FAV🤍
5 stories
Tempat Sempurna by Lollysnow
Lollysnow
  • WpView
    Reads 6,387,604
  • WpVote
    Votes 303,059
  • WpPart
    Parts 72
THAQIF | SAFA Mereka tidak pernah dekat lagikan mahu bercinta. Tidak! Tidak pernah terfikir dek akal Safa untuk bercinta dengan Thaqif, lelaki yang dianggap menjengkelkan. Bagi Safa, cinta pertamanya lebih indah dari kekayaan yang dia miliki sekarang. Dia bahkan berkali-kai dijodohkan dengan lelaki lain yang setaraf dengan dirinya tapi Adri tetap menjadi raja di hati tulus itu. Sehinggalah penjodohan bersama Thaqif berlaku. Puas Safa mencari alasan untuk menolak perjodohan itu tetapi kali ini dia kalah. Dan akur dengan segalanya. Ketahanan hatinya sudah patah. Dengan matanya sendiri dia melihat lelaki yang dia perjuangkan selama ini tidak layak menjadi raja di hatinya lagi. Jadi bagaimana dengan Thaqif? Adakah lelaki itu akan menjadi pengganti yang tepat? "Rilek Safa, sampai kita ada anak. Semuanya tamat!" - THAQIF "Kita cuma perlu ada anak untuk gantikan perkahwinan ni." - THAQIF Di mata Thaqif, perkahwinannya bersama Safa cuma satu tanda hubungan perniagaan keluarga mereka yang terikat ukuh. Mereka cuma perlukan anak untuk menggantikan perkahwinan itu, dan memastikan perniagaan keluarga mereka masih dalam perhubungan yang baik disebabkan anak yang akan dilahirkan kelak. *HAPPY ENDING and not a sad story*
GAVRIEL by Lollysnow
Lollysnow
  • WpView
    Reads 2,872,565
  • WpVote
    Votes 208,393
  • WpPart
    Parts 79
(COMPLETED) "Siapakah MARIA? Pada satu sisi, Maria hanyalah seorang wanita biasa yang terpilih menjadi pelatih dalam kem latihan tentera Gavriel. Namun dalam perspektif yang lebih terperinci, NOAH memulakan usaha untuk mencari sesuatu yang tersembunyi di balik mata hitam yang mendalam itu. Sosok Maria seperti seseorang yang membawa ribuan rahsia yang tidak mampu diungkap oleh kata-kata. Sekali terbongkar, mungkin akan mengundang seribu penderitaan. Jadi siapakah Maria? Adakah gadis ini, gadis yang sama yang dicari NOAH sejak peristiwa hitam itu? • • Pengorbanan Kesusahan Kematian Keberanian Pengkhianatan Inilah yang mereka lalui semata-mata untuk menggali segala rahsia mengenai kehilangan Kaum Timur Feyre. 'Siapa tahu apa yang menanti di hadapan dan siapa tahu apa yang telah ditemui di belakang.' GAVRIEL 2021
Her Greatest Secret [ C ] | Her Scar Series #1 by GirlCrush_Yaya
GirlCrush_Yaya
  • WpView
    Reads 1,359,843
  • WpVote
    Votes 68,173
  • WpPart
    Parts 53
━ 𝐊 𝐀 𝐒 𝐇 𝐄 𝐐 𝐀 ❝Her greatest secret is what brought us together❞ • ❝Kau pun tahu aku tak akan sentuh kau kan? Biarlah semua orang tahu yang kita dah kahwin, tapi hakikatnya kau cuma perlu jadi mama Wina. Bukan isteri aku. Sebab isteri aku masih Sofia. Tetap Sofia!❞ - Afham Mikhail Ya, atas dasar itulah aku setuju untuk menerima lamaran bonda. Kerana aku tahu dia tidak akan menyentuhku. Maka, rahsia ini akan tersimpan kemas selama-lamanya. Tapi dimanakah silapnya sehingga semua ini terjadi? Namun, satu penemuan mengejutkan membongkar segalanya. Rahsia yang aku simpan kemas satu persatu mula terungkai. Jawapan darinya harus aku tuntut! ❝Am, please admit it. I know, she's not your daughter. Not your biological child! I just wanna know where did you get her?!