We've updated our Content Guidelines.
Review the latest guidelines to keep sharing stories safely.
2026 Recom📚
11 stories
DUA by Encikpresident
Encikpresident
  • WpView
    Reads 59
  • WpVote
    Votes 16
  • WpPart
    Parts 1
Mereka berdua adalah manusia yang berbeza pegangan tetapi lelaki itu belajar banyak fahaman. Sedangkan perempuan itu... sedang cuba melangkah keluar tanpa benar-benar memahami. Di tengah-tengah kesibukan dunia, Nils mula mencari arah yang sebenar selama bertahun-tahun, sementara Narissa cuba membuang arah hidupnya yang sebenar selama hidup. "Kalau awak keluar dari agama awak, awak rasa semuanya akan selesai?" - Nils "Kenapa kalau saya berdoa, Tuhan tak pernah bantu?" - Narissa START : 06/08/26
[HONDA] Jazz : Tiada Pilihan Selain Dia by Encikpresident
Encikpresident
  • WpView
    Reads 1,432
  • WpVote
    Votes 496
  • WpPart
    Parts 53
"Kahwin dengan I." - Tuan Aisyara Di tengah dunia yang semakin menekan, Jazz Zachary berdiri di persimpangan yang tidak pernah dia pilih. Kesusahan yang menghimpit, dan peluang yang datang dengan harga membuatkan langkahnya goyah, fikirannya bercelaru. "Aku lebih rela kau tak bantu aku, Tuan. Terima kasih," - Jazz Namun penolakan demi penolakan itu... bukan sekadar jawapan. Ia menjadi cabaran. Ia menjadi api yang menyentuh ego seorang wanita yang tidak pernah biasa ditolak. Dan penolakan itu, memaksa Tuan Aisyara untuk melakukan sesuatu. "Kau memang binatang! Kau kejam! Itu rumah aku! Tempat aku tinggal! Tempat aku berteduh! Apa yang kau dah buat binatang?!" - Jazz Zachary "Itu rumah buruk. Tak akan ada nilai dalam kehidupan kita." - Tuan Aisyara Kehancuran kini menjadi makanan Jazz. Wanita itu, raksasa yang tiada hati perut. Tiada belas ihsan. Wanita yang berkuasa. Berfikir kalau wang dan kuasa mampu menundukkan seseorang, hakikatnya... ...ia hanya membuatkan Jazz semakin terluka. Hingga akhirnya, Jazz mula faham.
C | MOON-DOOR √ by Encikpresident
Encikpresident
  • WpView
    Reads 3,306
  • WpVote
    Votes 908
  • WpPart
    Parts 68
Bulan-Pintu? Oh bukan. Itu cuma kenyataan yang harus diterima oleh LILY HARLINA apabila dia tidak peduli jika harus terhegeh-hegeh dengan cinta hatinya. Cinta hati yang menjadi igauan mimpi kala malam menjelma walaupun sebenarnya mereka tidak mempunyai apa-apa hubungan. Sekadar hubungan kawan juga jauh dari kata. "Kau terhegeh-hegeh dengan aku. Kau tak malu?" - KHALIF QAYS "Tak. Saya terhegeh-hegeh dengan awak sebab saya suka awak." - LILY HARLINA Namun, itu bukan point utama. Kerana dalam dunia yang semakin dikuasai teknologi- di mana kecerdasan buatan mula menggantikan peranan manusia, dan robot dicipta bukan sekadar membantu tetapi mengambil alih, perasaan seperti itu dianggap lemah. Manusia tidak lagi dinilai melalui hati. Tetapi melalui kecekapan. Dan tanpa sedar, kemajuan yang dikejar itu perlahan-lahan melahirkan KEMUNDURAN bukan pada teknologi, tetapi pada jiwa manusia. Manusia semakin maju ke hadapan, namun kemanusiaan mereka semakin tertinggal di belakang. Dan di tengah dunia