Ima Fahara
4 historias
SAYAP LUKA [TERBIT] por __syhadh
__syhadh
  • WpView
    LECTURAS 10,693
  • WpVote
    Votos 148
  • WpPart
    Partes 10
﷽ - SYUHADAH 1st BOOK TAJUK ASAL: DIARI HATI ALIF TAJUK BARU: SAYAP LUKA ISBN: ISBN 978-967-0078-87-8 HARGA SM: RM25 HARGA SS: RM28 TERBITAN: MUST READ SDN BHD "Arif tak nak. Arif tak nak abang sakit sebab Arif. Tak payah ibu, ayah. Jangan benarkan pembedahan itu." - Arif "Dia kata dia nak tengok kita semua bahagia... tapi dia sendiri yang menderita seorang diri." - Aqil Alif selalu jadi yang kedua-dalam keluarga, dalam cinta, dalam hidupnya sendiri. Sejak kecil, perhatian ibu ayahnya lebih tertumpu kepada adik kesayangan, Arif, yang sakit tenat. Alif sanggup korbankan impiannya demi menjaga adik, tapi semuanya musnah bila Arif pergi dahulu. Hidup diteruskan, tapi ujian tak pernah berhenti. Cinta hatinya, Naura, dikahwinkan dengan Rizal pembuli zaman sekolah yang masih berdendam. Bila dituduh mencuri, Alif dihalau oleh keluarganya sendiri. Terpaksa membawa diri ke Kuala Lumpur, Alif temui harapan baharu di sebuah rumah anak yatim. Tapi tubuhnya pula mula sakit-dan diagnosisnya bukan berita baik. Saat dia cuba bangkit semula, hadir pula adik kembarnya, Aqil, yang membuatkan dia terasa semakin terpinggir. Alif hanya mahu disayangi. Tapi bila dunia terus menolak, adakah cinta dan keluarga itu masih berbaloi untuk diperjuangkan? Sayap Luka ialah kisah tentang kasih yang dipinggirkan, tentang luka yang tidak berdarah dan tentang seorang lelaki yang cuba mencari makna wujudnya dia sebelum dia benar-benar hilang dari dunia yang tidak pernah memilihnya. Boleh beli di TikTok Must Read SDN. BHD. ✨
MR AQEEF por eiryrah
eiryrah
  • WpView
    LECTURAS 341
  • WpVote
    Votos 47
  • WpPart
    Partes 3
↬𝐒𝐇𝐎𝐑𝐓 𝐒𝐓𝐎𝐑𝐘 𝓼𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 .✦ ݁˖ 𝐀𝐐𝐄𝐄𝐅 𝐀𝐍𝐃𝐑𝐈𝐀𝐍 𝒇𝒕. 𝐄𝐑𝐘𝐍𝐀 𝐀𝐓𝐀𝐒𝐇𝐀 ────୨ৎ──── "Rian... kalau kita dah besar nanti, kita kahwin ya?" Janji zaman kanak-kanak itu sepatutnya dilupakan. Tapi bukan bagi Eryna Atasha. Selepas bertahun-tahun, Aqeef Andrian akhirnya pulang ke kampung. Seorang CEO yang dingin, sibuk dan langsung tak percaya pada cinta. Namun, kepulangan sempena Aidilfitri menemukan dia semula dengan gadis yang pernah menjadi teman sepermainan-dan tanpa dia sedari, pemilik hatinya. Dari bazar Ramadan, usikan manja, perang mercun hinggalah malam yang diterangi pelita, sedikit demi sedikit tembok di hati Aqeef mula runtuh. Sedangkan Eryna pula cuba menyembunyikan perasaan yang tak pernah padam sejak kecil. Siapa sangka, kepulangan yang hanya dirancang untuk beberapa hari akhirnya membawa sebuah pengakuan... "You're my star." Dan mungkin, kasih yang hadir di musim lebaran inilah yang akan kekal untuk seumur hidup. start: 190626 end:
My Dear Imamku por LIUNEY_93
LIUNEY_93
  • WpView
    LECTURAS 242
  • WpVote
    Votos 31
  • WpPart
    Partes 31
Nurraysa.... seorang gadis muslimah yang tenang dan berdedikasi, menyimpan perasaan cinta dalam diam terhadap sahabatnya sejak kecil, Jazlan. Sejak kecil, mereka membesar bersama namun Nurraysa tidak pernah berani meluahkan perasaannya kerana bimbang akan kehilangan persahabatan yang terlalu berharga. Namun hidupnya mula berubah apabila hadirnya seorang pensyarah muda yang penuh misteri, Dr. Adam Mikhael atau lebih dikenali sebagai Nightmare Lecturer kerana ketegasan dan sikapnya yang sukar diramal. Di balik wajah dinginnya itu, tersembunyi sisi yang perlahan-lahan membuka pintu hati Nurraysa. Dalam dilema memilih antara sahabat lama yang penuh kenangan dan kehadiran lelaki asing yang membangkitkan rasa baru, Nurraysa diuji dengan persoalan besar; siapakah yang layak menjadi imam di hatinya?. Jazlan, sahabat sejati yang setia atau Dr. Adam, lelaki yang hadir dengan dugaan dan mungkin juga petunjuk dari Tuhan?. My Dear Imamku membawa pembaca menyelusuri erti cinta yang tidak sekadar perasaan tetapi juga soal petunjuk, prinsip dan siapa yang benar-benar mampu memimpin ke Jannah.
Tentang Hujan [ C ] por asturnveil
asturnveil
  • WpView
    LECTURAS 1,191
  • WpVote
    Votos 155
  • WpPart
    Partes 32
rasa syukur mengenalimu, sebanyak titisan hujan yang turun. -asturnveil | 2023 / 2025