❞ -Nadiya Kasheqa ❝Wina selamanya anak aku dan Sofia. Sedar diri kau tu cuma ibu tiri dia. Kau tak ada hak nak cakap macam tu! My last warning. Aku haramkan kau sebut lagi benda ni terutamanya depan Wina. Otherwise, kau takkan jumpa dia lagi. Because you know it better, antara kau atau Wina, siapa yang akan aku pilih!❞ Pedihnya sebaris ayat itu terasa menusuk jauh ke dalam hati. Rahsia yang sudah lama terpekung di dalam dadaku kini mulai bangkit menghantui. Ibarat menjerut-jerut tangkai hati. Dan kerana rahsia ini, Wina yang harus menjadi mangsa. Maafkan mama, sayang! Maafkan saya, Am! Sesungguhnya sudah tiada cara lain. Demi Wina, aku rela menjadi galang-gantinya! Ini bukan kisah cinta tiga segi, Bukan juga kisah cinta lama muncul kembali, Jauh sekali kisah tengku-tengki, Ini kisah pembongkaran rahsia si ibu tiri, Senandung penyatuan dua hati ❝comin' back here to you once I figured it out, you were right here all along❞ PART 1: HER GREATEST SECRET (HGS) PART 2: HIS BIGGEST SORROW (HBS) PART 3: OUR DEEPEST LOVE Shortlisted for #Wattys2018 (15 Sept 2018) Mula: 28/07/2018 Tamat: 05/11/2018 Diedit: 07/05/2020 WARNING: COPYCAT WILL BE STRUCKED BY LIGHTNING
ASLUNA by SyaffMaii_
SyaffMaii_
  • WpView
    Reads 29,342
  • WpVote
    Votes 2,468
  • WpPart
    Parts 44
Asluna kehilangan segalanya ketika masih kecil - ibu bapa, kasih sayang, dan kebebasan. Dipelihara oleh seorang Tan Sri yang bertopeng kebaikan, dia menjadi anak angkat yang dilayan seperti bayang-bayang dalam rumah mewah yang penuh rahsia. Perkahwinan paksa dengan cucu sulung Tan Sri menjadi 'jalan keluar' sebelum dia terbang ke London. Di kota itu, Asluna menemui dirinya kembali di atas kanvas. Setiap lukisan adalah suara yang tak pernah didengari, setiap warna menyimpan perit masa silam. Dalam diam, namanya menjadi sebutan dalam dunia seni. Namun takdir mengundangnya pulang - ke rumah yang menyimpan luka, ke dalam perkahwinan yang tidak pernah selesai. "Siapa tu, Tuan?" "Isteri" - Malique "Ooo... isteri. Haaa, ISTERI?!. Se--sejak bila Tuan kahwin ni? "Tujuh tahun lepas," - Malique Dalam dunia yang penuh topeng, bisakah dua manusia yang hancur mencipta semula diri mereka - bukan atas nama warisan, tapi atas nama kebebasan?
MUTE by SyaffMaii_
SyaffMaii_
  • WpView
    Reads 455,189
  • WpVote
    Votes 19,993
  • WpPart
    Parts 89
"Are u guys kidding me? Tak tengok ke keadaan mak saya macam mana? And you still ask about this contract?" Alea Irdina "Apa kata Cik yang menggantikan Puan Norizah?" Terlopong mulut Alea Irdina apabila dia terpaksa menggantikan ibu angkatnya yang koma menjadi seorang pembantu rumah. Namun, saat pertama kali Alea menjejakkan kaki ke banglo milik majikannya itu, dia terpaku. Banglo itu tidak ubah seperti kawasan larangan yang ditinggalkan. Kolam ikan kering kontang, pasu bunga pecah bertaburan, dan dedaun kering menyelubungi setiap sudut halaman. Ezra Malique, seorang lelaki workaholic yang dingin dan hanya mementingkan kerjaya. Baginya, rumah hanyalah persinggahan untuk melepaskan lelah sebentar sebelum kembali ke pejabat. Malah lelaki itu pernah tidak pulang ke rumahnya sebulan. " Kau rasa apa tajuk berita esok kalau usahawan hebat macam kau kena tangkap basah?" Alea "Kau nak main kotor dengan aku?" Ezra