yang semakin kehilangan kemanusiaan itu, Lily hidup membuat perbandingan di antara manusia dan sistem sehingga dia sedar, kalau manusia lebih sempurna tanpa apa-apa kecerdasan buatan. Dia mahu membuktikan bahawa manusia masih lebih daripada sekadar logik dan sistem. Bahawa hati... masih punya nilai yang tidak boleh digantikan oleh mana-mana mesin. Lelaki itu adalah manusia pertama yang Lily ingin selamatkan daripada berada di bawah pengaruh seseorang yang kononnya sebagai 'Tuhan'. "Awak tak akan pernah tahu bagaimana rasanya berada di negara yang setiap hari berperang. Tanpa bantuan makanan. Ketidakadilan. Walaupun seluruh dunia melihat." - LILY HARLINA
C | ENAM √ by Encikpresident
Encikpresident
  • WpView
    Reads 4,642
  • WpVote
    Votes 1,059
  • WpPart
    Parts 53
Perkahwinan mereka bermula tanpa cinta, hanya persetujuan yang dipaksa oleh keadaan dan keluarga. Namun anehnya, tahun-tahun awal rumah tangga itu berjalan tanpa badai. Mereka hidup seperti dua sahabat yang keras bahasanya yang kadang bertelagah seperti musuh, kadang bergurau seperti kawan lama. "Pandailah kau. Kau berdua pergi sana ambil baldi, kain dan span. Tolong ayah kau ni basuh kereta," - Ashaa Mereka tidak pernah berbicara tentang cinta, namun empat orang anak menjadi saksi kepada kebahagiaan yang kelihatan cukup. Mereka sebuah keluarga yang bahagia. Tetapi, kebahagiaan keluarga itu sedang direbut satu per satu. Malapetaka menghimpit keluarga itu. Tetapi sebagai mukmin yang bertakwa, ia bukan sekadar malapetaka melainkan satu ujian keimanan sama ada masih di jalan Tuhan atau jalan Syaitan. "Kerana yang hidup akan diuji dengan iman. Yang mati akan Allah muliakan. Yang tinggal pula akan ditanya sejauh mana sabar dan percaya kita sama ada masih di jalan Tuhan atau tidak," - Haji Muzaffar START : 28 Januari 2026 [ P/S : Bacalah dengan jiwa yang sedar. ]
C | NAQEE √ by Encikpresident
Encikpresident
  • WpView
    Reads 7,452
  • WpVote
    Votes 1,488
  • WpPart
    Parts 64
King Qareeq Naqee. Bukan raja, bukan fantasi. Tetapi gelaran 'king' hanya gurauan kawan-kawan. Sikapnya yang tegas, protective menjadikan gelaran itu melekat padanya. Kemasukan Laysha dalam hidupnya pula telah mengubah corak tindakannya. Dia menjadi semakin tegas untuk mempertahankan sesuatu. Tatkala dia sibuk mencampuri urusan orang lain, mereka telah ditarik ke dalam konflik yang paling besar. Mereka berdepan dengan mainan politik dan kuasa. "Saya tidak menuduh sesiapa. Namun, mana-mana pihak yang cuba menghalang atau memanipulasikan siasatan akan dikenakan tindakan yang sewajarnya." - Menteri Kehidupan mereka berubah sama sekali. Tidak ada hari tanpa media, tidak ada ketenangan di mata Menteri. Kerana yang dia lawan, bukan orang biasa. Sehingga dia hampir mengalah dan gila dengan kuasa yang lelaki itu ada. Manipulasi. Jual beli pihak atasan dan undang-undang. Semua kesalahan kini terarah padanya. Dan semua ini mungkin tidak berpihak pada orang biasa sepertinya apabila penyalahgunaan kuasa menjadi raja dalam kehidupan dan pentadbiran.
