lavhmymy
- Reads 4,439
- Votes 903
- Parts 8
[4th romance]
Hun Farrel | Enara Emeliya
Also known as Mr. Fiance
Enara Emeliya sentiasa percaya bahawa air mata bukan untuk lelaki yang memilih pergi. Prinsip itu dia pegang teguh hinggalah pada hari dia menerima kad jemputan perkahwinan daripada lelaki yang pernah dia cintai bersama wanita lain.
Daripada mengalah, Enara memilih untuk hadir. Bukan sebagai bekas yang terluka, tetapi sebagai seseorang yang tidak akan pernah membiarkan dirinya kelihatan kalah.
Namun, dia tidak akan datang sendirian.
Hun Farrel, pewaris tunggal kepada Le Monarque dan musuh utama kepada lelaki yang telah menghancurkan hatinya, menjadi pilihan paling berisiko yang pernah Enara buat.
Satu perjanjian dimeterai. Sebuah lakonan dimulakan.
Apa yang bermula sebagai rancangan untuk meruntuhkan ego seseorang, perlahan-lahan berubah menjadi sesuatu yang jauh lebih sukar dikawal. Di sebalik sikap terbuka dan kata-kata manis, Hun Farrel menyimpan sisi yang tidak pernah Enara jangka dan tanpa sedar lelaki itu mula melangkah lebih dekat daripada sekadar peranan yang dipersetujui.
Dan Enara?
Dia mula tersesat dalam perasaan sendiri. Antara yang nyata dan yang sekadar lakonan, antara dendam dan sesuatu yang lebih lembut, lebih berbahaya.
Kerana mungkin selama ini bukan sahaja Enara yang tidak memahami Hun tetapi juga hatinya sendiri.