loves ♡
6 stories
Meant For Us. by theamezelle
theamezelle
  • WpView
    Reads 24,379
  • WpVote
    Votes 1,319
  • WpPart
    Parts 34
[ 1ST ROMANCE] [COMPLETE] [UNEDITED] Adrian Idries | Amelia Maleeka ─ arranged marriage : will this marriage last forever ? just them trying to love each other ∞
Until Our Paths Cross by lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    Reads 11,053
  • WpVote
    Votes 2,010
  • WpPart
    Parts 15
[4th romance - stand alone] Hun Farrel | Enara Emeliya Also known as Mr. Fiance Enara Emeliya sentiasa percaya bahawa air mata bukan untuk lelaki yang memilih pergi. Prinsip itu dia pegang teguh hinggalah pada hari dia menerima kad jemputan perkahwinan daripada lelaki yang pernah dia cintai bersama wanita lain. Daripada mengalah, Enara memilih untuk hadir. Bukan sebagai bekas yang terluka, tetapi sebagai seseorang yang tidak akan pernah membiarkan dirinya kelihatan kalah. Namun, dia tidak akan datang sendirian. Hun Farrel, pewaris tunggal kepada Le Monarque dan musuh utama kepada lelaki yang telah menghancurkan hatinya, menjadi pilihan paling berisiko yang pernah Enara buat. Satu perjanjian dimeterai. Sebuah lakonan dimulakan. Apa yang bermula sebagai rancangan untuk meruntuhkan ego seseorang, perlahan-lahan berubah menjadi sesuatu yang jauh lebih sukar dikawal. Di sebalik sikap terbuka dan kata-kata manis, Hun Farrel menyimpan sisi yang tidak pernah Enara jangka dan tanpa sedar lelaki itu mula melangkah lebih dekat daripada sekadar peranan yang dipersetujui. Dan Enara? Dia mula tersesat dalam perasaan sendiri. Antara yang nyata dan yang sekadar lakonan, antara dendam dan sesuatu yang lebih lembut, lebih berbahaya. Kerana mungkin selama ini bukan sahaja Enara yang tidak memahami Hun tetapi juga hatinya sendiri.
Love, Unspoken by lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    Reads 673,100
  • WpVote
    Votes 32,895
  • WpPart
    Parts 45
[2nd romance - stand alone] Qayl Zachary | Dian Antasya Dian Antasya tidak pernah minta dilahirkan dalam keluarga yang sentiasa membandingkan dirinya dengan abang dan kakak. Walau apa pun yang dilakukan, di mata ibunya, Dian tetap anak yang gagal. Dia hanya tahu menelan kata-kata pedih dan hidup dalam sunyi, bersembunyi di balik senyum yang semakin pudar. Namun segalanya berubah bila Qayl Zachary, jiran lama yang pernah menjadi teman sepermainan masa kecil kembali ke pangkuan keluarga selepas bertahun-tahun menetap di luar negara. Qayl yang dahulu polos kini tampil sebagai lelaki matang dan berkarisma. Tapi di sebalik tenangnya, dia tidak mampu menafikan perasaan simpati dan sayang yang muncul apabila melihat Dian yang dulu ceria, kini kelihatan seakan hilang arah. Dan di satu detik yang tak dijangka, Dian membuat keputusan paling berani atau paling gila dalam hidupnya. Dia melamar Qayl untuk dijadikan suami. Bukan kerana cinta, tapi kerana dia perlukan tempat untuk berteduh. Namun, dalam setiap hari yang dilalui bersama, Qayl mula belajar bahawa cinta kadang tumbuh dalam diam. Dan Dian mula sedar bahawa kasih yang datang tanpa dirancang mungkin adalah takdir yang paling indah. beautiful cover: @pplyoumayknow
Vow Of Hope by lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    Reads 1,922,684
  • WpVote
    Votes 68,463
  • WpPart
    Parts 81
