aevilla
Clara Bennett merupakan seorang doktor yang ceria di luar waktu kerja, tetapi sangat tegas dan profesional apabila berada di hospital. Hidupnya berjalan seperti biasa sehinggalah pada suatu malam, seorang lelaki asing dibawa masuk dalam keadaan tidak sedarkan diri. Tiada siapa yang mahu mendedahkan identiti lelaki tersebut dan Clara hanya diberitahu untuk menyelamatkan nyawanya.
Selepas lelaki itu sedar, Clara mula berdepan dengan perangai dingin dan kasarnya. Dia langsung tak mahu menjawab soalan tentang dirinya dan hanya mahu Clara menjalankan tugasnya sebagai doktor. Walaupun begitu, Clara mula menyedari bahawa ada sesuatu yang pelik tentang lelaki tersebut, terutama apabila orang-orang yang datang bersamanya begitu menghormati dan berhati-hati di hadapannya.
Beberapa ketika kemudian, Clara akhirnya mengetahui bahawa lelaki itu ialah Arthur E' Hawthorne, seorang lelaki yang mempunyai kedudukan tinggi dan sangat dihormati dalam dunia yang penuh dengan rahsia serta bahaya. Tanpa sengaja, Clara mula terlibat dalam kehidupan Arthur dan melihat sisi dirinya yang tidak pernah ditunjukkan kepada orang lain.
Hubungan mereka yang pada awalnya hanya bermula sebagai doktor dan pesakit perlahan-lahan berubah apabila perasaan mula muncul di antara mereka. Namun, semakin dekat Clara dengan Arthur, semakin dia sedar bahawa dunia lelaki itu bukanlah tempat yang selamat untuknya.
Bolehkah dua orang yang datang daripada dunia yang begitu berbeza mempertahankan perasaan mereka, atau cinta yang mereka temui akhirnya akan menjadi perkara yang paling mereka sesali ?