C | DPA-TPD √ by Encikpresident
Encikpresident
  • WpView
    Reads 195,179
  • WpVote
    Votes 22,689
  • WpPart
    Parts 67
Dalam kekalutan yang tidak pernah disangkakan olehnya, mereka terpaksa mencari pengganti demi melancarkan satu majlis perkahwinan yang sudah kelihatan cacat dari segi masa apabila pengantin yang bertakhta di hatinya tidak kunjung tiba. Mencetuskan naratif dan pertanyaan tetamu. Tetapi pengganti kepada pengantin lelaki itu sudahlah seorang yang dingin. Nasib baik lelaki itu muncul pada saat akhir. Kalau tidak, pasti pakcik Checheyol yang terpaksa menggantikan tempat tersebut! "Dah darurat kahwin! Kita kena bayar juga dia untuk jadi pengganti!" Berkahwin dengan 'anak beruang kutub' memang tidak pernah wujud dalam kamus hidupnya. Namun, jika itulah takdir yang tertulis, apa lagi yang boleh dibantah? Semua ini dilakukan demi menjaga maruah keluarganya daripada tercalar. "Kau nak aku bayar berapa tarian kau ni?" Tetapi, tiada siapa pun yang dapat menjamin bahawa hubungan mereka mampu bertahan hingga ke saat akhir atau tidak sama sekali. Kerana takdir yang berjalan tidak semestinya mengikut kemahuan manusia. START» 25 FEBRUARY 2022 END» 09 OKTOBER 2022 [ REVAMP 50% ]
C | ELVIEN ANGELO R'ZEN √ by Encikpresident
Encikpresident
  • WpView
    Reads 1,360,414
  • WpVote
    Votes 122,410
  • WpPart
    Parts 93
Pernah dengar nama Angelo ? Siapa dia ? Sisi jahat Tengku Azhar Azeem ? Bukan, itu lain lagi. ELVIEN ANGELO adalah jejaka yang tak kena dengan umur. Umur dah besar panjang, tapi perangai dia, kalah budak-budak. Straight dalam berbicara dan menjawab. Segala jawapannya, memang minta penumbuk sulung. Tapi, apa yang merisaukan, dia anti terhadap sentuhan. Jika di sentuh sedikit, merasa lah kau di maki hamun olehnya. Kerana dia bencikan sentuhan. Lagi benci, apabila dia bertemu dengan seorang gadis personality ganas dan kasar. Maka, perang mulut pertama bakal bermula. Senang kata, mereka berdua tidak sesuai bersama! START» 12 SEPTEMBER 2021 END» 16 FEBRUARY 2022 [ Apa pun KESALAHAN dan KETYPOAN tidak kira dari aspek apa, dari segi TATABAHASA, PENGGUNAAN AYAT, EJAAN dan seangkatan dengannya, mohon abaikan. ] [ • • Segala KETIDAK SELESAAN yang terkandung di buku ini mohon maaf. • • ] ⚠15+⚠ [ P/S : Lebih baik jangan baca. Belum ada masa untuk membetulkan segalanya. Maaf. ]
C | BEBAN √ by Encikpresident
Encikpresident
  • WpView
    Reads 114,395
  • WpVote
    Votes 18,907
  • WpPart
    Parts 31
Saat kau merasakan dirimu adalah sebuah beban, ada lagi yang merasakan dirinya adalah beban untuk segala-galanya. Darjat dan angka adalah segala-galanya bagi orang yang berkuasa dan gila nombor. Di bandingkan sedangkan kepandaiannya setaraf dengan adik sendiri. Tiada apa yang berubah melainkan perlu belajar dua puluh empat jam sehingga memenatkan minda! Teruk ? Tersangat lah teruk apabila di bandingkan dengan penagih dadah. Beban ? Terasa sangat dirinya beban kerana selalu dipersalahkan dan menyusahkan setiap orang. Mati adalah jalan terbaik bukan ? "Maaf kalau statement aku akan menyakitkan hati kau. Bagi aku, nombor dua adalah nombor yang sama seperti satu. Yang membezakannya adalah kedudukan. Kau tak perlu fahami dunia, cukup fahami diri kau sendiri. Lagi satu, jangan sanjung sesuatu, melebihi kau sanjungnya Tuhan. Kelak, kau akan kehilangan segala yang dimiliki saat ini." - ADAM ASHARA START» 14 AUGUST 2021 END » 20 SEPTEMBER 2021 [ Apa pun KESALAHAN dan KETYPOAN tidak kira dari aspek apa, dari segi TATABAHASA, PENGGUNAAN AYAT, EJAAN dan seangkatan dengannya, mohon abaikan. ]
