Camilla_Lea_
[ 2nd Story ]
- REISSA MICHAEL -
Sepuluh tahun yang lalu, keluarganya musnah dalam tragedi berdarah. Kebahagiaan gadis itu dirampas, dibuli serta diseksa oleh Irene dan rakan-rakannya. Reissa hilang tanpa jejak, membawa lukanya yang tidak akan pernah sembuh. Kini dia kembali ke Malaysia dengan wajah dan nama yang baru untuk menuntut semula segala yang telah dirampas. Membalas setiap kejahatan yang telah mereka lakukan.
- QAISER HADI -
Di satu sisi, Qaiser seorang ditektif amatur. Seringkali dihantui oleh mimpi seorang gadis bernama Adelia. Tangisan dan jeritannya seolah-olah nyata dan telah membuatkan hidupnya tidak tenteram. Tanpa diduga, satu kes lama yang dibuka semula telah menyeretnya ke lorong masa silam yang penuh dengan bayang-bayang.
Mereka tak sepatutnya bertemu dan Reissa terus berusaha ingin menghindarinya. Tapi Qaiser tak ingin berpaling kerana wajah Reissa, adalah wajah dari mimpinya.
Dan di dalam pencarian jawapan, dia mula membuka pintu yang perlahan membawanya kepada kebenaran yang sudah lama disembunyikan.
Lalu, bagaimanakah kesudahannya? Apakah rahsia yang selama ini telah disembunyikan? Dan bagaimana pula dengan dendam Reissa terhadap Irene dan rakan-rakannya. Apakah Qaiser akan menghalanginya?
Unedited version
START : 9 MAY 2025
END :