bagi Haikal hanyalah tempat penuh darah dan kekerasan. Sebagai pemimpin mafia terkejam di dunia, namanya menjadi mimpi buruk bagi siapa saja yang berani mengusiknya. Baginya, cinta hanyalah kelemahan yang membuang waktu. Hidupnya hanyalah tentang kuasa, balas dendam, dan kesetiaan yang dibangun di atas rasa takut. Mikayla Hijannah adalah seorang gadis sederhana yang hidup dalam penderitaan.Tinggal bersama ibu tiri dan kakak tirinya, ia diperlakukan seperti pembantu. Meskipun memiliki ayah, kehadirannya hanyalah bayang-bayang tanpa erti karena dia telah mengabaikan Mikayla sepenuhnya selepas saja kematian isteri pertamanya. Di depan sang ayah, ibu tiri dan kakak tirinya bersikap manis, namun di belakang, mereka tanpa ampun menghina Mikayla. Segalanya berubah ketika hutang besar ayah Mikayla kepada Haikal memaksa mereka menyerahkan Mikayla sebagai ganti.Tanpa pilihan, gadis itu terlempar ke dunia gelap Haikal. Bagi Haikal, Mikayla hanyalah alat untuk melampiaskan amarahnya, tak lebih dari boneka dalam permainan kejamnya. Namun, takdir mempunyai rencana yang berbeza. Di tengah kegelapan dan kekerasan itu, Mikayla perlahan menembus tembok kebekuan hati Haikal. Namun, setiap kali Haikal mencuba membuka hati semula ada sesuatu yang menghalang. Dunia Haikal yang penuh bahaya dan dendam itu telah mengancam keselamatan Mikayla, sementara Mikayla harus menghadapi kenyataan bahwa ia mungkin hanya sekadar tempat pelampiasan amarah dan kekejaman Haikal. Adakah kegelapan hati Haikal boleh diterangi oleh cahaya Mikayla? Adakah Mikayla berjaya meruntuhkan tembok kekerasan hati Haikal yang telah lama dia kubur? Pembaca matang sahaja digalakkan ⚠️ ⚠️ No plagiat, karya ini adalah hasil dari idea saya sendiri.
𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐙𝐈𝐘𝐀𝐃 ✓ by thebellesa
thebellesa
  • WpView
    Reads 3,400,693
  • WpVote
    Votes 46,416
  • WpPart
    Parts 11
(Terbit PBAS 2023) Keputusan mereka untuk berkahwin bukan hanya sebab saling mencintai. Tapi ada lagi sebab lain. Redza mahu menyingkirkan sikap buruknya. Dan, Zya pula ingin bersama Redza untuk menutupi kisah silamnya. Sepenuh hati, dia percaya Redza boleh menerima buruk baiknya. Namun, segalanya bertukar apabila dia bertentang mata dengan lelaki yang diperkenalkan oleh Redza kepadanya. Lelaki itu alfa. Rupanya, tuturnya dan tingkahnya mampu menggoyahkan mana-mana hati wanita. Dia... Ziyad Al Falikh. "Perkenalkan, ini daddy I. Harap you dan daddy I boleh get along." - REDZA AZHAD "Daddy?" - ZYA MIKAYLA "In specifically, your sugar daddy?" - ZIYAD AL FALIKH Ziyad Al Falikh pernah bergelar "sugar daddy" pada Zya tiga tahun lepas. Dan, itulah kisah silam yang cuba ditutup kemas olehnya selama ini. Sekarang, bagaimana dia mahu tinggal sebumbung dengan lelaki itu dan menganggapnya sebagai bapa mentua? Gawat! "Zya, I already told you before. Kau tak mungkin dapat lari daripada aku. Kau ingat lepas kau sedap-sedap kikis duit aku, kau boleh berhambus begitu saja? You're mine love. My only one." - ZIYAD AL FALIKH "Saya dan Redza akan berkahwin tak lama lagi. Tuan tak perlu ganggu saya lagi!" - ZYA MIKAYLA "Should we play a game then? Attempt to get rid of me. I want to see how far you can go. You know, sayang... I really miss you."- ZIYAD AL FALIKH Apa akan jadi pada hubungan Zya dan Redza? Apakah Zya mampu lari dari Tuan Ziyad yang sentiasa mengejarnya?