Mr pirate [SPECIAL CHAPTER] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 20,202
  • WpVote
    Votes 1,882
  • WpPart
    Parts 2
Rumah tangga Husna dan Andikha Rafael sentiasa disulami tawa dan bahagia. Mereka mungkin pasangan biasa, namun cinta mereka luar biasa. Namun, saat bulan Ramadan kian menjengah, angin di teratak mereka mula berubah arah. ​Sikap Lanun tiba-tiba menjadi aneh. Lelaki yang dulunya penyayang dan sentiasa ingin berkepit, kini mula menjauh. Emosinya tidak menentu, cepat terasa, kuat merajuk, dan adakalanya meminta perkara yang bukan-bukan! Husna buntu. Haruman kesayangannya yang dulu dipuji Lanun, kini dikata tengik hingga membuatkan suaminya mual. ​Hati isteri mana yang tidak resah? Di sebalik kebisuan dan wajah pucat Lanun, adakah kasih sayang lelaki itu benar-benar sudah pudar?
MR PIRATE [Complete] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 6,205,769
  • WpVote
    Votes 426,339
  • WpPart
    Parts 98
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatkan Husna teringat sampai sekarang. Mengapa Mr Blue? Kerana di dalam mimpi indah itu cuma menampakkan mata biru yang dianugerahkan buat lelaki itu. Sangat cantik. Buatkan dia jatuh cinta pada pandangan kali pertama mata mereka bertembung. Dan dia pasti, bukan cuma dia sahaja yang merasakan perasaan aneh itu. "Salah satu kenangan yang mahal. Adalah pertemuan kita."- misteri. Kemunculan Nathan iaitu bakal Ceo Ocean Resort, buatkan Husna semakin yakin jodohnya berada di jarak yang dekat. Lelaki itu juga memiliki mata biru sama seperti mimpinya. Namun disaat dia ingin meluahkan isi yang terbuku dihati, nasib malang menimpa diri sendiri. Dia terperangkap ditengah-tengah pulau. Atau lebih menakutkan, di kawasan zone merah. "Sudah nama pun Lanun. Kalau jumpa sesuatu yang berharga, tak mungkin aku akan lepaskan. Rugilah kalau macam itu."- Lanun "Saya akan cari jalan keluar walau apa pun caranya asalkan bukan tinggal dekat tempat miskin ni!"- HUSNA "Kalo kau mau keluar, keluarlah, tapi kalo aku jumpa kau balik. Memang teruk nasib kau nanti aku kerjakan."-LANUN Si Lanun itu memang lelaki tak mempunyai hati. Kalau ada pun, mungkin dah digoreng dengan minyak tanah. Egh, boleh jadi gila kalau dia terus tinggal di kampung kecil ini. "Sampai bila lagi kita nak tunggu, pa? Nasib Husna dalam bahaya. Kita kena selamatkan dia sekarang!"-Nathan "Siapa aje yang boleh hidup dekat tengah-tengah pulau sana? Mungkin Husna dah mati lemas?"- Datin Khadijah Apakah nasib malang yang bakal menimpa Husna? Adakah dia menjadi tawanan si Lanun atau sebaliknya? "Kenapa awak tutup sebelah mata ek? Saja nak acah-acah Lanun?"-Husna "Setiap cacat cela yang dilahirkan bersama ada keistimewaannya. Dan istimewa tu hanya untuk yang teristimewa juga."-Lanun Siapakah Mr Blue yang sebenarnya? "It's you?!"-Husna