[1st romance - stand alone] Ray Qhalif | Alice Dayana Alice Dayana. Namanya secantik orangnya, namun kehidupannya jauh dari sempurna. Lahir dalam keluarga yang retak, dia hanya mampu menumpang kasih dari ibu tiri yang tidak pernah benar-benar menyayanginya. Dalam perjalanan hidup yang penuh liku, hadirnya Ray Qhalif, seorang lelaki tampan dan misteri, mengubah segalanya. Hubungan mereka yang bermula secara profesional perlahan-lahan bertukar menjadi sesuatu yang lebih bermakna. Cinta yang tidak dirancang. Namun, mampukah cinta itu menjadi penyelamat Alice? Adakah Ray sanggup menerima masa lalunya dan membawa dia keluar dari kehidupan yang selama ini menyeksakannya? Atau bahagia itu sekadar impian yang sukar digapai? beautiful cover: @pplyoumayknow
When We Love Again by lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    Reads 409,773
  • WpVote
    Votes 31,025
  • WpPart
    Parts 56
[3rd romance - stand alone] Aidar Zhafran | Qisya Irina Lima tahun lalu, Qisya Irina pergi tanpa menoleh lagi. Dia penat mencintai lelaki yang tidak pernah benar-benar melihatnya. Aidar Zhafran, lelaki yang paling dia cintai sepanjang hidupnya tetapi juga lelaki yang memusnahkan hatinya perlahan-lahan. Setelah bertahun berlalu, takdir mempertemukan mereka semula. Qisya sudah belajar berdiri sendiri, membina hidup tanpa bayangan Aidar. Tapi kedatangan lelaki itu kembali mengusik perasaan yang cuba dia kuburkan sekian lama. Aidar tidak datang untuk meminta simpati, tetapi untuk menebus kesalahan yang menghantui dirinya sejak hari Qisya pergi. Namun memaafkan tidak semudah yang disangka. Luka yang lama berparut kembali berdarah, dan cinta yang disangka telah mati mula bernafas perlahan-lahan. Di antara masa lalu yang menyakitkan dan peluang untuk memulakan semula, Qisya perlu memilih. Terus berpaling, atau membuka hatinya sekali lagi untuk lelaki yang pernah menghancurkannya. Kerana kadang-kadang, cinta yang sebenar bukan tentang jatuh lagi, tetapi tentang berani untuk mencintai semula. beautiful cover: @pplyoumayknow
Cinta Tanpa Ruang  by Naeltha
Naeltha
  • WpView
    Reads 102,227
  • WpVote
    Votes 4,349
  • WpPart
    Parts 58
Karya Pertama, Cinta Tanpa Ruang Karya ini hanyalah karya santai dan suka-suki saya sahaja. 📜 Nota: Karya ini adalah daripada saya sepenuhnya. Hak cipta terpelihara. Plagiat merupakan kesalahan serius dan dilarang sama sekali‼️📢 ___________________________________________ Mengisahkan tentang pasangan bahagia, Idris Maleeq dan Iffa Auferia, yang sedang menyulam niat untuk mendirikan rumah tangga yang harmoni dan bahagia. Namun, angan mereka musnah serta merta apabila kemalangan menimpa Iffa. Di hujung hayat Iffa, hanya satu permintaan yang dipinta buat Idris dan adiknya, Iman Aurelia, meneruskan perkahwinan idamannya. Permintaan yang diterima amatlah berat buat kedua-dua belah pihak. Sama ada calon, mahupun keluarga. Akhirnya, kata sepakat menjadi jawapan semua pihak. Tiada yang dipaksa dan tiada yang terpaksa. Maka terjalinlah sebuah ikatan tanpa cinta, hanya janji untuk mencuba membahagiakan antara satu sama lain. "Kita cuba, kita ikhtiar. Aku yakin, Allah pandang usaha kita. Yang selebihnya tawakal." -Idris Maleeq- Perkahwinan bukan permainan. Mereka cuba dan mencuba sehingga salah seorang daripada mereka berasa sesuatu yang lain sedang menghuni jiwanya. Namun, kata hanyalah kata. Iman tersedar satu perkara, selama hubungan ini berlayar, segala cubaan bukan mendorong ke arah cinta, namun hanya keselesaan. "Layanan awak pada saya hanya seperti seorang abang yang melindungi adiknya. Awak tak pernah beri ruang pada diri awak untuk cintakan saya." -Iman Aurelia- Hakikat itu menghentam dasar hati Iman, jiwanya sudah terikat cinta. Hatinya sudah mula memberikan reaksi apabila nama Idris disebut. Namun, mengapa ruang diantara mereka semakin menipis? Tujuan mereka semakin kabur. Adakah karam ditelan lautan, atau terus berlayar menuju pelabuhan? Ya Allah, sesungguhnya aku berserah sepenuhnya kepada engkau...