Ammar Zahrain: The Obsessive Husband (TERBIT) by nssignature
nssignature
  • WpView
    Reads 10,709,775
  • WpVote
    Votes 88,983
  • WpPart
    Parts 15
TERBIT Stand alone series (Completed) Sudah diterbitkan di bawah rumah penerbitan Idea Kreatif Start: 16 Ogos 2022 Finish: 04 Januari 2023 All right reserved @nssignature ©NSSIGNATURE, 2022
UNKNOWN [COMPLETE] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 1,392,078
  • WpVote
    Votes 102,133
  • WpPart
    Parts 71
Pernah tak kau diganggu dengan seseorang tak dikenali? Keluar berseorangan, tapi hakikatnya ada mata-mata yang sentiasa mengekori kau daripada belakang? Ke mana-mana tempat yang kau pergi, semuanya rasa diperhatikan. Bahkan, dalam rumah juga sama. Rasa seperti si dia terlalu dekat! Itulah kehidupan yang Sufi harus tempuh selepas menjadi wartawan yang mengemukakan kes pembunuhan Mr Unknown. Setiap pembunuhan bersiri yang berlaku terlalu kejam dan mengerikan. Malah setiap mangsanya akan diselitkan satu kertas di dalam mulutnya. Iaitu nota istimewa buat wartawan SUFI LEILA. pendek kata, pembunuh bersiri itu mula tertarik dengannya. "Sumpah, saya tak kenal siapa Unknown tu! Saya tak subahat dengan dia!"- SUFI "Tapi setiap mangsa yang dia bunuh, dia buat sebab kau, Sufi. Dia jatuh cinta dengan kau."'- HAQ. Mujurlah ditempat kerja sahaja Sufi rasa selamat kerana di kelilingi orang-orang baik. Tambah pula, di ofis boleh curi-curi tengok muka bos yang kacak. Hilang terus semua tekanannya. Bukan Sufi seorang sahaja yang suka, tapi pekerja wanita lain juga turut jatuh hati saat bos baru itu mengambil alih syarikat wartawan mereka. Cuma satu sahaja yang leceh sikit. Si bos itu, terlalu pendiam. Macamlah dalam mulut dia itu ada ketulan emas. "Bos, panggil saya ke sini semata-mata nak kopi?"-SUFI GIBRAN MALEQ cuma angguk kepala. Memang introvert. "Aku sebenarnya cemburu dengan bos. Sebab selama aku kerja dengan kau. Sekali pun kau tak pernah buat kopi dekat aku. Bahenol punya kawan!" - Tuah Namun, semakin lama, ketiga-tiga lelaki itu mula menimbulkan perasaan curiga di hati Sufi. Rasa tak senang duduk. Bahkan, hendak tidur pun diselubungi rasa takut. Mana tidaknya jika dia tiba-tiba sahaja dapat mesej daripada Unknown yang berkata... "Saya sentiasa ada dengan awak, Sufi. Awak sahaja yang tak perasan." -UNKNOWN Jadi siapakah yang bersembunyi di sebalik topeng? "Kau tahukan apa akan jadi kalau kau buat aku marah? Apatah lagi marah campur cemburu..."
Puspitaku Seroja by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 79,708
  • WpVote
    Votes 10,156
  • WpPart
    Parts 42
"Dengan restu sekian alam, aku terima kau menjadi isteriku, wahai Seroja." Mimpi itu terasa terlalu nyata untuk dipanggil mimpi. Seakan aku berdiri di hadapan seseorang yang melafazkan akad itu kepadaku. Namun, mimpi tetaplah mimpi. Siapalah yang sudi memperisterikan wanita seperti aku? Gadis berkulit gelap yang sering menjadi bahan sindiran di Kampung Cendana. Sejak pemergian ayahku, Pak Pekin, hidupku mula dihantui perkara-perkara yang sukar dijelaskan. Hampir setiap malam, seekor harimau muncul dalam lenaku. Anehnya, ia tidak pernah mengaum atau menerkam. Bahkan hanya berdiri di balik kegelapan, memandangku dengan renungan yang sarat makna yang tidak mampu aku tafsirkan. Esoknya aku menemui seorang jejaka yang terdampar di tebing sungai selepas hujan lebat melanda. Aku percaya perahunya karam dibawa arus deras malam sebelumnya. Atas rasa belas, aku membawanya pulang untuk dirawat. Tubuh lelaki itu dipenuhi parut-parut lama. Wajahnya tampan, tetapi matanya menyimpan seribu rahsia. Entah siapa dirinya, dan entah apa tujuan sebenar dia datang ke Kampung Cendana. "Apa yang kau cari di Kampung Cendana ini sebenarnya?" - Seroja "Isteriku. Aku datang untuk membawa dia pulang." - Jejaka Misteri Aku tidak tahu sama ada dia berkata benar atau sebaliknya. Namun jika benar dia sudah beristeri, wanita itu pasti sangat bertuah. Walaupun menjadi pujaan hampir setiap anak dara di Kampung Cendana, lelaki itu tidak pernah mengambil kesempatan. Dia menjaga pandangannya sebaik mungkin dan tidak pernah melayan perhatian yang diberikan kepadanya. "Kau tak rasa pelikkah dengan jejaka dari kampung seberang itu? Dengan anak dara lain dia tak pernah memandang, tetapi dengan Seroja, tak pernah pula matanya lari." - Nasir "Kenapa kau kena peduli. Cemburukah?" -Sulong Siapakah sebenarnya jejaka misteri itu? Dan mengapa setiap kali dia memandangku, aku merasakan seolah-olah kami pernah saling mengenali... jauh sebelum aku dilahirkan ke dunia ini?