humblewriter244
Sejak sekolah rendah, Airrina Lee dan Jayden Huang ibarat anjing dan kucing. Jayden menganggap Airrina cuai, tidak matang dan sentiasa menyusahkan orang. Airrina pula melihat Jayden sebagai lelaki paling menjengkelkan-terlalu tegas, dingin dan obses terhadap kesempurnaan.
Takdir mempertemukan mereka sekali lagi di syarikat milik keluarga Huang, namun hubungan mereka masih tidak berubah.
Sehinggalah suatu hari, mereka menerima sebuah bungkusan misteri berisi sebuah novel tanpa tajuk. Hanya dua huruf tertera pada kulitnya-J.L.
Novel itu mengisahkan tentang Maharaja Zhou Ziyuan yang menghukum mati permaisurinya, Ouyang Jin Yi, kerana mempercayai bahawa wanita itu cuba membunuh selir kesayangannya, Ouyang Ruolan. Tiada siapa mengetahui bahawa Jin Yi sebenarnya hanyalah mangsa sebuah konspirasi besar, malah dia menghembuskan nafas terakhir bersama rahsia yang tidak pernah didengari sesiapa.
Selepas saja mereka berdua habiskan novel itu, Airrina dan Jayden tiba-tiba terbangun di dalam dunia novel tersebut.
Kini, mereka bukan lagi pembaca.
Mereka menjadi sebahagian daripada kisah yang pernah mereka baca.
Dengan takdir yang sudah tertulis dan musuh yang bersembunyi di sebalik senyuman, Airrina dan Jayden harus mencari dalang sebenar sebelum sejarah berdarah itu berulang. Namun semakin hampir mereka kepada kebenaran, semakin mereka sedar bahawa novel itu bukan sekadar cerita... malah mungkin berkait rapat dengan kehidupan mereka sendiri